Stalk

Romance Series 29543

"Yaya, lagi 2 bulan kita nk balik Malaysia. Dah ready ke?" Kak Mari bertanya sewaktu aku sedang menonton drama.

" lagi 2 bulan? Macam baru je rasa datang sini. Ready?maksud akak?"

"Ye la..bila balik sana kebarangkalian untuk Yaya jumpa dia balik tinggi. So..are your mental ready yet?"

Aku menghembus nafas perlahan. Bersediakah aku?

"entahla kak. Yaya serah pada takdir je. Kalau tanya sekarang Yaya memang x pernah bersedia. I afraid i couldnt control myself. Otak cakap lain, hati cakap lain."

"Akak nak sangat kenal dia. Tunjukla kat akak instagram dia."

"Yaya takut nak tengok kak. Takut Yaya tak kuat."

"kita dah nak balik sana. At least boleh tengok dia bahagia x. Yaya pernah cakap Yaya nak dia bahagia. Tapi kalau Yaya x cuba ambik tahu macam mana nak tahu dia bahagia? At least Yaya pun tahu sama ada dia dah move on ke x"

Ada benarnya kata Kak Maria. Melihat dari media sosial miliknya sedikit sebanyak boleh memberi infobkepada aku. Persiapan sebelum pulang ke Malaysia.

"Tapi saya tak nak dia tau saya stalk dia. Akaun saya pun saya dah padam."

"Pakai akak punya. " riak wajah Kak Maria penuh semangat. Aih, over pulak dia!

Aku menyambut huluran telefon bimbit itu. Sedikit teragak agak namun aku mencari profilenya.

TZA

Simple namanya. Terpampang profile dirinya yang jarang jarang sekali dikemaskini. Aku dan Kak Maria sama sama memerhati. Dari tak mahu menjadi teruja. Aku ingin tahu keadaannya searang. Sihatkah dia?bahagiakah dia? Selepas hampir 2 tahun aku meninggalkannya.

Update, 5 bulan lepas. Dengan gambar  aktiviti berbasikal mendaki bukit. Hanya kelihatan tangannya memegang handle basikal. Waktu pagi barangkali kerana kelihatan cahaya matahari malu malu memunculkan diri.

'Cycling today after a long break. Searching for my sunshine, my energy. Im exhausted!!

Terdiam aku. Sunshine! Panggilannya kepadaku satu ketika dulu.

"Yaya. Hensemnya dia. Patutla Yaya x boleh move on!" teruja Kak Maria menunjukan gambar curi yang di ambil seseorang. Dia dalam sut memandu, helmet di tangan sambil rambut dikirai.

'@TZA..i win today!! Yeehaaa.. Tips to cheat on ur member when he always the winner : wait when he's heart broken. Fokus kelaut. Anyone wanna be his girl??"

"Yaya, ni update 2 bulan lepas. OMG, he still cant move on. Banyaknya komen dekat pic ni. Kebanyakan perempuan..siap bg no telefon, suruh pm tepi. Gatalnya perempuan perempuan ni"

Jari Kak Maria laju mencari post yang lebih menarik. Gaya penyiasat peribadi lagaknya.

Kebanyakan gambarnya hanya bersifat abstrak. Paling tidak pun hanya menunjukkan sisi wajahnya sahaja. Aku sedikit tercari cari sesuatu. Sesuatu yang aku rindui. The dimples! Namun tidak kelihatan.

Kak Maria meletakkan telefonnya ke sisi. Selesai aura penyiasatannya.

"Well, apa yg akak nampak sekarang buah hati Yaya tu masih tak boleh move on lagi. Jarang update tapi ayat dia ada double meaning. Akak rasa Yaya je faham. Hensem pun ye, ada pangkat, muda eh full pakej la.."

"Yang akak pulak excited ni kenapa?" soalku. Kak Maria ibarat baru menemui lelaki idaman lagaknya.

"Akak tolong excited untuk Yaya"

"X pe la kak. Yaya tak nak pertaruhkan nyawa dia buat kali kedua. Peluang tak datang banyak kali. Cukuplah sekali dia selamat. Cukuplah."

"Yaya dah give up betul ke? Andai satu hari nanti Yaya jumpa dia dan dia masih sayang Yaya macam dulu?"

"Sayang saja x cukup kak. Restu orang tua itu perlu. Dalam hal ni Yaya tak nampak jalan keluar."

" oklah.. Nanti benda tu jadi baru kita fikir. Cuma akak ada 2 benda yang nk bagitau Yaya."

"apa dia?"

"1 berita baik..1 berita x baik. Nak dengar mana 1?"

"Yang baik dulu la"

" ok..Tadi Tan sri bagitau, lepas ni akak tak payah nk report apa apa dekat dia. Bosan agaknya dia hari hari report yang sama. So akak bukan P.A Yaya lagi. U are free!!"

"Kak, report ke x report ke saya tetap sama kak.. Macam ni la.. X de apa yang saya nk sembunyikan. Saya dah janji saya tak akan cari dia lagi. Manusia di pegang pada janji kak"

"Akak tahu. Cuma akak nk cakap lepas ni kalau Yaya nk luah perasaan ke, nk share apa apa ke Tan Sri would never know anymore." Kak maria senyum. Aku tahu hatinya baik namun dia terikat dengan tanggungjawab yang di galas.

"Ok, berita buruk?"

"My last mission to complete"

"apa dia?"

"To ensure u attend ur last blind date. Akak dh cakap kan Tan Sri mesti hantar calon baru punya. Cuma kali ni lewat sikit. He save the last for the best kot."

" ala..kena hadap lagi ke?"

"kali ni dia hantar anak raja pulak."

"Raja mana? Raja Kapoor?"

Kak Maria ketawa. Aku senyum kecil sambil menggeleng gelengkan kepala.  Datanglah siapa pun. Hanya dia yang bertakhta dia hati. Hanya dia.

*************************************

"Mana Dean?" soal Ashraff melihat sepupunya datang berseorangan.

"Sibuk semedang mamat tu.Dia kan dapat projek baru kat Melbourne. Minggu depan kena pergi tengok site. Jom kita pergi sekali. Have fun..lama x jalan."

"Malas la. Kau pergi je la ikut. Ajak Leya sekali. Ada gak teman si Rasya tu bila laki dia keje"

"Aku tak kira. Kau kena join jugak. Nanti aku cakap kat uncle. Bagi kau release sket. Bernafas tengok dunia. Otak n hati kau stuck kat sini."

" X payah la..korang ada partner. Aku lone ranger. Bosan. Bernanah mata aku nanti."

" Aku carikan partner nak. Kau nak orang sini ke orang sana? Kalau yang sini pakej asia, mata sepet ada bulat ada, putih melepak ada, hitam manis pun ada. Kalau nk pakej mata hazel rambut blonde kena cari kat sana"

"Sengal. Kang aku suruh cari kau tak jumpa pulak."

"boleh.. X de hal..bagitau je ciri ciri macam mana kau nak"

Ashraff diam. Lama.. Merenung sepupunya yang teruja untuk menjadi ejen cari jodoh. Riak teruja berubah keliru kemudian sedikit geram

"Aku boleh cari puteri gunung ledang sekali pun. Tapi kalau Puteri Tan Sri Rizal tu aku surrender. "

Ashraff angkat kening. Ive told u!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience