Flashback

Romance Series 29543

Setahun berlalu.

Aku kekal bisu. Bercakap bila perlu. Kak Maria mungkin sudah terbiasa denganku. Banyak masaku habiskan sendiri. Kalau penat menelaah aku akan mengelamun. Pastinya memikirkan dia. Sihatkah dia?masih segak seperti dulu? Tercapaikah impiannya untuk membina jenamanya?

Aku benar benar terputus dari dunia luar. Akaun media sosialku telah aku padam. Anggaplah aku tidak wujud lagi di dunia ini. Hanya pinjamkan aku rumah kecil ini untuk aku menumpang.

Air mataku sudah lama tidak menitis. Sudah kering. Kerana aku dalam fasa pasrah dan redha. Cuma mampu berdoa dia disana baik baik sahaja.

"Qaisara. Dinner" Laung kak Maria. Seperti biasa aku bangun tanpa membalas. Melangkah ke meja makan menatap spagethi bolognese menu makan malam kami.

Sepi. Aku menghabiskan makan malam ini secepat mungkin. Ingin bersendiri. Tak betah di tatap kak Maria sedari tadi. Usai makan, pantas aku ke sinki membasuh pingganku.

"Qaisara, nanti duduk dekat depan. Akak ada benda nak cakap sikit."

Niatku untuk terus pulang ke kamar mati. Aku melangkah ke ruang tamu. Duduk di sofa sambil menatap luar jendela pekat hitam dengan pandangan kosong.

"Qaisara. Setahun dah kita duduk serumah. Tapi akak rasa macam ada benda tak settle. Ada masalah ke?"

"kenapa tanya macam tu?"

"macam mana nk cakap ye. Ok.. lets make this conversation casual.  Walaupun akak memang ditugaskan Tan Sri untuk pantau Qaisara tapi akak pun manusia. Ada hati perut. Akak tak senang hati tengok Qaisara macam ni."

"saya dah biasa kak. Tak payah nk risaukan saya."

"Boleh Qaisara risaukan akak?"

"Maksudnya?" berkerut dahiku menghadam soalannya.

"Akak rasa akak boleh gila. Macam cakap dengan tunggul. Can we be friends? Kalau rasa akak ni tua sangat anggap macam adik dengan kakak."

Aku senyum segaris. Kelakar pula rasa mendengar rintihan Kak Maria.

"Haa.. Kan comel tu. Lawa senyum."

Senyuman ku dipuji. Seperti dia yang menyukai senyumanku.

"wanna be friends? U may start by calling me Yaya. "

"Yaya. Thats better. Panggil panjang panjang tergeliat lidah."

"Apa akak nak tahu?"

"what happend to you actually? Akak tak rasa ini personaliti Yaya yang sebenar."

"what do you know about me?"

" Macam ni la. Maaf cakap akak ni masa mula mula Tan Sri upah akak jadi P.A Yaya ni akak dengar orang cakap Yaya ni degil, suka memberontak, liar, keluar dengan jantan sana sini. Sebab tu Tan Sri upah akak kawal Yaya."

"Patutla mula mula dulu akak garang macam ex mafia."

Kak Maria ketawa besar. Pertama kali aku melihat dia ketawa. Rasa berseri sedikit rumah kecil ini.

"saja buat buat garang. Tapi akak lama perhatikan Yaya. Yaya budak baik. Tak melawan orang tua. Tak liar pun. Kadang kadang sengaja akak letak kunci pintu kat atas meja. Mana tau Yaya nak curi curi keluar ke. Tapi x pulak. Akak jadi hairan. Apa yang jadi sebenarnya?"

"Papa x percaya Yaya kak. Dia takut Yaya mungkir janji"

"Janji?"

"Akak jangan risau. Yaya tak lari. Yaya pegang pada janji. Dia bangga dengan Yaya yang tepati janji."

"Dia? Siapa?"

Aku diam. Pandangan ku hala ke jendela kembali. Jariku pantas mengenggam erat loket di leher. Mencari sedikit kekuatan.

"Yaya patah hati ke ni?" soal Kak Maria tepat menusuk hatiku. Air mata yang sudah lama menyepi kembali bergenang.

Kak Maria menghampiri aku. Menatap aku yang cuba menahan air mata dari mengalir. Namun wajahku kekal beku tanpa emosi.

"Mungkin dia tak baik untuk Yaya. Ada benda yang Tan Sri tahu dan untuk kebaikan Yaya Tan Sri halang kamu berdua"

Aku geleng. Salah andaian Kak Maria.

"Dia insan terbaik pernah Yaya kenal. Dia menjaga batas pergaulan. Menjaga kehormatan Yaya. Melindungi Yaya saat Yaya dipukul mama. Papa sendiri akui he really is good guy. Tapi kami tak boleh bersama. Its impossible."

"Kenapa??"

"I dont even know. Its just like a black magic being kept in a pandora box. No one should open that box. Otherwise it would be a disaster."

"aduh..complicatednya. Kalau Yaya betul betul sayang dia, kenapa lepaskan dia. Keep on fighting. Bukan senang nak cari lelaki yang baik zaman sekarang ni."

"At first i try to fight. But at the end i lose the battle. Bila ia melibatkan nyawa, Yaya kena mengalah. Sebab Yaya tahu dia tak akan mengalah. "

"Nyawa?"

" He nearly died because of me."

Air mataku jatuh menitis. Peristiwa setahun lepas segar terbayang di minda. Melihat dirinya yang terbaring lesu saat tiba di hospital dengan berlumuran darah, saat dia terbaring dengan wayar berselirat penuh di tubuh.

Kak Maria mengusap belakang tubuhku. Seperti seorang kakak memujuk adiknya yang menangis hiba.

*************************************

"Yaya. Dah siap belum?" soal Kak Maria.

Aku melipat tudung menutup seluruh dahi. Tiada sebarang riasan aku kenakan malah aku sapu krim muka berwarna gelap ke seluruh wajahku. Untuk jari aku tak perlu risau kerana cuaca dingin diluar memudahkan aku hanya memakai sarung tangan. Tudung yang aku pakai juga berkedut seribu.

"Ok tak?" aku keluar dari kamar menemui Kak Maria. Tersembur air kopi yang diminumnya ke arah ku. Mengenai sedikit baju dan tudungku.

"buruknya Yaya!!" tawanya lepas.

"Macam ni la nak ajar buaya tembaga."

"Tapi baju dah kotor kena air kopi akak?"

"tak pe kak. Tu perfume."

"kejap akak tambah sikit." Kak Maria berlari sambil membawa cermin mata tebal dan di pakaikan kepadaku.

"Kak, saya tak boleh pakai spek mata. Saya tak rabun. Nanti pening."

"Syhh..ni bukan spek mata biasa. Special punya. Nampak tebal tapi x de power langsung. Macam biasa je. "

Benar kata Kak Maria. Pandangan ku biasa. Aku menatap penampilan ku di cermin. Ternyata benar kata Kak Maria.
Memang buruk!!!

Ok anak Dato' Majid ye.. Here i come!!

"Akak tak nak teman saya ke?"

" x pe la Yaya. Akak takut akak tak boleh tahan gelak. Habis kantoi nanti."

"Btw tq untuk spek ni kak. Powerla.. Nanti saya pinjam lagi boleh?"

"Malam ni belanja akak pizza ok?"

Aku angkat kening tanda setuju. Lama sudah tidak aku keluarkan aura dingin beku ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience