Seminggu berlalu selepas kejadian itu. Sepi masih mencengkam antara kami. Dia tidak lagi menyatakan sayang padaku. Namun dia masih menghantar makanan padaku tepat waktu. Aku tahu itu semua kerana anak ini. Bukan kerana aku. Mungkin dia sudah muak dengan aku yang sering berfikir aneh aneh. Aku yang tidak matang.
Aku tidak menangis lagi dihadapannya. Aku cuma menangis di dalam hati. Membiarkan aku memujuk diriku sendiri. Just be the old me. Andai kata dia ingin melepaskan aku selepas anak ini lahir nanti aku redha. Kerana aku tahu aku tidak sempurna.
Dia tidak mahu berbicara. Aku hanya mengikut rentaknya. Seperti aku katakan satu ketika dulu, dia adalah imamku. Aku cuma ingin menjadi makmum terbaik buatnya. Terbaikkah?? Mungkin tidak lagi.
Seperti yang dia janjikan, seorang jururawat peribadi diupah untuk menjaga aku sewaktu ketiadaannya. Mungkin lebih kepada memantau aku agar aku tidak mengapa apakan anaknya ini. Tenanglah, aku belum sekejam itu.
Aku memandang kalendar. Minggu hadapan mungkin genap 3 bulan usia kandunganku seperti mengikut perkiraan doktor. Seharusnya aku mula membuka buku kandungan. Adakah dia ingin menemani aku? Entah. Aku sendiri tertanya tanya.
Kini aku hanya mampu berdoa. Tiada siapa yang dapat aku luahkan rasa hati ini. Dulu ada dia, kini tidak lagi. Untuk mengadu pada ibu bapanya ibarat membuka aib suami dan aku sendiri. Ibu bapaku?umpama menggali kubur sendiri!!
***************************************
Dean dan Que memandang antara satu sama lain. Rasya di hadapan menggeleng kan kepala.
"Mamat tu dah kenapa? Seminggu macam mati bini?"
"Sayang, boss u tu kenapa?" Dean bertanya pada isterinya yang turut merangkap sebagai pembantu peribadi.
"I tak tahu. Nak kata pasal kerja pun ya jugak sebab kami ada dapat project baru and deadline bulan depan. Tapi i rasa macam ada benda lain x settle tu. Gaduh dengan Yaya kot."
"Eh, x kan la. Diaorang kan romeo n juliet. Cinta mati."
"mati tak mati pun dah nama laki bini mesti la ada gaduh-gaduh. Lidah dgn gigi pun boleh tergigit. Orang apa lagi."
"why not u all tanya dia. Men to men talk. Kena tolong tu. Dia berangin, i yang pening."
"Que, jom. Aku tak boleh kalau bini mintak tolong ni. Nk kena segera jugak."
"Ah engkau..." meluat Que mendengarnya. Mentang mentang hanya dia yang masih bujang antara mereka bertiga.
Dean gelak jahat sambil menuju ke arah bilik sahabatnya yang sedari tadi menyibukkan diri dengan kerja yang tak pernah putus.
"Ash. Sibuk semedang kau ni. Kitaorang ajak tea time pun busy sangat."
Ashraf mengangkat wajah. Cuba memaniskan muka.
"Sibuk sikit la..ada projek baru."
Que dan Dean senyum tawar. Perasan bila Ashraff cuba membuat alasan.
"Ash, kita kenal bukan baru tau. Dari zaman berhingus lagi. Ni bukan pasal kerja yang kau moody semacam. Ni mesti pasal benda lain."
"Tak de apa la. Pasal kerja." masih cuba berdalih.
"Ash, kau stress lain macam ni. Yaya apa khabar? Lama x dengar cerita dia."
Ashraff terdiam. Terbayang wajah manis isterinya. Sungguh dia sangat rindukan senyuman manis yang sudah seminggu tidak kelihatan. Kejamkah dia bersikap beku begitu. Dia cuma marah bila isterinya seolah olah tidak menginginkan zuriat mereka.
"Baik.." perlahan dia menjawab.
"Tengok. Lain macam bunyinya. Kau gaduh dengan bini ye. Kalau tak dapat korek dari kau. Aku nak korek dari bini kau la. Kang aku nk ajak bini aku g rumah kau. Semalam aku ada pergi johor. Ada beli buah sikit. Memang nak kirim kat kau. Dah macam ni aku bagi bini kau terus la. Nenas johor sedap sedap tau.."
"Kau nak bagi nenas?No no.. Tak boleh!!"
"uit. Marah nau. Kenapa tak boleh pulak?"
Ashraff diam. Dia tahu dengan mereka berdua tiada apa yang dapat disembunyikan. Mereka memang sentiasa bersama sejak dulu. The three musketeers.
"She's pregnant."
Dean dan Que ternganga. Tak menjangka jawapan yang keluar dari sahabatnya itu.
"Ya Allah..it a good news bro. Tahniah. Berita baik kot. Tapi apasal kau monyok semacam? Kau kena alahan ke apa?"
"Bukan tu."
"Habis?"
"She doesnt want the baby"
"What??" serentak Que dan Dean bersuara. Aneh jawapan itu.
"Bro..kejap kejap. Yaya kata dia tak nak?"
"Tak la kata tak nak. Dia kata dia tak ready."
"Tak ready? Sebab?"
" Tak ready la.."
"Tau la tak ready. Tapi sebab apa? Tak nak gemuk ke..tak puas nak honeymoon lagi ke. Tak nak perut buncit ke."
"Aku tak tahu."
"Kenapa tak tanya?"
"Entah."
"Laa..sebab tu yang kau marah sangat? Kejap kejap. Ash, kau kenal Yaya macam mana kan. Aku yang kenal dia sekejap je pun tak kan rasa tu semua alasan dia untuk tak nak baby. Dia rela korbankan hati dia untuk kau. Orang yang dia sayang. Setakat gemuk buncit boroi tu apa lah sangat"
"Aku tak tahu. Tak boleh fikir."
"Kalau tak tahu kena tanya. Dah berapa lama kau dok hangin ni?"
"Erm..ada la seminggu"
"Seminggu??ada bincang dengan dia tak?"
Ashraff geleng. Pasrah di marahi sahabatnya. Kali ini kata kata Dean terasa masuk akal. Dia lebih kenal isterinya. Bukan seorang yang pentingkan diri sendiri. Malah lebih mengutamakan dia dari segalanya. Mungkin ada sebab lain yang membuatkan isterinya berfikiran begitu.
"Berat la kau ni. Kita ni lelaki. Kau tau kan lelaki. Tak ada 6 sense. Tak pandai nak faham faham sendiri. Suka cakap, x suka cakap. X de kias kias. Tapi perempuan lain bro. The most complicated creatures in the world. Kata x nak tapi sebenarnya nak."
"Ash, seminggu kau abaikan dia. Dia nk bercerita dengan siapa? Kau je la yang dia ada. Sekarang kau pun abaikan dia. Aku takut dia jadi macam dulu. Dia yang sebelum kau kenal. Pujuk dia. Orang mengandung ni sensitif. Kalau Leya tau ni mau kau kena pancung tau."
"Aduh..apa aku nak buat. Awal awal dulu ada la nampak dia macam sedih. Tapi sekarang dia macam buat buat tak nampak je aku ni. Cakap pun sepatah sepatah."
"Tu la kau.. Ada akal pakai. Bukan simpan celah lutut. Aku rasa kan, dia takkan luahkan dekat kau. Sebab dia takut dia salah cakap lagi, kau marah dia lagi. Aku rasa better kau bagitau mak kau. Biar pompuan dengan pompuan settle. Bahasa kita ni payah nk masuk dengan bahasa diaorg. Nanti kau mintak mak kau bagi conclusion je."
"Bijak gak tu. Thanks bro. Serius aku tak terfikir dowh."
"Tu la kau. Kalau tak kenang bini aku yang pening menghadap angin kau, malas aku nk jadi kaunselor ni. Btw aku pelik jugak. Aku yang kahwin dulu, apasal kau yang dapat anak dulu?"
Ashraff ketawa besar.
"Best man win!!"
Share this novel