Aku melangkah penuh yakin ke arah kereta silver yang sedari tadi menanti ku. Kelihatan Akmal tepuk dahi. Memang minah ni tak makan saman. Puas hatiku. Apa dia dia ingat aku teringin nak dating dengan dia?Kerat jari pun aku tak hingin. Kalau tak kerana Kak Maria yang merayu rayu agar aku membantunya menyelesaikan misi yang terakhir ini pasti kini aku sudah di ulit mimpi bersama selimut tebal milikku.
"Yaya.. Takkan macam ni?"
"Ok apa.. Nak tengok buskers je kan. Tepi jalan, minum air coke, makan cekodok goreng"
"Adoi..cerita macam kat Malaysia jek dapat cekodok tu. Kang aku dah pesan pakai lawa lawa"
"Nak buat apa??"
"Nak ambik gambo tunjuk kat bapak kau la. Bukti yang kau memang ikut arahan"
"Macam ni pun ok. Bapak aku kalau tengok aku macam ni dia tau la tu."
"Tau apa? Tau kau buat kerja part time?"
"Kerja part time?"
"Jadi maskot iklan digi." Akmal ketawa berdekah dekah. Tiada belas kasihan.
"What ever!!!"
Â
Jaket windbraker di tarik kemas. Hoodie di kepala di pasang. Tali ditarik mengikat bawah dagu. Ngam ngam hanya menampakkan wajahnya sahaja.
Saat itu fotonya dicuri ambil oleh Akmal.
"Sebijik weh!!!!! Cuma tak kaler kuning je!!"
"Padam balik!!" marahku. Terus aku mengejarnya yang sakan menggelakkan aku. Rasanya siapa yang melihat seolah menyaksikan permainan kejar mengejar oleh budak tadika.
Penat mengejar, aku terduduk di tepi jalan. Laju juga mamat ni. Sarung tangan di buka sambil aku baling ke arahnya yang masih ketawa. Tak kena.
Dia mengutip sarung tanganku dan menghulurkannya. Ketawa masih tersisa.
"Malas da keluar. Tak de mood"
"Ok2.. Aku tak gelak da. Kau x kesian ke kat bodyguard kau? Misi gagal?"
"kau la punya pasal. Buat aku hangin!!"
"Ye..dah jom. Lewat nanti. Tapi duduk depan ye. Aku x nk jadi driver tak bergaji."
Dengan malas aku bangun, memakai sarung tangan semula dan menuju ke kereta. Tabah lah hati.. Anggaplah ini yang terakhir kali aku bertemu mamat tak cukup akal ni.
Dalam perjalanan aku cuma diam. Malas untuk berdebat lagi. Dia tahu lelaki itu masih sesekali mengerling ke arahnya dan ketawa.
"drive tu, mata pandang depan. Kang aku sumpah kau jadi juling baru tau."
"Patut aku yang sumpah. Keturunan raja ni."
"Raja Gopal?x pun Rajanickam. Banyakla kau punya daulat."
"sarkastik jugak kau ni. Patutla...macam tu rupanya..no wonder it never succeed." omel Akmal sendirian.
"Apa yang kau merepek tu. Kau baca mantera jampi ke apa?"
"X de la..aku cuma terpikir. Kau kata kau frust. Kenapa yek?"
"Kan aku kata jangan tanya!!"
"Ala.. Ni citer saja saja je.. Bukan serius pun. Sebab aku tengok kau ni macam brutal, sarkastik. Terpikir jugak aku macam mana la ex kau dulu nk usha kau. Mesti pening"
"Perangai kau dengan perangai dia ada sikit sama la.. Bahasa sarkastik tak ingat dunia. Tapi dia baik sikit. Kau ni dah tahap jahanam"
"sedap mengata nampak"
Aku senyum.
Akmal pandang aku. Lama. Aku angkat kening.
"exactly the same."
"Apa yang sama?"
Dia geleng kepala. Sungguh aku tak puas hati dengan orang cakap tak habis ni.
Saat itu telefonnya berdering. Dia pantas menyambut tanpa lengah.
"Yes, almost dear."
"......."
"Sure. Thanks dear"
Perlahan suaranya namun jelas di pendengaranku. Sah mamat ni main kayu tiga. Malang sungguh siapa yang tersangkut dengan lelaki hidung belang ini. Saat itu aku senyum. Aku sudah punya alasan kukuh untuk menolak lelaki ini!!
"Main kayu tiga nampak."
"Apa dia? Aku main kayu golf je."
"pirah.. Dah terang lagi bersuluh."
"Aku setia orangnya."
"Sebijik macam bunyi buaya darat. Haa..macam tu lah"
"kau jeles ek"
" pleaaseeee. Tak de maknanya aku nk jeles bagai. Lagi aku seronok. Boleh aku cakap dekat bapak aku, anak raja dia bawak ni tak boleh pakai satu sen pun."
"Ye la tu maskot digi. Aku tak heran pun. Janji gambo candid kau ada kat aku. Aku boleh bagi viral satu dunia."
Sakit hati aku mendengarnya!!
*************************************
Que dan Leya tiba di Lapangan terbang Melbourne saat jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Penerbangan mereka berdua terpisah dengan yang lainnya kerana Que perlu menghadiri mesyuarat saat akhir.
Suasana dingin menyapa tubuh. Leya yang tidak biasa dengan cuaca di luar negara sedikit kedinginan walaupun dibaluti baju sejuk tebal.
"Sayang sejuk ke?"
"A bit cold. I tak biasa cuaca macam ni. "
"lama lama u akan ok. Terbiasa dengan cuaca. We'll be here about a week"
" U nampak steady je"
" it just like my hometown. Dulu I dengan Ash study dekat sini. Ni kira macam back to the old days."
"Owh. Bestnya.. I kalau tak jumpa u mungkin x merasa langsung kot"
"Thanks Allah, i met u. Sharing with u everything i have."
" Ya.. Syukur sangat. Btw kita nk ke mana sekarang?"
"lets go straight to The Chessboard Site. Everyone waiting for us there."
"Beg besar ni?"
"Si Dean punya. Tah apa dia sumbat dalam ni i pun tak tau. Ada mission impossible katanya."
"Dean tu kelakar la.. Kalau u join sekali, lagi dahsyat."
"Kalau Ash gabung sekali, lagi masak. Macam dulu dulu".
"He will be fine" Leya memujuk. Tampak sugul wajah Que memikirkan tentang sepupunya itu.
Share this novel