Bet

Romance Series 29543

Dean menjerit keriangan. Akhirnya buat pertama kali dalam sejarah hidupnya dia berjaya mengalahkan Ashraff yang biasanya sang juara litar lumba. Dia bersorak keriangan. Meraikan kemenangannya.

Que dan Ash geleng kepala melihat kelakuan Dean tak ubah seperti kanak kanak diberikan gula gula. Dia fikir menang kali ini boleh masuk grand prix?

"Dean!!udah udah la buang tabiat memekik macam beruk mat yeh tu" Que memekik memanggil Dean lantang.

"puas hati dowh. Bukan senang nak kalahkan mamat ni. Ni berkat aku berlatih siang malam kat Rusia tau"

"Poorah la kau. Berlatih konon. Ni aku bagi can je. Impak kemalangan dulu ada lagi. Aku betul betul dah sihat nanti kita lawan lagi." balas Ash sambil membuka sarung tangan. Rambut nya dikirai kirai agar bebas di tiup angin.

"Kalau aku menang grand prix mesti boleh peluk peluk gadis litar yang cun melecun kan" Dean mula berangan.

"Tak payah nk cari pasal. Kau tu tunang orang. Nak menyesal ke kalo Rasya tu cabut tinggalkan kau. Masa tu baru kau tau penangan grand prix yang sebenar" Que gelak sakan.

"Kau pun x boleh jugak. Awek marah nanti. Ada yang makan sudu mandi spagethi nanti"

" Mana ada. Aku bukan pengecut. beras kita beli!!!" Dua sahabat itu gelak sakan. Hanya seorang yang senyum sambil geleng melihat sahabatnya yang tak ubah seperti budak tadika baru masuk taman tema.

"Tengok tu member kita sorang ni. Mentang mentang dia takde awek seronok la tu. Boleh kepit awek kiri kanan. Tak sape nak marah"

"Aku tak gila macam korang lagi la. Tak de masa nak kepit sana sini. One is enough."

"But u doesnt have one," Dean memancing.

"Ada..." perlahan Ash membalas sambil tekun menanggalkan sut memandu dari tubuh.

"Ash, nk dekat 2 tahun da bro. Kau tak move on lagi ke?"

"Move on? Nak move ke mana? Aku ada je dekat sini" Ashraff cuba mengelak soalan balas.

"Aku betul betul teringin nak kenal orang yang boleh buat stone cold ni gila bayang la"

"Kau tu tunang orang. Bulan depan nak kahwin. Nak kenal awek aku buat apa?"

"masih awek kau ke?"

"Pada aku masih. Sebab aku tak pernah setuju untuk lepaskan dia. Sekarang aku cuma anggap dia pergi ke suatu tempat untuk sambung belajar mungkin."

"Kan dia suruh kau move on. Cari bahagia kau sendiri.ok, let say sekarang dia dah ada orang lain pun. Takkan kau nak solo je macam ni. Bro, kau satu satunya anak yang tinggal. Kau kena ada pewaris."

"Ok la..aku mungkin akan move on bila aku tengok dengan mata kepala aku sendiri yang dia dah move on. Bila dia sendiri cakap depan mata aku dia dah tak perlukan aku lagi"

"Kau nak tunggu sampai bila? Kau tau dia ada kat mana sekarang?"

Ashraff geleng. Sungguh dia sendiri tertanya tanya keberadaan gadis itu. Hilang sepi tanpa berita.

"Aku just redha je sekarang. Satu hari nanti aku yakin aku pasti akan jumpa dia"

"Setakat yakin je tak boleh bro. Usaha kena ada."

" Aku dah puas usaha dulu, tapi ini pengakhirannya. Sekarang aku cuma boleh doa banyak banyak satu hari nanti aku akan jumpa dia balik."

"Kau x marah kat dia ke sebab tinggalkn kau macam tu je"

"Aku kenal dia. Dan aku tahu dia pun tak akan boleh move on. Dia special bro. Sampai aku rela merisikokan segala galanya untuk dia. Aku tak tau nk cakap macam mana tapi itulah hakikatnya. Kalau kau tanya soal marah, dari awal lagi aku dah lalui macam macam fasa. Mulanya aku sedih dengan dia. Lepas tu aku marah. Aku salah kan dia. At last aku salahkan diri aku sendiri. Sebab aku kenal dia. Dia tak akan buat macam ni kalau untuk kepentingan sendiri."

"Ash, kau memang tabah. Macam mana kau nk move on kalo handfone py wallpaper masih muka dia. Aku x pernah jumpa ni pun kalau terserempak konfirm kenal la."

"x pe la..aku tak mintak korang buat apa apa pun. At least aku berjaya dalam karier, mak bapak aku x bising. Yang lain aku ok.. Cuma part ni je aku kena ambik masa sikit." Ash menangkan sahabatnya. Dia tahu mereka risau akannya namun dia tak boleh menipu hatinya. Wajah si gadis kesayangannya masih penuh di dada. Seperti dulu.

"Oit.. Nk ke mana pulak tu?" Que bertanya melihat Ash meyandang beg galas seakan ingin berlalu pergi.

"Gents. Asal?nk ikut?" Ash senyum sambil meneruskan langkah.

Que dan Dean duduk di meja kopi disediakan sambil memandang antara satu sama lain.

"Amacam?"

"Kau rasa?"

"pada aku dia dalam fasa tak boleh nk terima takdir. Denial. Dekat 2 tahun da weh dok tang tu je. Siap buat rule mengarut bagai."

"Aku pun rasa camtu. Depan kita nampak je ok, join hu ha kita ni tapi tengok la macam ari tu. Pasang lilin atas kek sorang sorang. Seriau aku"

"Memang dah kena tolong ni"

"Nak tolong macam mana?"

"Kena carikan awek la untuk dia. Bila dia sibuk ngn orang baru, dia mesti lama lama boleh lupa."

"Kau cari, aku cari..sama sama."

"Ok set.. Kita tengok sape boleh settlekan dia. Sape kalah kena bg yang menang pakai kereta seminggu. Ada bran?"

"Set. Aku gerenti aku menang. Sebab aku kenal Yaya. So aku tau peribadi yang macam mana dia suka."

"i have a better idea. Aku duduk Rusia dua tahun. Luas pengalaman..Tapi biarla dulu. Hidup kena ada plan.. Yang pasti aku akan bagi ubat yang terbaik untuk sembuhkan mamat artik tu."

"Gaya kau dah macam tok bomoh plus ahli nujum"

Dua sahabat itu ketawa lagi. Masing masing merangka idea dan strategi supaya menang dalam pertaruhan tak rasmi ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience