Aku menapak lemah. Separuh nyawaku terbang entah ke mana. Tiada siapa di sisi menemaniku. Akhirnya aku sendirian menangisi nasibku.
Namun aku bersyukur dipertemukan dengan dia. Bersama walaupun hanya seketika. Itu lebih baik dari tiada apa apa.
Que tiba, duduk di sisiku. Tampak dia sudah mengetahui segalanya. Matanya memandang aku yang tak mampu berbuat apa-apa.
"u dah makan?" tegurnya. Aku cuma geleng. Tak lalu.
"makan sikit. I teman. Nanti u sakit. Kalau Ash tau u seksa diri macam ni mesti dia pun tak suka."
Saat namanya di sebut aku menangis lagi. Pedih. Que mengiringi aku ke kafeteria. Membelikan aku bubur ayam dan sedikit milo panas.
"Hows Leya? She's ok?"
"quite complicated. Ayah dia still dalam lokap. I tak boleh nk siasat sangat sebab i nobody to that family. Tapi i dh try minta someone yang i kenal to investigate the case."
"kenapalah semua ni terjadi. And sorry sebab tak bagitau u pasal Ash."
" x pe i faham. Cuma sekarang ni the worst person among us is u. Teruk sangat ni. Berapa hari dah u non stop crying. Aunty cakap u siap derma darah lagi untuk Ash. Ended up u yang tak cukup darah."
"sedutla semua darah i sekali pun i tak kisah as long as he is safe. Tu je i minta"
Aku menangis lagi. Que hela nafas panjang kerana dia tahu dia sendiri tiada jalan penyelesaiannya.
Deringan telefon kedengaran. Tanpa memandang empunya pemanggil aku menyambung talian.
"Yaya. Pack your things. U need to leave all those bullshit. " tegas suara papa kedengaran.
"Apalagi yang papa nak buat? Tak cukup ke dengan semua ini?"
"Sejak bila pandai degil ni? Yaya ingat papa tak tahu apa Yaya buat dekat dalam hospital tu?"
"So u know that i fainted here?"
"thats your fault. Yang pandai pandai pergi derma darah siapa suruh!"
Aku terkejut. Papa tahu segalanya. Seolah olah mata matanya sentiasa di sini melaporkan segala gerak geriku.
"siap upah spy ye? How could u?"
"u asked for that. Kalau kali ni Yaya berdegil juga Papa tak teragak agak untuk tamatkan je riwayat budak tak guna tu. Bukan susah pun."
Menyirap darahku. Sampai begitu sekali tindakan papa. Sungguh tiada rasa perikemanusiaan!!
"Papa, please..im begging u. Leave him alone. Yaya ikut cakap papa. I surrender. Yaya dah tak kuat nak berjuang. Please let him alive." aku merayu sambil menangis. Sungguh aku tak punya kekuatan lagi untuk melawan.
"Dari mula kalau dengar cakap papa kan mudah. Tak la meleret sampai jadi macam ni. Banyak orang yang terlibat. Budak kampung tu lagi, budak tak guna tu lagi.."
"Budak kampung?siapa?"
"tak payah nk terkejut sangat. Dari dulu papa dah pesan, nak cari kawan cari yang sekufu..setaraf.. Cari budak anak kerani cabuk buat apa!"
Ayat papa menyedarkan aku dari sesuatu!
"Jadi kes bapak Leya pun papa punya angkara? how could u papa? Mana sense of humanity dalam diri papa??" marahku. Que yang dihadapanku berkerut dahi. Cuba menghadamkan sesuatu.
"U force me to do that. Kalaulah Yaya ikut cakap papa dari awal lagi, semua ni tak akan jadi."
As usual. Aku dipersalahkan atas segala-galanya.
"Cukup Pa. I want u to stop all these. Kalau dalam masa 10 minit bapak Leya tak dibebaskan dari lokap n dibersihkan namanya, u will never see me again. Never!!" bentakku.
"thats just a piece of cake. I'll stop all these and u will come back home today. Deal?"
"Deal!!" bentakku lalu mematikan talian.
Aku meraup wajah. Rasa bersalah bertimpa timpa. Tak menyangka tragedi menimpa Leya turut angkara papa.
"What happend Yaya? I tak faham" Que bertanya. Berkerut dahinya.
"im sorry. All these happend because of me. Im sorry!!" tangisku pecah lagi. Entah berapa ribu kali ucapan maaf keluar dari mulutku.
"Maksud u, papa u yang aniaya ayah Leya? Tapi kenapa?"
" i tak tahu. Maybe sebab dia nk i keseorangan. No lover, no bestfriends around me. Then i will obey him."
"Ya Allah. Takkan sampai macam tu sekali?" Que mengusap wajah berkali kali.
" call Leya. Ask her about the situation there."
Que menurut. Menghubungi Leya sambil memasang pembesar suara. Supaya aku turut sama mendengar.
'jangan cakap i ada dekat sini' bisikku. Aku tidak ada kekuatan untuk berbual panjang dengan Leya.
"Assalamualaikum sayang. Hows ur dad?"
"Waalaikumussalam. Sayang..i rasa macam miracle sangat. U tau, tadi tiba tiba ayah i dah dibebaskan dari lokap. Pengurus besar personally minta maaf dengan ayah i. Dia offer kenaikan pangkat and bonus 3 bulan sebagai ganti rugi. Its all a misunderstanding actually. Happynya!!" riang suara Leya kedengaran.
Aku mengangkat kening memandang Que. Its all solve in 10 minutes! Sungguh papa mengotakan janjinya.
"Alhamdulillah syukur. Everything happend for a reason. U nak balik bila? Nk i jemput u?"
" i balik 2 hari lagi kot. Nak spend time dengan family. Buat kenduri kesyukuran sikit. Anyway thanks call. Nanti i balik sendiri je. Ayah nak hantar. Nak jumpa u sekali. Ucap terima kasih sebab hantar i balik"
"alright. Have a great time. Kirim salam pada family u ye. Love u sayang"
"Love u too dear."
Talian diputuskan. Aku hela nafas lega. Gembira Leya terbebas dari masalah yang membelenggu.
"Everything solved. And now your case. What will u do next?"
Aku senyum segaris. Mengeluarkan kertas yang berlipat dari tas tanganku. Kertas yang sedikit basah dengan air mata tatkala aku menulis curahan hatiku di dalamnya.
"Tolong bagi pada dia. Bila dia sedar nanti dan sedikit kuat." aku menghulurkannya kepada Que yang memandangku aneh.
" apa ni?"
"My last words to him."
"Last word? Kenapa u tak bagi sendiri?"
" I cant. Masa u bagi tu maybe i dah tak ada dekat sini. Pergi jauh entah kemana."
" are u leaving Ash?"
"Yeah. Im leaving him for goods. We broke up" air mataku menitis lagi.
" Are u sure? U tau tak betapa strugglenya Ash nak pertahankan hubungan ni? U ingt tak the last 2 weeks yang Ash tak contact u dulu. U tau tak apa yang jadi pada dia sebenarnya?"
Aku geleng. Aku tak tahu. Ash tak mahu aku tahu walau aku bertanya.
" ur dad came to his office. Force him to leave u. Then project japan dia cancel. Some proposal dia kna duplicate. Semuanya ayah u yang buat. Teruk sangat dia struggle masa tu. Sampai i sendiri bagitau dia to surrender. Tapi dia berdegil. Dia lebih rela jatuh muflis dari berpisah dengan u. Everyone around him ask him to let u go. Tapi dia tak nak. Hatinya keras sebab dia berjuang untuk u. Tapi sekarang u senang-senang nk surrender? U ingat dia akan happy?"
Sungguh aku tak tahu lebih besar dugaan yang dia hadapi dulu hingga dia menjadi bukan dirinya.
"I cuba bertahan. Tapi bila sampai melibatkan nyawa perlukah i terus berdegil? Bila mummy sampai sanggup bersujud di kaki i untuk i lepaskan ank dia u rasa i akan bahagia atas air mata orang tua yang sayangkan anaknya?"
"tapi tindakan u ni mungkin akan buat dia benci u. Benci sangat sangat. U tak takut ke?"
"Biarlah dia nak benci i sekalipun asal i tahu dia ada. Bernafas di muka bumi ini. Bahagia walau bukan dengan i. I dah biasa di benci. So i dah lali. Memikirkan dia hilang dari muka bumi ni buat i rasa nak mati. I lebih rela dia benci i. Cakaplah apapun pada dia. Supaya dia lupakan i. Cari kebahagiaannya sendiri. "
"And u?"
Air mataku jatuh lagi. Kali ini pasrah dengan apa yang akan berlaku. Back to my oldself. Aku tiada kuasa untuk menentukan masa depanku.
"I akan bahagia bila dia bahagia. Walau bukan dengan i"
Que menghela keluhan. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Mungkin inilah takdir kami. Takdir seorang Wardatul Qaisara dan Tengku Zhariff Ashraff!!
Share this novel