Aiskrim

Romance Series 29543

Aku pulang dari kuliah bersama Kak Maria. Penat terasa namun aku memilih untuk berjalan pulang. Tiba tiba terasa hati ini untuk berjalan lebih lama. Kak Maria tidak punya pilihan. Dia harus menemani ke mana saja aku pergi. Itu tugasnya.

Setahun 6 bulan berlalu. Pengajianku hampir tamat. Tak lama lagi aku akan pulang ke tanah air. Tapi aku ragu ragu. Hatiku masih belum kuat.

Sandal cinderella setia menjadi peneman langkahku. Hanya dengan menyarungkannya aku membayangkan setiap langkah ku ditemani dia. Pengganti dirinya. Kekuatan aku.

Hubungan aku dan Kak Maria bertambah baik. Namun aku bataskan hanya setakat itu. Tidak berani untuk berlebih lebih. Bukan hak aku untuk menentukan siapa sahabat dan teman.

"Yaya, jauh lagi ni. Akak penat."

Aku sengih kecil. Kasihan melihatnya yang sedikit kelelahan.

"Baru 1km kak..dah letih?"

"Akak bukan muda lagi macam Yaya. Rehat jap. 5 min. Kita duduk dekat bangku situ. Akk nak singgah mart kejap. Beli air. Haus. Yaya nk apa?"

" Tak ada apa kak."

Aku berjalan ke arah bangku kecil di pinggir jalan. Enggan menerima apa apa pemberiannya walau ikhlas. Takut termakan budi. Seperti dia dulu yang membantu aku saat aku sakit hingga bukan setakat termakan budi tapi langsung jatuh hati.

Aduh..setiap apa yang aku fikirkan semua berkisar tentangnya. How can i move on? Aura dia masih kuat. Walaupun setahun setengah sudah berlalu.

"Nah. Akak belanja." Sebatang aiskrim coklat dihulurkan Kak Maria sebelum turut sama duduk di sebelahku.

Aiskrim. Coklat.

Kenangan aku dan dia lagi. Aku belek perlahan. Air mata bergenang.

"Kenapa? Tak suka ke?" soal Kak Maria risau. Aku cuma geleng. Menyeka air mata di pipi.

Kak Maria memandangku sayu. Dia mengetahui sejarahku. Setelah setahun bersama aku membuka cerita.

"Aiskrim pun ada kaitan dengan dia?"

Aku angguk sambil senyum kelat. Aku jamah juga walau terasa kelat. Bukan salah aiskrim tapi salah aku yang hilang rasa manis dalam hidup.

"Dah setahun lebih Yaya. Move on!!"

"Mudah untuk cakap. Tapi susah nk buat kak. Bukan tak cuba. Tapi tak boleh. Its always there. Untuk Yaya move on, buka hati untuk orang lain susah sebab dia sendiri dah ada level yang tak boleh nk di atasi orang lain."

"maybe dia dah ada orang lain. Happy with his own life. Tapi Yaya?  X rasa rugi ke?"

"Kalau dia happy Yaya pun akan happy kak. Yaya cuma nk dia senyum semula. Terbang tinggi mencapai impiannya. Membina nama. Dengan Yaya dia tak boleh buat semua tu. "

"Macam ni ke happy? Akak dah setahun setengah dengan Yaya dekat sini. Yaya x nk balik Malaysia pun akak ikut. Tapi sekali pun akak tak pernah dengar Yaya ketawa. Tu ke namanya happy?"

"Macam mana nk ketawa tu ye?Yaya dah lupa."

"Yaya tak nak cuba cari dia?"

Aku geleng lagi.

"Yaya tak nak dia mati kak. Kucing ada 9 nyawa tapi manusia cuma 1 kak. As long he alive somewhere in the world i'm satisfied enough."

"Yaya, akak ada benda sikit nak cakap. Pasal Tan sri."

"Papa?"

Kak Maria angguk.

"Apa dia?"

"Akak rasa Tan Sri menyesal dengan apa dia dah buat sebenarnya. Tapi ye lah..ego seorang bapa kan."

"Kalau dia menyesal dia tak hantar Yaya ke sini. Dia tak akan buang segala barang Yaya. Segala kenangan Yaya. Yes, dia boleh buang, cuma yang dalam hati, yang dalam jiwa ni dia tak boleh buang. Tetap kekal dekat sini"

" Yang tu akak x berani nk komen cuma akak nak Yaya tau Tan Sri tau pasal rantai tu. "

"Papa tau? Akak bagitau?"

" Tak. Masa nk bertolak tu. Tan sri suruh akak geledah bilik Yaya. Cari segala benda yang aneh. Akak terjumpa rantai tu dalam sampul kecil. Akak tunjuk pada Tan Sri. Berubah muka dia. Lama dia tenung loket tu. Lepas tu dia bagi akak balik. Dia kata letak semula di tempat asal. Jangan sampai Yaya perasan."

Sungguh? Aneh sekali. Ikutkan cara sudah semestinya rantai ini patut lupus sekali kerana melihat loketnya sahaja sudah diketahui siapa pemiliknya.

"Entah lah kak. Yaya tak boleh fikir. Kalau dia menyesal sekalipun masa tak boleh nak di undur semula. Hati yang dah tercalar susah nak di baiki semula.

Dan dia tak seharusnya berterusan kirimkan jodoh untuk Yaya ke sini. Tahun lepas anak Tan Sri junid. Lepas tu anak Dato'Majid. Semua muka buaya tembaga. Bila semua jodohnya reject Yaya dia patut sedar anaknya ni tak suka di atur aturkan."

"sekarang dah 6 bulan. Ikut gaya Tan Sri akan kirimkan sorang lagi."

"Kirimlah seribu lelaki pun Yaya tak hingin. Yaya tahu cara nak bagi lelaki2 dahi luas ni menyampah dekat Yaya."

Kak Maria ketawa kuat. Mungkin teringat taktik yang aku gunakan hingga kesemua lelaki itu putus asa denganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience