Suasana hening seketika. Aku memerhatikan dua beranak itu yang terkaku. Aku tak menyangka sampai begini akhirnya perbincangan ini.
"Papa tak pernah ajar anak papa tinggi suara dengan orang tua macam ni!!" marah Tan Sri Tengku Iskandar. Memandang anaknya seperti mahu menelan lagaknya.
Dan dia, tiada tampak riak sesalan di wajahnya. Perlahan dia menyapu darah di pinggir bibir dengan senyum sinis. Aneh! Dia yang aku kenal tidak pernah begini. Dia sangat menghormati bapanya. Mendahulukan bapanya dalam segala segi.
"U thought me to not break a promise. Why did u do so?" sinis soalannya. Berubah wajah Tan Sri mendengar soalan itu. Wajahnya tampak kecewa. Dia berundur selangkah demi selangkah kemudian berpaling memerhati aku yang bisu sedari tadi.
"we have a lot to talk!" lenganku ditarik kasar. Membawa aku keluar dari bilik pejabat itu.
"Ash!!Ash!!" laungan bapanya sama sekali tidak dia hiraukan. Cengkaman di lenganku semakin kuat. Sakit!
"U..let me go" bisikku perlahan menahan sakit.Â
Dia berpaling memandang aku tajam.
"From the first day we're being together i told u that i never let u go. Never!!" keras suaranya.
"Bukan tu maksud i. U hurt me now. Sakit!!" air mataku menitis kembali. Dia seolah tersedar dari amarahnya. Melihat tangannya yang kuat mencengkam lenganku. Pantas dia melepaskannya. Air mukanya berubah. Seperti dia yang dulu. Yang aku rindui.
"Im soo sorry sayang. My mistake." tampak sesalan di wajahnya. Aku cuma geleng. Air mata tidak mahu berhenti. Sakit di tangan tidak seteruk sakit di hati. Ke mana perginya dia 2 minggu sudah?kenapa baru sekarang dia memunculkan diri?
Aku berpeluk tubuh. Enggan memandangnya. Melayan rajukku. Kelihatan dia menghela nafas panjang. Meraup wajahnya berkali kali. Entah apa yang bermain di fikirannya aku tidak pasti.
Keluar dari lif aku bergegas ke arah keretaku. Dua berlari anak mengejarku.
"I balik sendiri" ringkas aku bersuara.
"we have a lot to talk. Boleh u ikut i?"
" im driving myself here."
"someone will take your car back safely."
"what we gonna talk about? Kenapa sekarang? Kenapa bukan 2 minggu lepas?"
Dia terdiam. Hanya memandang aku yang di selaputi 1001 rasa.
"Please..im begging u" rayunya. Aku simpati dengan keadaannya. Tak terurus, serabut. Seolah beribu masalah di hadapinya kini. Tapi aku tahu sekarang bukan masa yang tepat untuk kami berbicara. Saat kami berdua penuh dengan emosi. Tak mampu berfikir secara rasional.
"Not now. Both of us not ready for any discussion. Afraid it will be harder. As now seek forgiveness to your dad. U are not your own self today. Find the old you then we will talk. Orang yang ada depan i ni bukan orang yang i kenal sebelumnya. Orang yang i pilih untuk jadi boyfriend i adalah seorang yang sangat menghormati bapanya."
Dia cuma diam mendengar bebelan ku. Kemudian dia angguk. Memahami ada benarnya kata kataku.
"tonight at 9. I'll fetch u, ok?"
"will i see the old u tonight? I miss that person. Not the one in front of me right now."
Sebaris ayatku mampu membuat dia senyum sekelip mata. He's back. Lebar senyumannya mendengar aku rindukan dia yang dulu.
"u will see him tonight. He already here. Cuma perlukan sedikit masa untuk kembali pulih." dia meyakinkan aku.
Aku senyum, menenangkannya.
"Thanks sunshine." sempat aku dengar sebelum dia berpaling masuk ke pejabat bapanya kembali. Aku amat berharap dia tidak menjadi anak derhaka kerana aku!
************************************
9 malam. Masa yang dijanjikan. Tanpa aku perlu menunggu lama dia sudah lebih awal menantiku. Seperti yang aku kenali. Segak dan berkarisma. Namun aku masih melangkah perlahan dengan wajah beku. Mengharap jawapan pada pelbagai persoalan.
Dia serba salah untuk tersenyum tatkala melihat wajah masam mencuka ku. Mungkin mencongak seberapa banyak salahnya padaku.
"Sayang, marah i ke?" pujuknya sebaik sahaja kereta bergerak meninggalkan perkarangan kodominiumku. Aku cuma diam tidak membalas.
"jangan senyap macam ni. I bukan tukang tilik yang boleh baca apa yang dalam hati u. Kalau u nk marah i, marah la..i terima.. I tahu salah i" pujuknya.
"apa salah u?" aku menduga.
"Erm.. Being silent for almost 2 weeks. Kasari u tadi. Sorry sangat. Thats the most thing i want to avoid. I tak sedar. I marah."
"So, bila marah, u boleh lepaskan pada i?"
"i tak nak lepaskan pada u sayang. I nk bawa u lari. Pergi jauh dari tempat tu. Sebab i tahu apa tujuan papa panggil u ke sana. And 1 thing. Kenapa u tak bagitau i papa panggil jumpa dekat office dia?"
"u abaikan i. So when this things happend u expect me to tell u everything while u are not doing the same? Thats not fair." luahku.
"im sorry. My mistake."
"Sorry naik lori la!!" marahku. Berkali kali hanya itu yang diluahkannya. Tapi aku dapat tangkap dia tersenyum kecil. Tak menyangka aku akan membalas sedemikian rupa.
"How could i make it up, dear.?"
"explain. Everything. Dont miss out a single thing."
"Ok. Apa yang u nak tahu?"
"Apa yang u nak cerita?"
Soalan di balas soalan. Kami sama sama diam. Aku tahu banyak yang dia sembunyikan. Mungkin untuk kebaikan aku. Tapi andai dia ingin aku seiringan dengannya aku tidak mahu hanya seiringan di jalan penuh taburan bunga dan kelopak mawar. Aku ingin juga bersamanya melalui jalan penuh batu kerikil.
"2 minggu u tak contact i. Kalau ada pun i yang mulakan and u hanya jawab sepatah sepatah. Exactly selepas kejadian di rumah i. Kalau u di tempat i, apa yang u fikir?"
"its not that sayang"
"macam u kata, i bukan tukang tilik yang boleh baca minda orang. Baca hati orang. I cuma boleh ramalkan dari gerak tubuh dan tindak balas orang je. Dri cara u tu i cuma boleh buat kesimpulan yang we were not supposed to be together. I dah menyusahkan u. Meletakkan u dalam situasi yang teruk. Dan u tak mampu nak hadapi apa lagi tindakan family i di masa hadapan. Kalau itu yang u fikir, tolong bagitau i. Jangan diam macam ni. I tak tau apa yang ada dalam hati u." aku meluahkan apa yang terbuku. Apa yang aku pendam selama 2 minggu ini.
"Sayang, bukan itu yang i fikir. Tak pernah i fikir untuk menyerah. Dari awal kita bersama i dah nekad akan berjuang sampai akhir. Hanya kalau u dah berubah hati je yang buat i kan mengalah."
"Tapi kenapa tindakan u tak selaras dengan hati u?"
"My mistake. I'm sorry."
Share this novel