Dilema..

Romance Series 29543

"Siapa i pada u sampai u nk serabut macam ni?"

Soalan itu pernah aku tanya pada saat bibir lebih cepat bertindak dari akal. Bila jantung berdebar lebih kencang dari biasa.
Tapi saat ini aku tidak ingin tahu jawapannya. Apatah lagi bila papa terlibat sama..

"keep that answer to yourself. Apa jawapan sekalipun tidak akan mengubah apa yang dah terjadi. Papa i dah tahu pasal u n for sure dia akan tahu juga pasal Leya and everything. Before things getting more serious better we stop it."

"Yaya..its not heart to heart talk. I nk u dengar dari sudut pandangan i pula..i know ur dad. Bukan u je takut untuk fikirkan tentang masa depan.. Yaa...kita tak boleh nk ubah benda yang dah terjadi, tapi kita boleh mengubah benda yang belum terjadi. X kan selamanya u nk duduk dibawah telunjuk papa u?hidup menyorok, ketakutan, x de life macam ni."

"i perempuan. Sekuat mana pun i, i still cuma ada parents i utk i bergantung walaupun i bkn ada makna pun dlm rumah tu.i bukan lelaki yg boleh hidup bawah jambatan."

"Yaya, please dengar dulu apa i nk cakap..

Aku geleng. Tak mahu meneruskan perbualan..aku tahu aku mungkin akan berubah fikiran. Aku akan melalui dunia yang asing dan baru..penuh dengan pancaroba yang belum tentu aku dpat hadapi.

Lebih tepat lagi aku tak mahu melibatkan dia, menyusahkan dia. Aku tahu kemampuan papa.dengan pengaruh dan kuasa yang ada pasti keadaan jadi lebih rumit. Cukuplah untuk apa yang sudah aku lalui. Aku sangat menghargai. Kenangan dan pengalaman yang baru dan akan aku kenang selamanya.

Dia menghela nafas. Akur dengan kedegilan ku. Terlihat di wajahnya ada perkara yg tak terluah. Namun harus dipendam kerana aku tak sedia untuk mendengarnya.

"Ok..I rasa maybe u belum sedia lagi nak dengar segalanya.. I faham sbb everything happened will turns ur world upside down. Tapi 1 je i nk u tahu. Dalam ni...."

Dia meletakkan gengamannya di dada kirinya. Menatap aku tepat sebelum menyambung ayat.

"ada special place untuk u. I dont know how to name it but i know its special. Hanya u yang boleh buat i serabut..boleh buat i jadi sarkastik, n i just want u to smile. I x minta banyak. Ur smile enlighten my day."

Aku terkedu. Pertama kali dia tidak sarkastik. Pertama kali dia serius. Meluahkan rasa hatinya saat aku tidak bersedia, saat aku di tahap parah. Muka sembap, bengkak.

"take ur time.. I tak nak paksa u buat keputusan yang memaksa diri u. Sbb i tahu halangan yang akan dtg sangat besar. U fikirkan baik-baik.. Sebagaimana u pernah tanya pada i siapa u pada i, n i revert the question back to u. Siapa i pada u. Can u happy without me?"

"if u dh dapat jawpan tu, pls ctc me..apa je keputusan u i terima. I hormat keputusan u. Decide something for urself not for others. Tke ur time. I akn tunggu n biar masa menentukan segalanya. I nak u firm dengan decision u. I akan happy bila u happy,no matter wht the outcome."

Dia ukir senyum segaris. Aku tiada reaksi. Tak mampu untuk menzahirkan apa-apa..macam-macam yang aku fikirkan.mungkin benar, aku perlukan masa bersendiri. Berfikir tentang semuanya.

Keretanya berhenti di parkir. Kami masih membisu. Tiada sepatah kata keluar memecah kesunyian ini. Aku dan dia sama-sama merenung ke hadapan. Tidak berani untuk menatap wajah masing-masing.

Aku memberanikan diri bersuara. Jika berterusan begini entah bila akan selesai semuanya.

"thanks for sending me back."

Aku bersuara perlahan sambil membuka tali pinggang keselamatan. Baru aku hendak membuka pintu kereta terasa sweatshirt aku di tarik. Aku memandang ke arahnya dengan pandangan tertanya-tanya.

"i takut.."

"takut?kenapa?"

"takut ini saat terakhir kita jumpa."

Aku kelu. Tak mampu bersuara. Aku menghela nafas dan terus keluar dari kereta. Melangkah pergi tanpa memandangnya kerana aku takut kekuatan aku lebur.

"Yaya!"  panggilnya dari dalam kereta.

Langkah ku terhenti. Perlahan aku berpaling.

" I sayang u."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience