Kuliah tamat seperti biasa. Aku melangkah lemah keluar dari dewan kuliah. Semangat ku hilang entah ke mana. 2 hari aku tidak bertemunya. Panggilannya tidak ku sambut. Mesej di whatsapp aku biarkan sepi. Aku sebenarnya tidak marah. Namun lebih kepada merajuk. Merajuk? Perkataan yang tak pernah wujud dalam kamus hidupku selama ini.
Pesanan whatsapp masuk lagi. Sungguh dia tidak jemu memujuk. Aku membacanya.
'dedicated this song to my love one. I love u so much'
Link lagu Love story by Andy williams di sertakan bersama. Aku memainkannya. Syahdu.
Where do I begin
To tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me
Where do I start
With her first hello
She gave new meaning to this empty world of mine
There'd never be another love, another time
She came into my life and made the living fine
She fills my heart
She fills my heart with very special things
With angels' songs, with wild imaginings
She fills my soul with so much love
That anywhere I go I'm never lonely
With her around, who could be lonely
I reach for her hand - it's always there
How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her till the stars all burn away
And she'll be there
How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her till the stars all burn away
And she'll be there
Air mata menitis. Liriknya begitu syahdu. Namun padaku lebih tepat jika aku yang menghadiahkan lagu itu untuknya.
Ya! Dia yang memberi makna baru dalam hidupku. Dia yang mengenalkan ku tentang erti cinta.dia juga yang sentiasa ada untuk aku. Waktu sukar dan senang.
Aku jadi rindu padanya. Muncullah walau seketika. Walau dalam mimpi, doaku. Aku memainkan lagu itu sekali lagi. Tidak jemu mendengarnya. Aku mengangkat wajah dari terus memandang tanah. Cuba mencari sisa sisa kekuatan. Saat itu terlihat dia bersandar di keretanya sambil melihat aku. Adakah ini mimpi atau realiti?
Dia mendekati aku yang berdiri kaku. Menghulur sekuntum ros merah sambil bibirnya mengucapkan kata sorry tanpa suara. Sedikitpun dia tidak mengendahkan berpuluh puluh pasang mata yang menyaksikan drama pendek kami ini.
Aku jadi segan, namun gembira. Setitis air mata jatuh di pipi. Gembira bila doaku yg segera dikabulkan. Perlahan huluran ros merah disambut. Dia mencapai buku ditangan ku dan mengiringi aku masuk ke dalam keretanya.
Dari dalam kereta aku dapat lihat beberapa teman sekuliahku rancak berbisik sesama mereka. Pasti peristiwa hari ini akan menjadi buah mulut ramai. Aku cuma takut ia akan sampai pada pengetahuan papa. Buat masa ini papa seolah tidak mengambil berat soal dia. Mungkin pada papa aku dan dia hanyalah orang asing yang berpapasan sewaktu melintas jalan. Tiada apa yang serius.
"Kenapa u datang sini?" soalku bila kereta mula bergerak laju keluar dari kawasan kuliah.
"i rindu u." ringkas ayatnya namun tulus ikhlas kedengaran. Aku tahu selama hubungan ini terjalin hanya dia yang sering mengucapkan kata rindu, sayang dan cinta. Aku juga sama namun aku tak berani hendak meluahkan kata kata keramat itu kerana aku khuatir hubungan ini tidak berhasil. Rintangan terbesar adalah penerimaan keluargaku terhadapnya. Bukan aku tidak yakin dengan dia, tapi aku tidak yakin dengan diriku sendiri.
"u ignore my whatsapp. Reject my calls. Apa lagi option yang i ada untuk jumpa u? U tau kan ur smile enlighten my day. 2 hr tak tengok u senyum i tak boleh nk fokus buat kerja." sambungnya lagi bila aku cuma diam tak membalas.
"sayang, jangan macam ni.. Marah lagi ke dekat i? Seriously i x bermaksud macam yang u fikir tu. Never and ever. Tapi salah i jugak sebab salah guna ayat. Lain i nk maksudkan lain yang keluar. Bagi i u dh cukup sempurna. Still the one and only yang i nak jaga, yang i nak sayang, yang i nk hidup bersama sampai tua.
Dalam 2 hari ni banyak yg i fikir. I rasa kita berkongsi rasa yang sama. Walaupun u sendiri tak pernah menzahirkannya tapi i faham. Halangan terbesar yang ada depan kita adalah parents kita. My parents nmpak macam approve tapi we doesn't face the reality yet. And i rasa dengan parents u kita x boleh buat mcm kita buat dekat parents i. Sebab parents u akan straight to the point. By the time i meet them, they would know who am i."
Aku memandangnya yang serius berbicara. Rupanya 2 hari ini aku lebih memikirkan rajukku sedangkan dia sudah mula merancang strategi untuk memudahkan urusan kami. Sungguh dia serius dalam hubungan ini. Buat aku tambah bersalah kerana berfikiran dangkal.
"Sorry." pendek aku membalas. Dia menoleh dengan pandangan penuh tanda tanya.
" Sorry for what?"
"for being childish. Accuse u macam-macam. Actually im the one to be blame. I ikutkan emosi walaupun sebenarnya i tahu u tak pernah fikir macam apa yang i tuduh u malam tu. Mungkin i penat and stress.try to get the best 1st impression."
"No.. I understand. I tahu apa yang merisaukan u. I tahu benda ni dari awal lagi u dah fikir akan jadi masalah tapi i yang degil untuk teruskan jugak. Sebab i tau i tak mampu nk hadap rasa sakit hati bila i x jumpa u lagi. 2 hari ni pun dah macam zombie i rasa, apa lagi seumur hidup."
Aku senyum lebar sambil memandang dia yang tmpak sedikit kusut. Tidak setampan biasa.
" yeah.. My sunshine is back!!" teriaknya tiba2. Barangkali gembira melihat akhirnya aku mampu tersenyum kembali. Senyum hanya untuknya. Semudah itu moodnya berubah. Tampak sungguh gembira.
Kami ketawa bersama. Ya, hati kami satu, saling memerlukan antara satu sama lain. Segala yang terjadi buat aku lebih mengenali dia. Meyakini dia.
Share this novel