Trust

Romance Series 29543

Aku membuka mata perlahan. Terasa pusing dunia sekejap..kabur...dan semakin lama semakin jelas.. Drip air disalurkan di tangan kiriku.

Hospital!

Cuba mengingat kembali peristiwa semalam. Usai di kafe dia ingin menghantar aku pulang. Namun aku berkeras untuk pulang sendiri. Aku sudah biasa berdikari. Tak pernah bergantung pada orang lain. Padaku sekali termakan budi, akan saling bergantungan selamanya. Selagi aku masih mampu menapak, aku akan terus menapak.

Itu yang aku sematkan selama ini. Biarlah orang menerima budi aku kerana aku tak pernah mengharap balasan. Namun untuk menerima budi orang aku tak berani. Aku tak mampu menduga apa di sebalik perasaan orang lain.

Bak kata pepatah, hutang budi di bawa mati!!

"Please, jgn degil macam ni. U tau x di mata i u dah macam zombie. Dengan muka pucat, berpeluh, menggigil. Jom pergi hospital. You need better treatment."

"x pe..i blh pergi sendiri.." aku masih berdegil.

"yaya..pls think about urself too.nk bawa diri pn x lepas, mcm mna u nk pergi hospital?" sedikit tinggi nadanya. Aku tau dia marah dengan kedegilanku.

Tanpa amaran dia menarik beg sandang di bahuku.. Menarik buku di tanganku yang sememangnya bila bila masa akan terlepas dari genggaman.

"i'll call Leya. Maybe pada u i can't be trusted". Sinis nada suaranya.

"jangan!!Leya ada exam skrg. Don't bother her."

"So, who should i inform?i cma tau Leya the only one yang u percaya. Kawan u. I pun u x percaya. Tell me Yaya..or should i call ur parents?"

Aku tak boleh berfikir. Hanya Leya harapanku. Cuma bukan sekarang. Papa dan mama? Memberitahu mereka ibarat bercakap dengan dinding lagaknya.

Melihat aku diam dia gelisah..terdiam dia berfikir sejenak. Tak tahu apa yang bermain di benaknya. Aku bukan tukang tilik yang mampu membaca apa di dalam fikiran orang lain

"Yaya, i minta maaf if apa yang i buat ni akan buat u marah. Pukul la i, maki la i banyak mana pun i tak kesah. I just want to make sure u are safe."

Tegas ayatnya. Tanpa amaran dia mencempung aku dan pantas melangkah pantas ke tempat parkir kereta. Hati aku marah. Berani berani dia melakukan hal begini!!tapi hakikatnya aku tak mampu bereaksi.. Perlahan lahan dunia aku gelap... Hilang segala kesakitan yang aku rasa. Seolah hanyut di alam lain...


*************************

Pintu dikuak mematikan lamunan. Leya muncul sambil mengukir senyum riang.

"Yaya!!! Kau dah sedar??" laju dia memelukku erat.

"Uit.. Jangan ganas sangat..tangan aku ada jarum ni."

"sorry2.. Macam mana kau boleh kena gastrik teruk sangat ni??"

"dah takdir..nk buat macam mana.."ringkas jawapan aku.

"banyakla kau punya takdir. Kalau kau x buat something, takdir kau pun x kan berubah. Kalau kau makan on time, kau pun mungkin x masuk hospital macam sekarang." Leya sudah mula membebel.

"iye la mak cik..btw mcm mna kau blh tau aku kt sini?."

"Que bgtau. Kau pun satu..kenapa x bgtau aku terus. Mujur ada prince charming dtg selamatkan kau..kalo x ko jd sleeping beauty la kat situ.."

Belum sempat aku mengutil Leya kerana mengusikku begitu pintu dikuak lagi. Kelibat K2 dan dia muncul. K2 senyum melihatku tapi dia memerhatiku tanpa segaris senyum. Nafas di hela panjang dan dia tunduk.

"Yaya dh ok ke?" soal K2.

"Better." ringkas aku membalas sambil senyum kecil. Hatiku masih risau dengan reaksi jejaka di belakang K2. Marah kah dia? Patutnya aku yang lebih marah!

"ok..hope u get well soon. Byk nk catch up lg kan.. Leya, we've got to go. Both of them need private space to talk about."

Leya senyum simpul sambil mengusap pipiku. Menggenggam tanganku erat sambil berbisik di telingaku.

"All the best Yaya!!"

Aku makin hairan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience