Masa depan kita

Romance Series 29543

Cuaca cerah di Osaka memudahkan aturan perjalanan kami. Seawal pagi pintu bilikku di ketuk menandakan dia sudah siap sedia untuk sarapan bersama. Aku buka pintu kamar. Dia menyambut aku dengan senyuman. Dia tampak santai dengan jaket  tebal, muffler di leher dan sarung tangan. Tampak jaket yang kami pakai sedondon. Sungguh dia benar-benar ingin memberitahu dunia bahawa aku ini kesayangannya.

Kami bertiga bersama sama ke kafe. Dia meminta aku mencari meja sementara dia membawakan beberapa menu sarapan pagi untukku.

"Yaya,flight i pukul 10 pagi ni." Rasya bersuara sambil menikmati kopi panas.

"Eh, dh nak balik ke? Ash tak cakap apa apa pun?"

" i balik sorang. Ada hal nk kna urus n my boyfriend balik dari Rusia petang ni. So ingat nk spent some time dengan dia sebab dia cuti tak lama. Tengok uolls sweet berdua buat i pun rindu boyfriend i" gelak Rasya.

"Ala..baru ingat nk jalan2 dengan u. Girls day."

"Mamat stone cold tu u nak campak mana?" bisik Rasya di telinga buat aku ketawa. Dia yang sedang mengambil crossaint memandang aku yang tampak sangat ceria.

"Amboi.. Gelak besar nampak. Kutuk i ye."

"Mana ada Tengku. Girls talk" alih Rasya.

"ingat perempuan je ada 6th sense?Lelaki pun ada tau. Dari tadi i tengok uolls berdua ni gelak2. Tak lain tak bukan ngumpat i la tu"

"u..i lapar.." rengekku sedikit manja. Cuba mengalih topik. Dia terkedu sebentar melihat aku semanja ini. Tak pernah lagi aku berkelakuan sedemikian. Rasya cepat2 menyuap kek ke dalam mulut sambil senyum simpul.

" nah crossaint ni. I tak nak u gastrik teruk lagi. U nk tea or juice?" terus fokusnya beralih ke arah ku seorang. Seolah Rasya tidak wujud antara kami.

"tea would be nice." pantas dia bangun dan mengambil secawan teh buatku.
Aku kenyit mata ke arah Rasya. Taktikku berhasil.

"i can see how he totally fall for u. I dekat sini pun macam tak wujud je bila dia mula fokus dekat u. Nanti nk makan nasi minyak jangan lupa jemput i tau." usik Rasya.

Aku senyum malu. Benar, dia tidak segan silu menunjukkan keprihatinannya padaku.

Kami bersiar siar ke Kema Sakuranomiya Park selepas menghantar Rasya ke lapangan terbang Kansai. Langkah kaki di atur perlahan. Menikmati keindahan pohon sakura yang mula berkembang. Cantiknya. Pemandangan indah yang tidak dapat aku bayangkan. Tiada di negaraku. Benarlah,indahnya bunga sakura begitu memukau.

Tiba2 tanganku di genggam seseorang. Aku berpaling. Dia memandang kehadapan tanpa reaksi namun erat genggamanku tidak dilepaskan. Berdebar hatiku. Pertama kali reaksinya begini.

"kenapa?" soalku.

"Dah lama i teringin nk jalan macam ni dengan u. Dekat sini boleh pakai glove so i boleh pegang tangan u. Dekat Malaysia x boleh. Orang kata gila kalau pakai glove tengah cuaca panas terik ni" dia perlahan berkata namun matanya masih tegak memandang hadapan. Tidak berani memandang aku. Malu barangkali.

"kenapa cakap tak pandang i" aku mengusiknya. Bukan senang untuk melihat perwatakan begini padanya.

"i malu. Rasa bersalah pun ada. Pegang tangan anak orang x mintak izin".

Aku cuba menarik tanganku dari genggamannya agar rasa bersalah itu berkurangan. Aneh bila genggaman itu semakin erat. Dia berpaling memandangku.

"i tak kata nk lepaskan u."

Aku serba salah. Apa yang dia inginkan sebenarnya?

Dia memimpin aku ke sebuah bangku kosong, menghadap tasik indah terbentang di hadapan kami. Genggaman masih tidak dilepaskan malah bertambah erat. Hatiku berdebar kencang. Pertama kali dia menyentuhku begini.

"i dah tekad nk jumpa family u. Nak minta izin ayah u untuk restu hubungan kita. Sebelum ni i pernah cakap fokus pada hati kita. Apa yang kita nak. And now i tahu apa yang i nak. I nak u dalam hidup i. Sampai bila bila. I tak boleh nk fikir andai u tak ada dalam hidup i. Selagi parents u tak tahu pasal kita selagi itu akan ada halangan yang buat kita tak boleh nak move on."

Aku tunduk. Mendengar segala inti pati perbualannya. Benar apa yang dikatakannya. Lebih lama soal ini tertangguh, lebih besar halangan yang akan kami hadapi nanti. Aku membalas gengamannya. Menyatakan aku juga sama sepertinya. Mengharap dia menemani hari hariku sampai bila bila.

Dia merenungku. Mengucup jariku di balik sarung tangan tebal yang ku pakai.

"Please, janji dengan i. Apapun terjadi jangan pernah mengalah. I sayang u. Cuma u yang i nak jadi suri hati i, isteri i, ibu pada anak2 i nanti. I akan fight untuk kita. I akan cuba jernihkan keadaan. I rasa ada simpulan yang tak terlerai. Rahsia di sebalik semua ni. Cuma i nak u ada dengan i. Percaya i. Jangan pernah menyerah kalah."

" i takut. Kehadiran i cuma akan buat hidup u derita. I tak tahu apa papa boleh buat. Cuma yang i tahu he is capable to do everything to separate us."

"its ok sayang. This is a men fight. Kalau yang ni pun i tak boleh handle, macam mana i nk bimbing u,nk beriringan dengan u? I akan buktikan pada papa u yang i boleh jaga anak perempuan dia ni sepenuh hati i. Malah lebih baik dari dia jaga."

"Kalau u dah tak mampu bagitau i. I tak nk u paksa diri semata mata untuk i. I lagi rela u tak ada dari tengok u menderita."

" Dont ever said that. Tak ada u buat i lagi derita. Cuma hanya 1 benda yang akan buat i mengalah."

" apa dia?" hatiku tertanya tanya.

"bila u sendiri dah x de rasa cinta dekat i. U sendiri dh tak rasa sayang dekat i. Only that thing yang akan buat i mengalah."

Aku geleng kepala. Air mataku menitis. Hanya membayangkan sahaja sudah membuat hatiku sakit. Dia menyeka air mataku. Mengucup jemariku sekali lagi.

"i tahu u sayang i. Walaupun u tak pernah cakap tapi i faham. Sayang sangat kan. Jangan sedih macam ni. Bukan u sorang je rasa macam ni.i pun sama. Buat i tak sabar nk kahwin dengan u. Nak halalkan hubungan kita. Walaupun berlapik macam ni pun i rasa bersalah je."

" Dah tahu bersalah kenapa buat?"

"Sebab i manusia biasa. Ada rasa, ada hati. Cuma dekat sini je i boleh buat macam ni. Sebab tu i nk berusaha halalkan hubungan kita. Mintak restu parents kita."

Aku melihat kesungguhan di matanya. Baiklah, jika ini yang akan aku tempuhi aku harus siap menghadapinya.

"next week i call papa and arrange masa untuk kita jumpa my parents ok?"

Dia angguk setuju. Bukan aku saja berdebar. Dia juga sama. Namun kami berdua tahu lambat laun masalah ini perlu diatasi. Mengelak bukanlah jalan penyelesaian terbaik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience