Kisah aku ~ Yaya

Romance Series 29543

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku terpisat pisat bangun setelah sejuk menusuk hingga ke tulang. Katil di sebelah masih kosong.

'Mana pulak si minah angau ni? Takkan tak balik lagi?' desisku. Risau pula memikirkan teman sebilikku yang masih belum pulang.

Tanganku mencapai telefon bimbit di sisi katil. Ada pesanan whatsapp dari Leya
"Babe, aku balik lambat sket ye..Ko tido la dlu..ak ada bwk kunci.." ~ 1.50 am.

Sejam lebih dari mesej terakhir dari Leya..Tanpa berfikir panjang pantas jari jemariku mencari nama Leya dan menghubunginya.

"Woit..ko kt mana?" pantas aku bertanya sebaik sahaja talian bersambung.

"Aish...kot ye pun bagi la salam dulu..terkejut aku..rileks la..aku tgh kemas-kemas ni.."

"Assalamualaikum..ni dh pukul 3 pagi da cik kak oi..ko nk jd kutu embun ke?esok ada klas lagi..ko buat apa sampai tengah malam pn tak settle lagi ni?"

"waalaikumussalam..haa..baru la sejuk perut mak ko mengandungkan ko..sorryla..ak bru habis chat dgn si K2..x perasan plak dh pkl 3 pagi.. Haaaa???3 pagi!!"

"Baru nak tgk jam ke?Dah..balik sekarang!!" jerkahku geram. Terus aku matikan talian.

Leya pun satu..Kalau dia lambat sebab nak siapkan assignment ke, buat ulangkaji ke boleh lagi aku sabar..tapi kalau sebab mamat ilusi tu memang aku berangin sikit.

Teman sebilikku yang sorang ini sangat istimewa. Aku bukanlah seorang yang mudah mesra. Pendek kata aku hanya rapat dengan orang yang perlu ada kaitan dengan aku sahaja. Misalnya teman sekelas dan teman sebilik. Bukan aku sombong, cuma mungkin perwatakan aku yang susah untuk tersenyum membuatkan sesiapa yang memandang gerun untuk menghulurkan salam perkenalan terutama sekali lelaki.

Leya asalnya seperti orang lain. Mula bertemu bila dia ditakdirkan sebilik denganku. Agak kekok juga pada awalnya, dengan perwatakan aku yang bercakap bila perlu sahaja. Namun, tembok ais yang aku bina pecah bila Leya benar benar berusaha untuk rapat dengan aku.

"Yaya, kau ni orang yang sangat mesra..cuma sikap kau dengan orang luar buat mereka tak berani nak dekat dengan kau. Kau tak nak jadi lebih friendly ke?"

"Tak perlu kot..aku tak pandai nak berkawan sangat. Sape yang ikhlas nak kawan dengan aku je yang aku akan tunjukkan diri aku yang sebenar. Zaman sekarang banyak kawan yang toxic. Yang bawa energy negatif. Sepupu aku dah 2,3 orang anxiety dan depression."

"Habis tu, macam mana kau nak kahwin? Of course kna ada perkenalan dulu..kot cam singa ni sape berani nk dekat?" Leya cucuk pinggang aku. Dia tau aku sangat sensitif di pinggang.

"woit..geli laa.. Hahahha.. Kot x de sape yang berkenan, aku suruh la mak abah aku cari.. Tak kan la dia nk cari yang tak semenggah kat aku kan.."

"Series ko nak parents carikan?kot ko tak berkenan macam mana?"

"Pada aku, kalau ada yang aku tak berkenan, takkan semua kan..jodoh yang mak ayah pilih adalah yang terbaik. Kot aku tak boleh cari sendiri, i let them choose. Terima ke tak semua terpulang pada hati kita"

Kenangan tentang perbualan aku dan Leya satu ketika dahulu termati bila terdengar bunyi kunci dipulas. Sedikit demi sedikit muncul wajah Leya di balik pintu dengan muka kesian harap agar dia tidak dimarahi malam ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience