Picnic

Romance Series 29543

Destinasi pertama di tuju adalah pejabat miliknya. Malam malam begini agak aneh untuk berada di sini. Aku hairan. Namun tmpak masih ada 2,3 biji kereta lain di ruang parkir. Ada yang masih belum pulang.

Pengawal di hadapan mengambil kunci kereta dan memarkir di parkir khas. Dia tampak santai, dengan kot di tangan kanan dan bungkusan makanan di tangan kiri mengiringi aku ke arah lif VIP yang pernah aku naiki dulu.

Aku amati dia dari belakang. Terlihat kesan merah di lehernya. Rambut sedikit kusut. Ada garis garis luka di wajah. Aku jatuh kasihan. Sebegini teruk pukulan mama kepadanya. Apa salah kami??

Pintu lif terbuka. Ada cahaya terang di situ. Kelihatan Rasya di situ menunggu kami dengan kotak perubatan di tangan. Wajahnya tampak terkejut melihat kami berdua.

"Oh My God!!Tengku, Yaya!! What happend to both of you?"  soalnya hairan. Lampu bilik di buka. Tirai di labuhkan. Hanya kami bertiga yang ada. Rasya membelek wajahku dan Ash berkali kali.

"Nk report polis tak? Sape yang buat you berdua macam ni?" dia membebel.

"my mum." singkat aku bersuara. Rasya menutup mulutnya yang terbuka luas.

"auch. Suppose no police report to be lodge."

Kami berdua senyum. Gelagat Rasya benar benar mencuit hati.

"Both of u memang sehati sejiwa la. Sakit sakit macam ni pun boleh senyum sengih ye?"

"Rasya please bring her to my room. Treat her well." arahnya pada Rasya.

"Baik Tengku. And your injury?"

"She's first. Shes worsen than i" ringkas katanya.

Rasya pimpin aku ke sudut kanan bilik rupanya terletak satu bilik yang lengkap dengan keperluan asas. Tampak maskulin namun masih ada sekeping gambarku terletak elok di sisi meja. Sungguh aku tidak curigai lagi hatinya.

" u nak mandi dulu ke. I dah bawa everything u need here. Terkejut i Tengku call malam malam suruh datang office. Kalau short notice sangat memang i datang pakai pyjamas la."

" I nak basuh muka je kot. I tak selesa mandi tempat yang i tak biasa."

"As u wish." tuala kecil di hulurkan.

Aku membelek wajah di kamar mandi. Darah kering aku bersihkan. Tampak bibirku luka dek tamparan mama. Bahuku kebiru biruan. Mama jika hilang pertimbangan, apa pun boleh jadi.

Selesai membersihkan muka Rasya menantiku sambil memegang kotak ubat. Aku sedikit malu namun Rasya berkeras untuk menyapu ubat di tubuhku. Katanya dia tidak berani ingkar arahan boss.

" i cuma boleh apply basic ointment je. Esok u akan rasa lagi sakit. Better pergi klinik untuk ambil painkiller. Atau u nk i uruskan?"

"x pe if teruk i akan ke klinik sendiri. Tq so much Rasya."

"I dah anggap u macam adik i. Tengku kata u jealous dengan i. Part tu u jangan risau. U can count on me." usiknya.

"Apalah dia ni.. Benda macam ni pun cerita dekat u. Btw dekat luar ada kotak ubat x?"

"x de. Dekat floor ni hanya ada 1 je."

"so, boss u?"

"Maybe waiting for his cinderella to cure him." aku di usik lagi. Malunya namun rasa bimbang itu lebih tinggi.

Aku capai kotak ubat dan keluar dari kamar itu. Kelihatan dia hanya bersinglet menatap jalan raya yang penuh dengan kenderaan. Persis sang model. Namun tompok merah dan biru di tubuh mencacatkan pemandangan.

Dia berpaling bila menyedari kehadiranku. Rasa malu menyerbu wajah bila melihat dia tidak berpakaian sempurna seperti biasa. Tapi dia lagak biasa memandang aku tepat. Membelek wajahku.

"u dah letak ointment ke dekat bibir dia?" soalnya pada Rasya.

"Not yet. I save the best for you." santai Rasya membalas.

Dia berpaling kearah Rasya yang nakal namun aku tahu matanya bersinar. Seolah berterima kasih kerana faham. Boss and secretary, sama sama nakal..sama sama kuat mengusik!

Dia membawa aku ke sofa. Mengoles ointment di hujung bibirku yang luka. Penuh lembut dan berhati hati. Saat ini aku gunakan untuk memandangnya. Pipinya bergaris merah. Barangkali terkena kuku mama. Bahu kirinya kebiru biruan. Pangkal lehernya merah berbirat. Dahsyat pukulan mama. Dia lebih teruk kerana dia menghalangi aku dipukul mama bertubi tubi.

"Dah puas tengok muka i?" tegurnya.

"pasal u, mana i pernah puas. Dimples u pun i tak nampak hari ni" pertama kali aku membalas usikannya. Merah padam mukanya menerima serangan balas dariku.

"Ouch, Tengku, Yaya.. Jangan sweet sangat boleh tak. Kesian i yang boyfriend jauh ni. Tolong tanyakan bila dia nak balik?" Rasya bertanya pada Ash.

"Tanya la sendiri. X kan benda macam tu pun i kena jadi orang tengah," balasnya.

"Whatever..sudahla i nk balik. Esok kalau i lambat, boss i yang garang tu potong gaji i"

"Rasya, thanks for coming. Btw esok u masuk lambat pun tak pe. "

"serious boss?bonus ada?"

"Orang bagi betis nak peha pulak. Dah, pergi balik. Jangan tutup pintu. Tarik semua bidai ni.i tak nak tiba tiba kena tangkap khalwat pulak."

Rasya ketawa. Aku senyum. Rasya yang elegan dan sofistikated berubah menjadi Rasya yang periang. She is so professional!

"u, pasal boyfriend Rasya tadi i tak faham."

"Owh, actually her boyfriend is one of my bestfriend. Dulu masa dia mula attach dekat sini dia single lagi. Bestfriend i tahu ada awek ganti Nathan so dia selalu datang sini lepak dengan i. Tapi niat sebenarnya nk usha Rasya. Bila diaorg declare pun i tak tahu. Thats why i bagitau u between us is nothing. Dia girlfriend bestfriend i."

"Owh.. Faham..tapi Rasya kata boyfriend dia dekat Rusia?"

"U ingat dia couple dengan mamat Rusia ke? Tak de maknanya. Dia kacuk Jepun pun taste melayu tulen. Bestfriend i ada projek dekat Rusia. So dah 2 tahun dekat sana. Tak silap dalam masa terdekat ni projek dia settle. So he will come back for goods. Nanti i kenalkan dengan u ye."

"So bestfriend dengan Que sekali ke?"

"of course. Dulu orang panggil kitaorang the 3 musketeers"

Kami ketawa. Aneh dalam sakit sakit begini kami mampu tersenyum melupakan saat hitam tadi.

"Jom makan..i lapar. Sedap bau Mbak Tuti masak."

"sian u. Jamah air pun tak sempat."

"x pe. At least i jadi romeo. Save my Juliet from the storm".

Bekalan di buka. Lauk ayam penyet kegemaranku terhidang di depan mata.

"Ni lauk favourite u?"

Aku angguk. Kecur air liur. Sudah lama aku tidak merasa air tangan Mbak Tuti yang tidak terbanding dengan mana mana restoran yang ada.

"eh, tadi Mbak Tuti bisik apa dekat u?"

Aku fikir dia tidak perasan. Teringat kata kata bibikku itu buat aku ketawa.

"u nak tau?"

"of course. Sebab dia u stop menangis. Mesti something funny. Share la dengan i"

"Cik, tuannya itu ganteng banget. Rugi kalo dilepasin. Pokoknya harus di ikat mati jangan di kasi kabur deh" aku mengajuk ayat Mbak Tuti sambil menokok tambah.

Terhambur ketawa dari mulutnya. Hilang segala rasa sakit. Yang ada cuma bahagia.

Aku memandang menu dihadapan. Namun hanya 1 sudu yang tersedia. Mbak Tuti sengajakah?

Dia yang memandang aku terpinga pinga senyum lebar.

"suapkan i" pintanya manja.

Kalaulah staff syarikat ini tahu bahawa ceo nya ini sebenarnya seorang yang manja bak kucing parsi!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience