Sudah 5 jam berlalu. Tiada tanda tanda pembedahan sudah berakhir. Sedari tadi aku dan ibunya berpelukan erat. Memikirkan keadaan insan yang berada di balik pintu itu. Insan yang sama sama kami sayangi. Berjuang antara hidup dan mati.
Ayahnya tampak kusut. Raut wajah tenang tapi dalam hati penuh gelora. Seketika kami didatangi dua orang lelaki berpakaian serba hitam dengan beberapa dokumen di tangan.
"Any updates?" soal Tan Sri Tengku Iskandar.
"Negative. Kami dah tengok lokasi kejadian. Tiada sebarang cctv terpasang. Dashcam tengku pun terpadam. Memory kad hilang. Tapi kami percaya ini perbuatan khianat. Ada tanda tanda pembersihan di jalankan cuma pasukan keselamatan lambat sampai. Sepanjang jalan sunyi. The one who plan all these must be an experts. Kerja dia clean."
" So korang expect aku nk duduk diam je?apa guna aku upah korang siasat kalau ni jawapan yang korang bagi?" marah Tan Sri. Aku sendiri terkejut. Tak pernah aku lihat dia semarah itu. Kali terakhir dia marah pada saat rahsia diriku terbongkar. Namun tidak seteruk ini.
"Maaf Tan Sri. Buat masa ini hanya ini info yang kami dapat. Tapi ada beberapa penemuan di lokasi kejadian. Cuma ambil sedikit masa untuk kenal pasti kesahihannya."
"Aku nak jawapan ni secepat mungkin. Sebelum anak aku sedar, semua kena ada dalam poket aku."
"Faham Tan Sri. Cuma boleh kami tahu kalau Tan Sri ada syak sesiapa yang rancang kemalangan ni?"
Tan Sri Tengku Iskandar diam sejenak. Berfikir dalam dalam. Seketika dia merenung aku yang kelelahan di sisi isterinya. Kemudian dia menggeleng perlahan.
"Kau buat kerja kau. Pastikan info tepat. Aku tak nak salah tuduh!" keras suaranya. Aku terdiam. Dari pandangan mata ayahnya tampak cuba menyampaikan kepadaku sesuatu.
Seketika aku tersedar seolah aku baru berpijak di dunia nyata. Adakah kejadian ini ada kaitan dengan aku?
Saat itu telefon bimbitku berdering.
Papa!
Aku membetulkan suara. Enggan papa syak yang bukan bukan.
"Yes papa."
"Where are u?" pendek soalannya
"outside."
"Hospital? I guess so" pendek balasnya. Darahku berderau. Bagaimana papa boleh tau keberadaanku? Atau????
"Do all these thing happends because of u?" keras suaraku bertanya. Kedengaran papa gelak kecil. Adakah ini sesuatu yang menyeronokkan baginya?
"all these happend bukan sebab papa. Tapi sebab Yaya. I told u before, putus dengan budak tu tapi Yaya degil kan. Budak tu pun sama degil. That boy still alive, ha?" angkuh kata kata papa.
Tangisanku pecah kembali. Sungguh aku tak sangka sejauh ini papa berani bertindak. Bermain dengan nyawa.
Telefon bimbit di tanganku di rampas. Pembesar suara di buka.
"How dare u Rizal!! Dia anak aku!!! Aku dah agak dah ni semua kerja kau. Tapi aku tak sangka kau sanggup buat sampai sekejam ini!" tengking bapanya.
Aku sudah terduduk di lantai. Sungguh aku lemah. Kerana aku dia terbaring di sana. Bertarung nyawa. Kerana aku air mata ibunya tumpah. Menangisi anaknya. Semuanya kerana aku!
"Anak kau yang degil. Banyak kali aku bagitau dia jangan dekat dengan anak aku. Jangan cari pasal dengan aku. Tapi dia degil. Keras hati macam kau. Dia siap bagitau aku dia tetap nk kahwin dengan anak aku. So apa lagi jalan yang aku ada. Mujurla tak mati kan".
"Rizal!!!! Kau ingat kau boleh lepas? Aku akan pastikan kau akan terima balasannya. Kalau kau tak izin tak apa. Aku akan pastikan anak aku nikah dengan anak kau. Kau ingat cakap aku ni! Biar kau hilang perwaris. Kau ingat atas semua yang jadi ni anak kau akan ada dengan kau? Kau memang binatang. Tak ada hati perut!"
"Kau ingat aku je binatang?kau punya perangai binatang kau lupa?nak aku bongkarkan semua kejadian 25 tahun lepas??"
Saat itu Puan Sri Natalia terus bangun memeluk suaminya erat. Menggeleng gelengkan kepalanya. Enggan mengingati kisah lalu. Talian dimatikan. Tangisan sayu memenuhi ruang menunggu.
Saat itu pintu bilik pembedahan terbuka. Muncul doktor bertugas dengan wajah kelelahan. Ibubapanya berlari ke arah doktor. Aku ingin turut serta. Tapi aku malu. Aku rasa terhina sekali.
"Alhamdulillah. We manage to safe the patient. Anak tan sri kuat. He has a very strong will to keep alive. Apapun this incoming 12 hours is the critical moments. Maaf tiada sebarang pelawat dibenarkan. InsyaAllah jika perkembangannya bertambah baik kami akan pindahkan ke wad lain. Tan Sri dan Puan Sri boleh melawat di sana. And to that girl, thanks for donating her blood." ucap doktor sambil memandang aku yang terduduk lesu di lantai.
Perlahan ibunya mendekati aku. Mengusap air mataku yang tak henti henti mengalir.
"Yaya derma darah untuk Ash?"
"Itu je yang Yaya mampu buat. Yaya minta maaf. Maaf sangat sangat. Sebab Yaya semua jadi macam ni. Kalau Yaya tak terima cadangan Ash dulu semua ni tak kan jadi. Kalau Yaya berkeras untuk tak teruskan, Ash tak kan terbaring kat dalam tu. Salah Yaya, mummy!! Setakat darah Yaya tu apa lah sangat nak dibandingkan kesan yang dia terima kerana kebodohan Yaya." aku merintih. Aku tumbuk dadaku keras. Berkali kali. Sakit di hati tidak hilang, malah memberat.
"sudah.. Benda dah jadi. Bukan salah Yaya jugak. Mummy kenal anak mummy. Dia bukan mudah untuk meyerah kalah. Asal dia tahu dia di pihak yang benar dia akan berjuang. Bukan salah kamu berdua. Salah kami sebenarnya. Ada kisah hitam antara kami yang buatkan kamu berdua menderita." rintih ibunya.
Aku tak boleh berfikir sewarasnya. Dadaku sakit. Hatiku sakit. Kepalaku berdenyut kuat. Tiba tiba pandangan ku kabur. Semakin kabur dan akhirnya gelap. Yang aku dengar hanyalah jeritan ibunya memanggil namaku dan menepuk pipiku.
"Yaya! Bangun!!! Nurse!! Tolong!!!"
Setelah itu semuanya hitam pekat. Gelap. Seketika hilang segala keperitan yang aku alami.
Share this novel