Preparation

Romance Series 29543

Its a girl days out!!!

Hampir seminggu aku di sini ditemani insan insan kesayanganku. Leya, Rasya dan Kak Maria setia menemaniku, menjadi penasihat tak bertauliahku dalam memilih apa sahaja yang aku idamkan. Gaun pengantin disini sangat indah namun kebanyakannya terlalu terdedah. Sangat tidak sesuai dengan imejku yang betudung litup. Maka kami membuat keputusan untuk mengubah sedikit gaya sedia ada. Pereka di sana juga tampak memberikan kerjasama yang baik. Mungkin kerana melihat kad hitam di tangan ku!!

Sepanjang seminggu ini kami langsung tidak diganggu oleh 'rombongan jejaka'. Itu syarat yang aku kenakan.

'No peek. No accidental met. No contact. Only phone allowed. Itupun hanya buat Rasya kerana aku faham dia sudah berkahwin. Apatah lagi sedang melalui fasa berbulan madu. Tentang penerimaan mereka aku serahkan pada Ashraff untuk mengendalikannya.

Mereka kan the three musketeers. One for all and all for one!!

"Yaya, dress off shoulder ni cantik sangat la.. Pandai designer tu buatkan jaket untuk tutup bahu tu."

"Aku pun suka. First time masuk kedai tu memang tu yang aku aim dulu. Dengan fabrik dia soft sangat."

"So, makeup u nk pakai siapa? U nak hire local makeup artist ke?"

"Rasya, u jadi i punya MUA boleh? U punya makeup cantik. Nampak simple but amazing."

"Yaya, sendiri buat boleh la..tapi untuk big occassion macam ni i tak berani la.."

"Ala please.. I yakin dengan u. Kalau dekat sini i tak berapa yakin. Entah apa material brush yang mereka pakai. Kot yang binatang hidung besar tu tak ke naya"

"Ok la..tapi kita buat test makeup dulu ye. U bagitau i yang u nak macam mana. Nak rosy ke, nude ke"

"I nak beautiful yet seducing." Aku senyum gatal.

"Yaya....x perlu nak makeup macam tu pun si Ashraff tu dah macam nak telan kau tau."

"Yaa..pakai macam maskot digi pun dia punya pandang, kalau anak panah tu dah boleh tembus jantung tau."

"Sayang aku lambat sikit.kalau tak boleh aku tengok moments kau jumpa dia buat pertama kali hari tu"

"Its a beautiful memonts Leya. I dah nangis dah masa Yaya datang ke stage tu."

"Stage?"

"Yes.. Ash join Melvin and the gang. Dulu masa study kat sini dia memang a part of that buskers group. Tapi i tak sangka dia nak perform and nyanyi lagu tu."

"Lagu apa Rasya!"

"Belum siap kehilangan by Steven Pasaribu."

"Really??Auch..such a deep song. Kena pulak dengan situasi diaorang."

"Aku pun x sangka dia lah penyanyi tu. Takdir kan..datang tak disangka. Tapi Rasya, mula i jumpa your hubby i ingat dia gatal, suka main kayu tiga. Bila dia ajak u duduk sekali lepas hantar air tu serius i menyampah. Tak sangka pylak that girl is u and u olls husband and wife. Sorry la dah termenyumpah dalam hati "

"I pun masa first jumpa u memang i excited. Rasa nk peluk u je. Tapi tak nak plan i ni hancur.."

"Ash pun dari dulu lagi memang nampak dia sangat sukakan kau. Dia memang tak ada nak cover cover. Konon nak nampak macho. Que ada control sikit. Dia kata segan."

Aku senyum mendengar komen-komen ini. Benar, dia memang tidak pernah merahsiakan perasaannya.

"So apa lagi yang x lengkap ye?"

"wedding dress checked. Makeup checked. Spa and manicure kita buat esok. Kasut checked. Bridesmaid dress checked."

"Yourself Yaya. Nak jadi isteri orang kan..siapkan mental,diri kau. Masa depan korang ni mencabar. Aku pun tak berani nk bayangkan. Tapi kalau korang x bersama aku nampak macam dua patung bernyawa je."

"Aku tau Leya. Jalan tu panjang dan berliku. Tapi untuk membayangkan dia tak ada dengan aku lagi seksa. Cukuplah dua tahun berlalu."

"Akak faham Yaya. Setahun akak tengok Yaya hanya bertahan untuk hidup. Termenung je. Biarlah mencabar sekalipun asalkan kita ni hidup dalam erti kata hidup yang sebenar."

"Terima kasih kak sebab ada dengan Yaya. Thanks Leya and Rasya sebab tengokkan dia dekat sana. Im not expecting i will have this moments again."

"Ala.. Sedih sedih la pulak. Nak jadi pengantin baru mana boleh sedih sedih. Kena happy selalu. Baru ada seri pengantin." Leya menceriakan suasana.

Aku sangat hargai saat saat ini. Walaupun mereka bukanlah ahli keluargaku namun kehadiran mereka lebih dari segalanya.

*************************************

Esok adalah harinya. Segala perancangan di susun kemas. Ashraff tenang memerhatikan baju melayu putih yang tersangkut di dalam almari. Lengkap. Tak di sangka Dean telah mempersiapkan segalanya. Beg besar yang di bawa Que tempoh hari adalah kelengkapannya.

"Gila la kau Dean. Sempat lagi angkut segala benda. Kau memang dh expect ke mamat ni nak nikah kat sini?"

"Aku standby je. Dari gaya dia aku dah agak da. Tak sangka pulak berguna barang barang ni. Kot dia tak guna, bagi aku guna. Boleh ambik wedding photoshoot dengan bini aku lagi sekali."

"Kau yang plan apasal aku yang kena bawak?"

"Saja. Sebab kau sibuk semedang"

"Hampas kelapa betul la mamat ni."

"Yang aku tak puas hati orang lain yang nak kahwin kenapa dengan aku aku sekali kena kuarantin?"

"Yang ni aku setuju dengan kau. Seminggu kot x jumpa awek."

"Kata geng sehati sejiwa. Aku kena kuarantin, korang pun sekali la..ala, x lama..esok dh boleh jumpa da. Lepaskan la rindu tu nanti."

"Korang x pe la.. Esok korang dah ada bini. Boleh la nak peluk cium bagai. Aku ni??boleh tengok je la." Que tak puas hati.

"Jomla kahwin sekali"

Ashraff dan Dean gelak besar melihat wajah Que yang cemberut.

"Dah la..aku nak gerak ni."

" Gi mana? Ngintai ek.."

"Eh, x kuasa la..im a man with my words. Aku nak g airport."

"Sape lagi yang datang?"

"mak ayah aku dan beberapa orang penting untuk hari esok."

"Waa.. Tok kadi pun kau angkut dari sana ke? Gila la kau"

"Aku nk pastikan tak ada kepincangan dalam urusan ni. Benda yang boleh buatkan ayah dia jadikan isu dan batalkan pernikahan ini."

"Waa.. Ko memang well prepared la."

"Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Cukuplah dulu aku jahil, x tau permainannya. Sekarang aku harap aku selalu setapak di hadapan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience