Mama

Romance Series 29543

Kandunganku kini masuk bulan ke 5. Perutku masih tidak kelihatan ketara perubahannya namun jika di sentuh aku dapat merasai bayi ini semakin membesar.
Hari hariku terasa amat sempurna. Dikurniakan seorang suami yang sangat prihatin. Menyayangiku dan mengasihiku setulus hati. Dia tetap seorang Ashraff yang aku kenali 3 tahun dulu. Malah lebih romantis.

Kebajikanku tidak pernah dia lupakan. Segala apa yang aku inginkan dia penuhi. Walaupun penat pulang dari pejabat, dia masih meluangkan masa mengurut kakiku dan tubuhku setiap malam. Aku akui alahan mual mual sudah berkurangan namun aku cepat berasa letih.

Itula pengorbanan seorang ibu. Sanggup melalui saat sukar begini demi melahirkan seorang zuriat pengikat kasih sayang. Tiba tiba aku tetingat akan mama. Adakah dia berperasaan begini sepertiku? Dari layanannya padaku seolah olah kehadiran aku ini bukan seperti yang dia inginkan.

Mama. Sungguh aku rindu akan nama itu. Ingin aku berkongsi rasa bersamanya. Namun aku tahu itu semua agak mustahil. Aku hanya mampu berkongsi rasa dengan mummy yang sedari dulu mengambil alih tugas mama.

Saat kami mengkhabarkan berita gembira ini aku masih dapat membayangkan betapa terkejutnya mummy hingga memelukku erat.Tindakan itu tampak kurang disenangi suamiku kerana dia khuatir aku di sakiti tanpa sengaja. Ah!suamiku itu jika berkaitan soal aku, sejak dulu lagi dia memang seperti bersaing dengan mummy untuk mendapat lebih perhatian dariku.Ya!sejak peristiwa makan malam 2 tahun lalu.

Tiba tiba pintu rumah di ketuk. Aku senyum senang. Barangkali suamiku sudah pulang. Tanpa berfikir panjang aku pantas membuka pintu dan mengukir senyuman lebar.

"Home sweet home sayang!"

Namun apa yang ada dihadapanku buat aku terkelu. Bukan Ashraff yang muncul, sebaliknya mama!!! Pucat wajahku. Serasa jika ditoreh tidak akan berdarah. Bagaimana mama tahu alamat rumah ini? Adakah rahsia perkahwinan ku sudah terbongkar? Papa? Lemah terasa lututku. Jauhilah keluarga kecilku ini dari sebarang hasad dengki.

Mama terlihat ditemani bapa saudaraku ke sini. Entah dari mana mereka mengetahui keberadaanku. Muka mama masam mencuka melihat aku. Dia terus masuk tanpa sempat aku mempelawa. Terasa menggigil seluruh tubuhku.

"dekat sini rupanya kau menyorok selama ini? Aku ingat kau ada kat Melbourne lagi. Kalau tak Pak Ngah kau ni bagitau aku dia nampak kau dekat mall 3 hari lepas, sampai sudah aku kena tipu hidup hidup ye!!" marah mama.

"Yaya, kau duduk rumah sape ni?" tanya Pak Ngah. Terlihat mereka mungkin masih tidak menyedari aku sudah berkahwin!!

"Mama, Pak Ngah, duduk dulu. Yaya buatkan air." Aku cuba mengalih topik.

"Kau buat air? Pandai??"sinis mama perli. Aku cuma senyum kecil. Lebih baik diam dari lebih lebih bersuara.

Dari dapur aku berfikir fikir untuk menyelamatkan diri dari situasi yang tidak menyenangkan ini.

"Puan, siapa yang datang?" soal Kak Aina, jururawat peribadi yang diupah Ashraff.

"Mama dan bapa saudara saya."

Kak Aina tampak tergesa mahu ke ruang tamu menyapa tetamu yang hadir. Aku pantas menarik tangannya.

"jangan kak. Saya tak nak mereka tahu akak ada dekat sini"

"Kenapa?"

"susah saya nak terangkan sekarang. Saya mintak kalau situasi nampak tegang, tolong call suami saya untuk balik secepat mungkin ya."

Sempat aku berpesan. Kak Aina tinggal satu satunya penyelamatku. Walaupun keliru, Kak Aina tetap angguk. Faham dengan arahanku.

Perlahan aku menatang dulang berisi air ke hadapan. Terlihat wajah mama sangat tegang. Apa lagi bala yang bakal menimoa aku nanti.

Sebaik sahaja dulang aku letakkan, sekeping gambar dilempar ke arahku. Jatuh mengenai sofa di sisi. Gambar perkahwinan ku!!! Tanganku serta merta sejuk. Semuanya sudah terbongkar!!

Mama pantas bangun dan menampar aku keras. Aku terduduk di sofa menahan sakit di pipi.

"Berani kau kahwin dengan budak ni??Kau memang nak jadi anak dehaka??"

Aku tak mampu bersuara. Hanya menangis dan menangis.

"Kau nak dia mati ye. Aku ingat kau dah insaf, dah sedar, tapi rupanya kau degil!!"

Mama bertubi tubi memukulku. Aku hanya bertahan. Berpeluk tubuh melindungi anak kecilku. Berdoa agar penyelamatku tiba segera. Aku tidak kisah jika aku teruk dipukul namun lindungilah anakku dari sebarang bahaya.

Mama naik hantu melihat aku tidak memberi apa apa respond. Dia bangun dan matanya melilau mencari sesuatu untuk memukulku. Saat itu aku bingkas bangun dan berlari ke bilik utama. Jika aku terus bertahan tak mustahil aku boleh mati dipukul berterusan.

"Buka pintu ni Yaya!!!" marah mama sambil memukul pintu kamarku keras. Aku hanya mampu menangis teresak esak.  Saat ini adalah saat yang tak mampu aku hadapi. Aku berharap suamiku dapat pulang secepat mungkin menyelamatkan aku. Sungguh aku sangat takut!!

"Kau jangan sampai aku dapat kau. Memang mati kau aku kerjakan. Bukak pintu ni!!" jerit mama.

"Ma, tolongla buat kali ni. Yaya tak pernah minta apa dapa dengan mama. Semua yang mama nak Yaya ikutkan. Cuma kali ni tolonglah. Yaya nk hidup dengan orang yang Yaya pilih." rayuku di sebalik pintu.

"Kau pilih la siapa pun tapi bukan dia!!!" keras suara mama.

"Tapi kenapa??Apa salah dia sampai mama dengan papa benci sangat dia? Give me a reason ma."

Sepi. Tiada balasan dari mama. Persoalan yang aku ingin tahu dari dulu tiada saiapa mampu menjawabnya. Bak kata papa dahulu, its like a pandora box. Cant be open. If it open, the hell will come out.

Hampir sepuluh minit tiada bunyi kedengaran. Mungkin mama sudah pulang tapi aku tak punya kekuatan untuk membuka pintu. Khuatir mama masih ada dan memukul aku lagi. Aku lebih risaukan keadaan anakku.

***************************************

Entah bila aku terlena tidak aku tahu. Saat membuka mata aku melihat suamiku tersenyum memandangku namun aku tahu seribu kebimbangan terpancar di matanya.

"u!!!aku terus memeluknya erat. Air mata menitis tak henti.

"syhh..its ok. U are safe now. Im sorry for being too late."

"Mama..dia datang..dia.."

"Syhh.. I tau..Kak Aina dah cerita kat i. U being hurt again. Hows our kid? Baby ok?"

Aku mengangguk.

"Thanks for guarding our kids well. I ingat i ada masa lebih untuk betulkan keadaan. Tapi nampak macam tak sempat. We need to make it clear."

Dahiku berkerut. Kurang memahami maksud tersirat di sebalik apa yang dia katakan.

"Rehatlah. U dah penat sangat ni. Esok ikut i pergi office ya."

"Buat apa?"

" Adalah...." dia memerhatikanku sambil senyuman penuh rahsia di lemparkan. Ah! Sungguh aku sangat tidak suka kan sebarang kejutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience