Detik hitam

Romance Series 29543

Hari yang di tunggu tiba. Dia muncul dengan kereta Lamborghini Sian warna emas. Aneh. Kebiasaannya dia menggunakan kereta Mercedes Benz putih namun malam ini dia tampil dengan gaya berbeza. Adakah dia yang di hadapanku ini dengan dia yang aku kenali sebelum ini adalah orang yang sama?

"kereta siapa u rembat?" soalku.

" ni kereta kesayangan i. Jarang bawak. Hanya untuk yang istimewa je."

"Owh.. Ingat kereta papa u tadi."

"uih.. Putus fius orang tua tu nk naik kereta lower body macam ni. U pun cakap kan 1st impression is everything. I tahu papa u punya standard. So just show off and harap2 dia tak marah i"

Aku ketawa. Rupanya dia pun seperti aku. Mengharap pertemuan pertama ini berjalan dengan baik.

Sepanjang perjalanan tak banyak yang kami bualkan. Aku tahu hatinya gusar. Kalau dulu dia menenangkan aku tapi kini aku tak mampu berbuat demikian. Aku sendiri tidak tahu apa reaksi papa dan mama.

Villa mewah milik keluargaku terpapar di hadapan mata. Aku membuka cermin kereta dan melihat sekali imbas kepada pengawal bertugas. Ternyata kehadiran kami telah di beritahu lebih awal.

Dia mencapai sebekas jambangan buah sebagai tanda salam perkenalan.

"u beli buah?"

"x kan nk datang tangan kosong. U pun kata 1st impression itu penting."

Aku senyum. Senang dengan kesungguhannya. Kami di sambut oleh Mbak Tuti pembantu rumah kami yang sudah sekian lama berkhidmat.

"Sebentar ya Cik Muda. Tan Sri masih di atas."

"Tak apa Mbak. Saya bawa tetamu ke ruang tamu saja. Mbak bantu sediakan yang lain di dapur"

Aku mengiringi tetamu istimewa ini ke ruang tamu. Walau aku jarang pulang, susun atur masih seperti dulu. Tak berubah.

Seketika derap langkah kedengaran menuruni tangga. Aku menoleh. Kelihatan papa tampak kemas menuruni tangga perlahan. Matanya tidak padaku tetapi tajam ke arah lelaki di sebelahku ini.

Aku bangkit bersalaman dengan papa. Salamku di sambut acuh tak acuh. Aku sudah lali dengan semua ini maka aku tidak berkecil hati.

"Assalamualaikum Tan Sri." Dia menyapa. Menghulurkan tangan dan mengucup tangan papa. Papa merenungnya lama. Genggaman tidak di lepaskan. Terasa gerun aku berada dalam situasi ini.

Seketika papa angguk, menjemput kami duduk.Sungguh aku serba salah. Tapi aku harus memulakannya.

"Pa, kenalkan. Kawan rapat Yaya. Ashraff" ringkas aku berkata. Dia memandang aku aneh kerana aku tidak menyebut nama penuhnya.

"Kawan sahaja?" tegas suara papa. Memandang kami berulang ulang.

" Not Tan Sri. Its more than that. Jika diizinkan, saya nak jadikan Yaya isteri saya." balasnya jelas di telingaku. Dia tampak bersedia dengan segala kemungkinan.

"Keluarga kau buat apa? Aku rasa anak aku pun dah bagitau kau yang aku takkan terima orang yang lebih rendah darjatnya dari aku." papa berkata tanpa berkias. Aku pasti papa tahu memandangkan saat sampai tadi aku dapat melihat kelibat papa memerhati kami. Secara tepat memerhati kereta yang dipandu Ash.

"Tentang itu Tan Sri tak perlu risau. Saya rasa background kita hampir sama. Malah saya yakin saya mampu pergi lebih jauh lagi di masa depan."

Papa menatapnya lama. Memerhati pakaian, jam tangan dan penampilan Ash. Aku jadi gelisah. Ini bukan sesi pertemuan keluarga lagaknya. Ini lebih krpada interview untuk mencari kerja.

"Aku rasa macam pernah nampak kau. Muka macam familiar. Apa nama penuh kau?" Soalan yang cuba aku elak akhirnya di tanya juga. Aku memandangnya dengan rasa sangat khuatir.

"Nama panggilan saya Ashraff. Nama penuh Tengku Zhariff Asraff bin Tengku Iskandar." dia menyatakannya juga akhirnya. Aku menunduk memandang lantai. Jari jemari aku genggam erat. Papa tampak lebih keliru.

" Or lebih tepat lagi Tengku Zhariff Ashraff bin Tan Sri Tengku Iskandar??" satu suara lantang kedengaran. Kelihatan mama memandang kami dengan pandangan tajam membunuh. Harapan aku agar semuanya kekal tenang punah.

"Ya Puan Sri. Saya anak Tan Sri Tengku Iskandar dan Puan Sri Natalia."

Seusai dia melafazkannya papa bingkas bangun dari kerusi dengan muka merah menyinga.

"Kau keluar dari rumah aku sekarang!!Bapak kau tahu tak kau datang sini jumpa aku? Berhubungan dengan anak aku?" lantang suara papa.

"Papa! Kenapa? Salah apa jika dia anak tengku Iskandar?" aku bersuara. Berang dengan tingkah papa yang tidak menghormati Ash sebagai tetamunya.

Pang!!! Satu tamparan keras mengenai pipiku. Membuat aku terjatuh dari kerusi. Perit dan bisa. Terasa ada darah keluar dari celahan bibirku.

"Kau diam! Mama hantar pergi belajar tapi ini yang kau buat?menggatal dengan jantan?" herdik mama. Saat itu aku dipukul bertalu talu. Aku tak mampu mengelak.

"Yaya!" suaranya bergema. Pantas aku di tarik dan dia melindungi aku dengan tubuhnya. Menerima pukulan bertalu talu dari mama yang tampak sedikit hilang kewarasan. Marah benar mereka dengan keluarga Tengku Iskandar.

"Sudah!! Berambus kau dari sini. Kalau dari keluarga tu, seluruh keturunannya aku tak ingin ada dalam rumah ni!" suara papa bergema di seluruh rumah. Terlihat mama tidak mampu berdiri setelah segala kemarahannya di hamburkan tadi.

Papa pantas memapah mama yang lemah naik keatas.

"Tuti!!aku tak nak tengok lagi muka muka ni dalam rumah aku. Lagi sekali aku turun semua ni kena berambus. Kalau ada lagi kau aku kerjakan!"

Aku tersandar lemah. Menangis. Sakit di tubuh tidak apa apa berbanding malu dengan layanan yang keluargaku berikan pada Ash.

"Cik Muda, maaf. Cik Muda dan Tuan harus keluar. Nanti saya di apa apakan," rayu Mbak Tuti. Aku geleng kepala. Tak perlu memohon maaf. Bukan dia melakukan kesalahan apa pun padaku.

Mbak Tuti memimpin aku keluar dari rumah. Sempat dia menghulurkan 2 bungkusan makanan kepadaku.

"Mbak masakkan masakan kegemaran cik muda. Lama tak jumpa cik muda sejak cik muda pergi belajar. Cik Muda makan ya. Sabarlah cik muda. Tuan tengah marah. Nanti reda lah marahnya." layak seorang ibu dia menasihati aku. Sungguh Mbak Tutilah cuma satu satunya teman yang aku ada jika di rumah.

"Terima kasih Mbak Tuti." aku memeluknya erat sebelum masuk kedalam kereta.

"Tuan, tolong jagain Cik Muda ya". Sempat dia berpesan.

"Pasti Mbak. She's my princess." sempat lagi dia membalas.

Mbak Tuti pantas berbisik di telingaku.
'Cik Muda, tuannya itu ganteng banget. Ngak pernah lepasin deh. Smangat!'

Terlepas tawaku. Dalam sakit sakit aku rasa terubat dengan layanan Mbak Tuti.

Kereta Lamborghini menderu laju meninggalkan vila mewah bersama kenamgan pahit yang amat dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience