Hari itu tiba juga. Sepanjang malam lena terganggu. Berdebar menunggu hari ini. Meniti hari hari akhir sebelum bergelar seorang isteri.
Wajahku di tata rias oleh Rasya. Dengan tema beautiful yet seducing pilihanku. Sungguh aku puas hati dengan sentuhannya. Menatap wajah di cermin. Seolah bukan aku. Mataku yang semakin bersinar galak, lipstick warna merah muda. Seakan aku lupa siapa yang berhadapan denganku di cermin ini.
"Ya Allah, Yaya..you are soo beautiful. So damn gorgeous."
Aku tersipu malu.
Gaun pengantin disarung ke tubuh. Jaket yang di tempah khas kemudiannya di sarung. Selendang putih dililit kemas. Tiara di pasang. Viel labuh dikenakan.
Aku melihat penampilanku di cermin. Umpama orang baru. Bukan Qaisara yang biasa.
"Just like a princess. Kalau kita yang pandang ni pun dah teruja..apatah lagi Si Ashraff."
"Jaga jaga Yaya. Im sure he must be so damn crazier of you."
Tawa memecah di rumah kecil ini. Saat itu kedengaran ketukan di muka pintu.
"Dah sampai..dah sampai..tenang Yaya..jangan tersadung tunggul ke apa nanti" Sempat Leya berseloroh. Kak Maria pantas membuka pintu. Kelihatan seorang wanita berusia yang sangat anggun dengan persalinan warna royal blue di muka pintu.
"Err.. Nak cari siapa ye?" Kak Maria bertanya. Aneh.
"Siapa kak? Tanyaku sambil menjenguk. Saat itu hatiku meluruh. Terharu.
"Mummy!!"
Tubuhku didakap erat. Sungguh aku rindukan Puan Sri Natalia. Rindu kerana aku sentiasa dahagakan kasih seorang ibu.
"Tahniah sayang. Mummy happy sangat akhirnya saat ni tiba. U are so beautiful today. No wonder Ash never let u go. Dah, jangan nangis. Rosak makeup. Its your happy day dear."
Rasya yang sedikit panik membetulkan solekanku.
"Thanks mummy for coming. Really appreciate this."
"Mummy tau Yaya cuma ada kawan kawan je di sekeliling. Im replacing ur mom today. Accompany you and witness your biggest day."
Puan Sri Natalia mengganding tanganku. Leya memegang leret gaun dan veil. Mengiringi ku ke sebuah limosine yang sedia menanti.
"Limosine? Tak over sangat ke?"
" All these were plan by Ash. He wants u to have the best"
Inilah dia seorang Tengku Zhariff Ashraff yang memanjai aku sejak dulu lagi. Memastikan aku mendapat yang terbaik bersamanya.
Perjalanan selama 15 min ku rasakan seperti 15 saat. Sejuk tanganku. Puan Sri sesekali mengusap jari jemariku. Memerhati inai merah di tangan. Sempat lagi Leya mencari stok inai di sini.
"Rileks dear. Everything will be fine."
Limosine yang kami naiki berhenti di perkarangan  Masjid Baitul Makmur, Laverton. Majlis akan diadakan di sini rupanya. Dari dalam kereta aku dapat melihat teman teman Ash berkumpul di hadapan pintu masuk masjid.
Turut di situ beberapa orang berkopiah dan berserban dengan beg bimbit berisi dokumen sedang bersalam salaman. Tetapi aku tidak melihat kelibat dia.
"Im afraid"
"Cool down ur self dear. Istighfar banyak banyak. Ash lagi takut. Bukan Yaya yang kena jabat tangan dan lafaz akad. Tapi Ash." usik Puan Sri. Aku senyum kecil. Ya aku tahu dia mungkin lebih gemuruh dariku.
Akhirnya pintu dibuka. Leya, Rasya dan Kak Maria bersedia melindungiku. Suasana bertukar menjadi hening sekali. Aku tahu semua mata tertumpu ke arah aku. Princess of the day. Erat genggaman ku di tangan ibu Ashraff.
Kami tiba di muka pintu masjid. Aku melangkah masuk dengan kaki kanan dengan diringi selawat doa kesyukuran. Semua mata memandang aku. Cuma aku hanya melihat dia.
Dia tegak bersimpuh dengan berpakaian serba putih. Songkok elok terletak di kepala. Dia berpaling memandangku. Pandangan kami bersatu. Dia mengukir senyuman lebar. Menyerlahkan lesung pipitnya. Ah! Aku jatuh cinta lagi untuk kesekian kalinya.
Sepanjang majlis berlangsung aku hanya terpaku memerhatikannya dari belakang. Melihat susuk tubuhnya yang fokus mendengar taklimat ringkas dan khutbah nikah dari tuan kadi. Seketika dia diusik dengan beberapa soalan yang mengundang tawa pengunjung yang ada.
"Baik, semua sudah selesai. Kita mulakan sekarang" ucap tuan kadi. Dia merapati tuan kadi. Tangan dihulur dan berjabat kemas.
"Tengku Zhariff Ashraff bin Tengku Iskandar"
"Saya."
"Aku nikahkan engkau dengan Wardatul Qaisara binti Rizal dengan mas kahwinnya lima puluh ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Wardatul Qaisara binti Rizal dengan mas kahwinnya lima puluh ribu ringgit tunai."
Lancar. Tenang. Yakin. Selafaz dia mengucapkannya. Aku menahan nafas. Debaran makin menggila.
"Sah!" pengesahan sah dari saksi saksi disambut dengan ucapan syukur dari para tetamu.
Kini aku adalah isterinya. Belahan hatinya, pendamping jiwanya.
Airmata menitis. Cepat cepat aku menyeka dengan tisu ditangan.
"Tahniah Yaya." ucapan demi ucapan aku terima. Aku didakap mesra. Meraikan pernikahan ini. Walau tanpa ibu bapa di sisi aku bahagia.
Lafaz taklik dibacakannya. Aku memandangnya sayu. Dialah imamku kini. Pelindung aku. Dahan tempat aku berteduh dan menumpang kasih. Moga pilihan aku kali ini adalah tepat.
Kini dia menghampiri aku. Makin menggila debaran di rasa.
"Assalamualaikum sayang." ucapnya lembut. Aku memandangnya kembali. Salamnya hanya mampu ku jawab di dalam hati.
Dia meraih tanganku. Menyarungkan cincin berlian di jari manisku. Aku terpana. Aku tak punya apa apa untuk membalasnya. Saat itu ibunya menyorongkan sebentuk cincin perak padaku. Sedikit terketar aku mengambilnya. Meraih jari jemarinya dan menyarungkan cincin dijari manisnya.
Anehnya dia enggan melepaskan jari jemariku.bagaimana untuk aku menyalaminya seperti pasangan pengantin yang lain?
Dia membawa jariku ke bibirnya. Dikucup lembut. Aku malu. Merah wajahku.
"Ash, bagi Yaya salam dulu." tegur ibunya.
Dia sengih kelat. Teman teman di sekeliling ketawa.
"Gelojoh!" dengar satu suara. Dapat ku agak tak lain tak bukan pasti Dean.
Aku menyambut huluran tangannya. Mengucup lembut. Lama. Terima kasih imamku. Aku memandangnya. Satu kucupan ikhlas singgah di dahi. Amat tulus. Serasa satu perasaan bahagia menyelinap di hati.
"Kenapa sejuk sangat tangan u?" soalnya berbisik. Aku tunduk. Malu. Pertama kali aku dan dia bersentuhan tanpa alas. Pasti aku malu.
"Lawanya blusher." usiknya lagi. Tanganku diusap lembut. Cuba meredakan ketegangan hatiku.
"Ash, Yaya"
Kami disapa ibu dan bapa Ash. Sekali lagi aku dipeluk erat ibunya.
"Tercapai impian mummy nak dapat anak perempuan. Apatah lagi secantik Yaya."
Aku tak mampu berkata apa apa. Sungguh aku kelu sepanjang hari. Aku menyalami ayahnya yang kini turut menjadi bapaku secara tidak langsung.
"Welcome to the family Yaya. Papa pernah janji yang papa akan usaha untuk nikahkan kalian. Dan hari ini papa tunaikan janji papa. Yaya ingat, u are not alone anymore. Kami semua juga family Yaya."
Air mataku menitis. Terharu bila kedatanganku di sambut mesra.
"Papa..u make my wife cry today." Ash bersuara sedikit tak puas hati. Dia memang tak mahu melihat aku menangis.
"its a happiness tears" aku bersuara memandangnya sambil mataku memerah. Dia memandangku aneh. Happy pun nangis?
"i dont want to see u cry. Susah i nk faham apa erti disebalik air mata u."
"One day u will understand son. Its a long process to go."
Aku dan dia berpandangan. Genggaman erat tidak pernah dia lepaskan. Tidak sama sekali. Kerana aku dan dia kini telah bersatu atas nama suami isteri. Ikatan yang hanya boleh dipisahkan oleh dia atau maut.
Share this novel