Aku membiarkan Kak Maria dan Akmal berbual panjang. Malas nak ambil tahu. Sesekali memandang jam di tangan. ah, lambatnya masa berlalu.
"Macam mana Akmal kenal dengan Tan Sri?"
"Owh. Sy biasa handle projek dekat luar negara. Ni pun baru balik ke Malaysia. Ingatkan nk stop tapi ada projek baru dekat sini so saya datang nk tengok site. Jumpa Tan Sri pun dekat 1 dinner. Borak punya borak dia kata anak dia ada study kat sini. Tu yang saya singgah."
"Owh. Dah nak habis da pun. Dalam sebulan lebih nanti kami balik for goods."
"berapa lama da duduk sini?"
"Dah 2 tahun la jugak."
"berapa kali je dah balik Malaysia. Mana tau homesick ke"
" X pernah balik. Stay kt sini je"
"Laa.. Apasal? Saya dulu dapat balik 2 kali je setahun. Ni sampai tak balik langsung. Frust menonggeng ke apa?"
Saat itu tajam renunganku kepadanya. Jangan di sentuh topik sedemikian!!
Dia memerhatiku lama namun senyum sinis terukir di bibir.
"Macam betul je. Perangai macam ni memang sah la tak de orang nak"
"Mind your own business. Jangan sesedap rasa je nak judge orang" mataku merah menahan geram.
"kenapa?sape makan cili dia terasa pedas. Kau makan cili ke?"
"Memang aku patah hati. Tapi bukan sebab perangai ye. Nak bandingkan kau dengan dia bak langit dengan bumi. Secuit pun kau tak layak!" Keras suaraku. Air mata bergenang cuba aku tahan. Ya memang aku patah hati. Patah yang tidak mampu di baiki.
"Woo..ok2..sorry. my bad. Jangan la emo sangat. Aku gurau je" Akmal serba salah melihat aku.
"Yaya, Akmal gurau je..jangan ambik tahu. Ye, akak tahu dia baik. Baik sangat sangat. Tapi Yaya kena move on juga." pujuk Kak Maria.
"Dah la kak. Yaya dah tak de mood. Yaya nk jalan jalan kejap. Akak temankan la dia. Nanti dah settle jumpa Yaya kat sana ye." aku bangun dari tempatku. Benar benar hilang minat untuk terus berada di sana. Seolah aku dan dia perlekehkan.
Dari kejauhan tanpa aku sedari Akmal memerhatikanku. Mungkin kesal dengan gurauannya yang sedikit keterlaluan.
Hanya 15 min selepas itu Kak Maria menghampiriku.
"Jom balik."
Aku angguk. Berjalan ke kereta tanpa sepatah bicara.
Perjalanan sepi. Tiba di kondo aku pantas keluar dari kereta namun langkahku di tahan Akmal.
"Tunggu kejap. Aku nak cakap sikit"
"Akak naik dulu ye Yaya. Sakit perut pulak"
Ah Kak Maria. Kalau nak berlakon pun bagi real sikit boleh?bisik hatiku.
Aku bersandar di keretanya. Tangan bersilang dan mata membuang pandang jauh ke luar.
"Weh,sorry la. Aku bukan sengaja nak provok kau. Teruk sangat patah hati ni. Ada apa aku boleh tolong ke?"
"tak payah. Tolong pergi dari sini. Jangan kacau aku da."
"Jangan la gini. Ok2 aku janji aku tak ungkit da pasal ni. Friends?"
"aku tak suka kau. Faham tak."
"Aku tau. Kau suka orang lain. Just friends. Is it ok?"
Aku berkira kira. Serba salah juga aku melayannya penuh emosi. Dia pun sudah meminta maaf. Seharusnya aku berhati mulia, memaafkannya.
"Deal. Jangan di sebut sebut lagi benda ni"
"ai ai mem..sebab aku dh buat kau sakit hati, malam ni aku belanja kau layan buskers."
"Bukan buskers memang free ke?"
Akmal ketawa kembali. Aku tak mampu untuk dia bodohi.
"Bijak bijak. Ni la yang betul. Orang bijak macam ni baru boleh buat bini."
"Ah kau...mulut x de insurans."
"Btw pakai lawa lawa tau"
"Nak buat apa??"
"nanti aku nak ambik gambo tunjuk kat bapak kau yang memang aku jumpa kau."
"Eh..tak kuasa la.."
"Yaya!!malam ni pukul 10. Jangan lambat. Kalau lambat aku repot kat bapak kau.
Annoyingnya!!!!
*************************************
"Ash, finally berjaya jugak kau keluar dari gua. Welcome to the club bro." Dean bersorak riang. Ashraff malas melayan perangai 3 suku sahabatnya itu. Belum lagi Que bergabung. Habis kebabom!!
"Aku balik awal kot..mungkin stay 2 hari je. Saja ambik angin."
"Weh, aku setting baik seminggu punya. Takkan kau 2 hari nk blah da."
"Kau kalau dengan bini kau seminggu pun macam sejam. Tau la baru kawen. Bernanah pulak mata aku."
"Ala, kat sni kau cari la yang mata hazel, rambut blonde. Kat Malaysia payah nak dapat stok macam ni."
"cerita macam stok ayam kat pasar je. Dengar si Rasya mau kena piat telinga tu."
"Aku yakin bro. Percutian kali ni memang kau akan puas hati. Kau takkan menyesal datang sini. Aku bagi 1st class punya treatment. Silap2 kau trus nk stay sini" Dean gelak jahat. Kalau aura playboy dia dah sampai boleh pening kepala otak melayan.
"Eh, Rasya!"
"Mana mana??" Kalut mata Dean melilau.
Ashraff gelak. Kelakar.
"Takut bini rupanya.....kata beras kita beli.."
"Well, brand dia pilih, masak pun dia"
Kedua duanya ketawa. Serasa back to the old days. Riang tanpa sebarang masalah.
"Finally after 2 years u could laugh again."
"im trying."
"try to?"
"Forget her. I wont be a burden to her anymore."
"Sure? No regret? Andai kata kau terrrjumpa dia balik??"
"Lets my heart lead the way. My mind exhausted."
"if ur heart be the decision maker, it will find its partner. Another heart beat to play along"
"its all start with IF..2 years bro.. Knowing the truth, i pity her. She deserved to be happy."
"Even the person is u?"
"Bro...hari tu suruh surrender, sekarang suruh fight. Pening laaa"
"Just want to make sure your decision is firm. "
"insyaAllah. By the way, petang apa plan?"
"Aku ada date. Kau lepakla sorang-sorang. Si Melvin nk jumpa. He miss u dowh."
"Ni yang aku menyampah. Ajak holiday. Sampai-sampai aku kena jalan sorang. Tak guna punya member. Sudahla..baik aku lepak dengan Melvin and the gang. Recall the old memories."
Ashraff bingkas bangun. Malas melayan Dean yang cakap tak serupa bikin.
Dean ketawa kecil, namun matanya memandang sahabatnya penuh makna.
"u'll find ur happiness bro. Soon"
Share this novel