Aku membuka mata perlahan. Kabur seketika. Bayangan wajah seseorang di hadapan ku. Semakin lama semakin jelas. Wajah risau suamiku ini tepat dihadapanku. Aku ukir senyum kecil untuk menenangkannya. Namun dia masih begitu. Muka ketat tanpa senyuman.
"Jom pergi klinik."
Aku kerut dahi. Memandang jam di dinding.
"its 4am dear. Awal sangat tu."
"Awal x awal u dah rebah tadi."
" i tak larat la..nak tidur lagi."
"its ok..tidurla.. I could carry u around. U tak payah jalan pun..just sleep in my arm."
"Haishh.. Malu la dukung dukung pergi klinik."
"Nak malu apa? U are my wife. X salah pun."
"Kita ni dekat Malaysia, bukan Melbourne sayang."
"I dont care where ever we are. I know im not doing anything wrong and i want my wife safe and healthy."
Aku tahu aku tidak mampu mengelak lagi. Ashraff mula dengan sikap protectivenya.
"Ok, but could u make a cup of hot chocolate. To gain a bit strength of me?"
"Anything for u sayang." Dahiku di kucup mesra. Pantas dia turun ke dapur.
Aku geleng kepala. Cuba bangun untuk bersiap. Menapak perlahan ke almari. Terhenti seketika mencari kekuatan.
Tanpa sedar aku diraih ke dalam pelukan. Entah bila dia tiba aku tidak sedar.
" u look so fragile dear. Pergi minum dulu. I siapkan u"
Aku didukung ke arah birai katil. Air coklat suam di sua. Dia pantas membawa pakaian dan menukarkannya untukku. Aku malu namun aku sungguh tak berdaya.
Sepanjang perjalanan dia diam membisu. Aku tahu dia risau. Aku tambah bersalah. Esok seawal pagi harus menghadiri mesyuarat. Namun kerana aku dia tidak lena.
"u..sorry."
"For what?"
"i dah susahkan u. Kena bawa pergi klinik pagi pagi buta ni. Esok u ada meeting."
"dont ever say that. Ni bukan susahkan. Ni memang tanggungjawab i. Jaga u susah senang."
"I dah nak mati ke?"
"Astaghfirullah. Apa yang u mengarut ni?" suaranya sedikit tinggi.
Aku tersentak. Air mata mula menitis. Entah kenapa aku terasa begitu sensitif.
Seketika tanganku di genggam. Erat. Dia menyedari aku menangis di sisinya.
"sorry sayang. I tak berniat nak tinggi suara. I tak marah u pun. Dah jangan nangis macam ni." pujuknya.
Aku diam. Melayan rasa jiwaku yang lara. Dulu aku bukan cengeng begini. Katalah apa sahaja aku cuma diam beku tanpa perasaan. Namun dengan dia aku mudah beremosi. Sayang kan?
"Sayang, kita baru kahwin 2 bulan. 2 tahun kita terpisah. Takkan u nk tinggalkan i dah?Kata kata tu satu doa tau. Sekarang kita tak tahu apa masalah u. Mungkin gastrik lama u datang balik. Kita cuba ubati. I nk hidup dengan u sampai tua. Sampai akhir nafas i.
I rasa u stress duduk rumah tak buat apa. So u fikir macam macam. Maybe i boleh minta u assist mummy dekat butik dia. X de la u lonely."
Dia mengusap air mataku. Hatiku terpujuk. Ah begitu mudah sekali. Hanya dia yang boleh buat aku begini. Pantas aku memaut lengannya. Merebahkan kepala di bahunya. Sungguh aku sayangkannya.
"Aih..dh macam kucing parsi pulak? Comel la u ni. Jangan fikir macam macam ok. I ada dengan u. Teman u."
Aku angguk manja. Seronok dilayani sebegini.
Keadaan di dalam klinik lengang. Awal pagi begini biasanya memang kurang pesakit. Aku hanya duduk. Semuanya diuruskan Ashraff.
Kami dipanggil masuk oleh jururawat bertugas. Kelihatan seorang doktor lelaki berusia lewat 30an menyambut dengan senyuman mesra. Meredakan keresahan hatiku.
"Assalamulaikum, jemput duduk ya. Puan Wardatul Qaisara?"
" Ya saya."
"Apa masalah puan ya?"
"Saya sejak 2,3 hari ni saya selalu rasa berdebar debar, kepala pening. Saya pernah ada masalah gastrik yang serius jadi saya tak pasti sakit saya ni sebab masalah gastrik ke atau ada masalah lain"
"Puan makan teratur atau ada skip makan?"
"so far ok je. X de la skip pun."
"tadi dia rebah doc. Pengsan about half an hour." terus Ashraff menyampuk. Menyampaikan intipati yang paling dia bimbangkan.
Doktor mengangguk kecil.
"Bila puan last period?"
Period? Aku terdiam. Ya..sudah lama. Rasanya sudah 3 minggu lewat. Aku dan Ashraff saling berpandangan. Adakah??
"rasa macam dah lewat doktor." perlahan aku membalas.
"tak pe. Kita buat ujian air kencing dulu untuk kepastian."
Aku menggigil. Apakah?? Aku pandang Ashraff. Tampak ada sinar harapan di matanya.
"lets check for confirmation."
5 minit menanti..ibarat 5 jam lamanya. Hatiku berdebar debar. Segala perasaan bercampur. Ashraff setia di sisiku. Menggenggam erat tanganku menyalurkan kekuatan.
"Rileks sayang. Apa result yang keluar kita redha ye. Positif i suka, negative pun i ok je."
Tak lama kemudian kami dipanggil masuk semula. Debaran di dada makin terasa.
"Tahniah puan. Ikut borang ni dan keputusan ujian puan disahkan hamil 10 minggu. Lepas ni puan kena jaga kesihatan, jaga pemakanan. Jaga emosi. "
Aku dan Ashraff saling berpandangan. Aku terkedu namun Ashraff pantas memelukku erat.
"Ya Allah..syukur..syukur sangat. Thanks sayang"
Dia nampak sangat gembira. Tanpa segan silu mencium dahiku berkali kali.
"Tapi doktor, kami baru berkahwin 8 minggu, macam mana baby kami dh 10 minggu. And im very sure my wife wont cheat on me." Ashraff bertanya. Aku menjadi risau.
"Tenang encik..Dari istilah perubatan, kami menganggarkan usia janin adalah dari tarikh hari pertama period. So tak hairanlah kalau kami anggarkan 10 minggu walaupun encik baru berkahwin 8 minggu."
Ashraff terdiam cuma menghadam maksud doktor. Polosnya dia saat ini. Aku menarik tangannya agar tidak bertanya lebih lebih. Kami bukan pakar dalam bab ini.
"Walaupun saya tak faham sangat tapi thanks so much for the confirmation. What should i do for my wife and my baby?"
"u need to take care for ur wife health and emotion. Saya tengok tekanan darah dia agak rendah. Emosi terganggu sedikit. Dia tak boleh stress. Akan ganggu perkembangan janin. Saya akan bekalkan ubat untuk kuatkan rahim dan tambah darah. Kekalkan pemakanan sihat."
"Baik doktor. Thank you so much!!"
Ashraf memandang aku dengan pandangan bahagia. Memelukku kembali erat sekali. Teruja sekali untuk bergelar seorang bapa.
Share this novel