Aku melangkah perlahan ke dalam shopping mall. Tempat pertama yang menemukan aku dan dia. Tempat yang akan aku ingat selamanya. Memori yang akan aku semat dalam hati. Apa kesudahannya sekalipun dia akan aku kenang sebagai salah satu moment terindah dalam hidupku.
'Lets meet at the place where we met for the 1st time. This saturday 11am.'
Ringkas mesejku padanya tempoh hari tanpa memberi pilihan. Tak bertanya samada hari yang dipilih sesuai atau tidak. Ibarat kata putus. U want, u take it, u dont just leave it.
'Sure. Will meet u there.' ringkas balasannya tak smpai seminit kemudian. Aku tak membalas. Mengumpul kekuatan untuk menyelesaikan apa yang perlu di noktahkan.
Satu pesanan masuk lagi.
'I miss u. Badly'. Pendek namun cukup terkesan. Luruh seketika kekuatan yang aku kumpul tadi. Andai hanya sebaris kata aku sudah lemah, bagaimana andai bertemu nanti?
Kini hari yang dijanjikan tiba. Aku melihat jam di tangan. Aku sudah terlewat 15 min. Debar di hati makin menggila. Aku tahu aku x bersedia lagi sebenarnya tapi aku tak boleh lari dari masalah. Sampai bila semuanya tak akan ada titik akhir jika aku masih berbolak balik.
Aku pun tidak pasti adakah dia masih menunggu atau sebaliknya. Kalau diikutkan, restoran makanan segera di tingkat bawah adalah tempat pertama aku bertemu dia namun taman mini yang dia tunjukkan kepada aku satu masa dulu yang aku tuju. Kerana pada aku di situ aku mula berkenalan dalam erti kata yang sebenar.
Tanganku sedikit menggigil bila menolak pintu kaca. Tak susah untuk mencari kerana saat itu sepasang mata tajam menatapku dari kejauhan. Setia menanti aku yang lewat tiba. Dia tersenyum lebar melihat aku. Riang hatiku tiba tiba.
"Assalamualaikum. Sorry i lambat" aku bersuara.
"waalaikumussalam. Its ok. U datang pun dh cukup rahmat bagi i"
"kalau i lambat 3 jam u still nak tunggu?"
"Yaya yang i kenal akan kotakan kata katanya.Bila u dh buat keputusan u akan contact i n i tahu u takkan biarkan i lama menunggu."
"Ok..sebulan i dh fikir panjang.i rasa kita.." belum sempat aku menghabiskan ayat dia mematikan kata kataku.
"i tak tahu apa decision yang ada dlm mind u sekarang.tapi at least could u let me tell u my story? Dengar explanation dr i? Apa pun keputusan u, i nk antara kita buat keputusan yang terbaik bersama.
Aku diam. Cerita Leya berlegar legar di minda. Ada rasa ingin tahu yang sangat menebal. Baiklah, andai ini masanya untuk aku tahu segalanya aku sudah siap sedia.
Perlahan aku duduk di bangku yang sama. Merenung ke hadapan siap mendengar kisahnya yang mana ada aku bersama.
"Dari mana i nk start ye..." Tiba-tiba dia menghulur kad pengenalannya padaku.
" I tahu u kalau nk stay with someone, u should know that person better. At least basic information. So i nk clear dengan u sebab i serius n bukan main-main. Tak pernah lagi i bg ic pada perempuan macam ni" dia senyum kecil.
Aku senyum. Teringat saat K2 menghulurkan kad pengenalannya dulu. Dengan Leya saja aku begitu protective apatah lagi untuk diri sendiri.
Tengku Zhariff Ashraff bin Tengku Iskandar. Benar telahan ku, dia lebih tua 4 tahun dari ku.
" u dengan Que.. Sama-sama tengku?"
" Actually we are cousin. Quite close sebab we all yg paling rapat n rumah dekat."
Aku sangka mereka cuma sahabat baik tapi rupanya pertalian mereka lebih dari itu.
"lets me start the story. Masa mula-mula i jumpa u. U rasa dekat mana?"
"dekat restoran bawah tu kan..mna lagi."
"salah..tu kali kedua."
"Kali pertama?bila?" aku cuba mengingati namun gagal.
" dalam shopping mall ni jugak. Dekat main enterance. Masa tu i nmpk u dengan Leya. I tak kenal u tapi i rasa tertarik sangat dengan u. Tak blh nk explain mcm mana. Sampai Que tepuk bahu i tanya asal ko tegak macam ni. Kena sampuk hantu ke? Then, u lost from my sight. Frust jugak tapi i doa i akan dapat jumpa u balik. And my wish granted on the same day. Bersyukurnya n tak percaya bila crush yg i jumpa dkt main enterance tu actually org yg i akan jumpa masa tu."
"Tapi masa tu u memang tak pandang i. I sengaja ambil seat depan u. Dengan harapan u akan tegur i dulu.i kan x reti nk bergaul dengan perempuan tapi sia-sia. U memang fokus dekat Leya n Que je."
"I memang macam tu. X kan i nk tenung anak orang. Lelaki pulak tu.."
"Hahaha..i faham. Thats give bonus mark tu u.Bila Que n Leya pergi order makanan baru i ada kesempatan nk tegur u. Tapi i x tahu nk cakap apa. Dari nk cakap elok-elok terkeluar ayat sarkastik i. Terus spoil mood u. Bila u nk pergi i rasa i tak boleh biar u balik. Awal sgt. Takdir dah menjawab doa i untuk jumpa u semula. Tak kan nk sia-sia kan. Satu cara nk bg u stay, i gunakan Leya walaupun i tahu Que could take care of her well."
"Owh..if i tinggal u sorang2 macam tu je dulu u ok la ye?"
"Allah dh jawab doa i. X kan i x nk tunjuk effort. Even u kata nk pergi Kinokuniya i smpai fikir, minah buku jugak dia ni" kami gelak kecil.
"well, mmg tu pun yg i nak. Supaya u rasa i ni membosankan..not fun type. And u'll let me alone. Alih2 u yang lebih excited"
"Then i bawak u dtg sini. My fav place. Actually Que pun x tau tempat ni. Memang i selalu hang out dengan dia tapi we all x lepak shopping mall.i akan dtg sini bila i ada kerja kt sini, or i nk cari idea ke..stress ke.."
"When i told u to meet at our 1st place knapa u dtg sini?bukan restoran bawah tu?"
"Sebab tempat ni more meaningful than others. Mula kita officially talking in a good term. And suitable place to have a long conversation."
Instinct kami sama. Tempat ini ada makna tersendiri dalam ingatan kami.
Share this novel