Dua minggu berlalu setelah kejadian hitam di rumahku. Aku semakin pulih dari pukulan mama. Sepanjang tempoh itu papa tidak sekali pun menghubungi ku. Sebaliknya mama kerap menghantar mesej berbaur ancaman, memarahiku.
'Putus dengan dia! Jangan pernah mimpi kau akan berjodoh dengan dia!!'
'aku hantar kau belajar, bukan menggatal!'
'Sejak bila pandai lawan cakap ni?Sape ajar kau? Budak tak guna tu?'
'ini amaran terakhir. Kau kena ingat aku boleh buat macam macam pada kau, pada dia. Tak menyesal ke?'
'Jangan sampai mati budak tu aku kerjakan baru kau nak mengalah!'
Satu pun pesanan tidak aku balas. Sejak dulu aku memang jaramg berbicara dengan mama. Entah kenapa dia seolah benci dengan aku. Memusuhiku. Aku tidak tahu apa salahku. Perantara aku dan mama hanyalah papa atau Mbak Tuti.
Dia juga sepi. Aku sudah jarang menerima panggilannya. Adakah dia serik dengan kejadian tempoh hari? Mesej aku hanya di balas sepatah sepatah. Tidak seperti dulu. Tak pernah lekang usikan darinya.
Aku sedikit kecil hati. Putus asa sudahkah dia denganku? Andai dia tidak mampu meneruskan semua ini jangan diam begini. Just tell me and i'll accept it without doubt. Kerana aku juga tidak mahu dia terbeban.
Tapi aku tidak tahu pada siapa harus aku luahkan semuanya. Aku sudah biasa dengan kewujudannya disisiku. Berkongsi segala cerita. Dari sebesar besar isu hingga seremeh remehnya. Aku sendiri pernah berpesan pada Leya, jika sayangi seseorang, jangan sayang sepenuh hati. Simpan sedikit untuk diri sendiri. Tapi aku sendiri lupa untuk mempraktikkannya. Benarlah berbicara itu mudah, mengamalkannya sukar.
Tanpa diduga telefon berdering. Panggilan dari nombor yang tidak aku kenali.
"Assalamualaikum. Ini Yaya ke?" satu suara garau menyapa telinga.
"waalaikumussalam. Ya, ini Yaya."
"uncle, ayah Ashraff. " pendek ayatnya. Aku terdiam. Terasa sedikit gementar.
"Owh, uncle.. Sorry Yaya tak ada no uncle. Anything i could help?"
"Yaya free x?"
"Bila?"
"Bila bila. Uncle nak jumpa Yaya."
"Yaya free je tapi kena tanya Ash takut dia x free"
"uncle nk jumpa Yaya. Tanpa Ashraff"
Aku terkedu. Mengapa? Adakah Tan Sri Tengku Iskandar telah mengetahui identiti sebenarku?
"Baik. Pkl 3 ni Yaya free."
"Yaya boleh datang sendiri atau perlu uncle hantar pemandu?"
"no need. Just send me the location. I'll be there by 3 today."
"Baik, lagi satu, boleh Yaya rahsiakan dari Ashraff? Uncle nak bincang sikit dengan Yaya seorang sahaja"
"Baik uncle." aku patuh dengan permintaannya.
Tepat pukul 3 aku tiba di hadapan menara gah milik Tan Sri Tengku Iskandar. Rupanya pejabat anak beranak ini hanya berselang beberapa blok bangunan sahaja. Aku dapat melihat sayup sayup tingkat 46 dari sini. Barangkali dia ada di sana. Tiba tiba aku jadi rindu. Rindu dengannya. Namun dia sendiri yang tampak mengabaikan aku.
Langkah di atur ke,arah penyambut tetamu.
"Cik, saya nk jumpa dengan Tan Sri Tengku Iskandar."
Jejaka dihadapanku menyelak buku di mejanya.
"Cik Wardatul Qaisara?" soalnya. Aku tergamam tapi mampu angguk mengiyakan. Sah identitiku telah terbongkar. Jika tidak masakan nama penuhku didaftar di sini.
Aku sedikit menggigil. Macam macam rasa ada. Tambah lagi aku keseorangan. Tanpa dia di sisi. Biarlah apa yang akan terjadi. Aku redha.
Aku di iringi ke tingkat 55 yang dikhaskan untuk seorang CEO.
"Tuan, tetamu tuan sudah tiba." sapa seorang lelaki berbangsa Serani. Aku fikir itulah Nathan. Aku di pelawa masuk. Kelihatan ayahnya sedang khusyuk membelek sesuatu di meja bekerja.
"Have a seat first.. Sekejap lagi uncle datang." aku menuruti katanya. Seketika Tan Sri bangun dan menyertai aku duduk di sofa empuk.
"Jauh x tempat ni dari rumah Yaya?" soalnya sekadar berbasa basi.
" Eh, x dela uncle. X jauh pun."
Keadaan sepi seketika. Seorang gadis bertudung masuk menghidangkan air buat kami.
"i dont want any visitor at the moments." pesannya. Gadis itu angguk tanda faham.
Keadaan nampak menjadi semakin serius. Aku berasa sedikit tegang.
"Yaya tau kenapa uncle nak jumpa Yaya?"
" Im not sure." ringkas aku balas. Tidak mahu meletakkan sebarang prasangka walau aku dapat mengagak intipati perbualan ini.
"Kenapa Yaya tak bagitau kami siapa Yaya yang sebenarnya?"
"Bukan niat Yaya untuk berahsia. Tapi Yaya rasa uncle sekeluarga perlu kenal my ownself rather judge by the name."
"Ash yang bagitau macam tu?"
"Tak ada kena mengena dengan Ash, uncle. Mula dia tahu tentang Yaya dia pun dalam dilemma. Tapi dia memilih untuk teruskan dan dia sanggup hadapi apa jua cabaran nanti"
"Mudah untuk bercakap tapi tak mudah nak hadap. Yaya tau tak sebenarnya apa yang terjadi?Kenapa Yaya dan Ash sepatutnya tak boleh bersama?"
Mataku bergenang. Perkataan tak boleh bersama itu betul betul menusuk hatiku.
"Yaya tak tahu. I dont even know what is my fault. If i know, i would like to say sorry and make it clear."
Tan Sri Tengku Iskandar menghela nafas panjang. Faham bahawa,aku cuma mangsa keadaan.
"Your dad call me to stop both of you. Uncle dah fikir panjang dan uncle rasa ini yang terbaik. Family uncle dan family Yaya ada sejarah yang sangat rumit. Sebabtu uncle katakan hubungan kamu berdua ni mustahil."
"Ash tau tak yang uncle tau pasal semua ni?"
"He was with me when i got the call."
"Then, what is his respond?"
"He wont let you go. That stubborn boy. Thats why uncle minta Yaya put a stop in all these. Hanya Yaya yang boleh buat."
Air mata yang ku tahan sedari tadi menitis juga. Sebak memikirkan permintaan bapanya ini. Sangat tulus. Meminta agar aku melepaskan anaknya.
"Uncle tahu berat untuk Yaya. Kami juga. Mummy lagi la. Tak boleh nak terima kenyataan ni. Tapi inilah fakta hidup. Uncle harap sangat Yaya faham."
"Dari awal lagi Yaya dah bagitau Ash. Both of us being together is impossible. Tapi..entahlah. Yaya rasa Yaya perlu bincang soal ni dengan Ash. Slow talk so he could let all these go and nobody harm. Yaya faham maksud uncle. As a father, u want the best for your son. And Ash also deserved the best. "
Pedih hatiku saat meluahkan semuanya. Mungkin ini pengakhiran kami. Aku dan dia memang tidak harus bertemu sejak awal lagi.
Saat itu keadaan sedikit kecoh di luar menarik perhatian kami. Pintu besar terbuka dan dia muncul dengan wajah serius. Matanya tajam merenung aku yang menangis sedih.
"maaf Tuan, saya dah cuba halang, tapi Tengku.." si gadis cuba memberi penjelasan.
"its ok. Let him in."
Dia melangkah pantas ke arah aku. Menilik setiap inci wajahku yang beranak air mata. Akhirnya dia aku temui juga selepas 2 minggu.
"what have u told her papa?" Keras soalannya.
"U wont let her go. So ini lah cara lain yang papa ada."
"Dont ever try to use her. Ash dah pernah cakap dan Ash ulang lagi sekali sekarang yang Ash tak akan sesekali lepaskan dia!!Never!!Kenapa papa masih tak faham lagi???" Tinggi nadanya.
Saat itu satu tamparan keras mengenai pipinya. Aku tergamam. Aku lihat darah kelihatan di tubir bibirnya. Pipinya merah dek tamparan yang diterima. Bukan ini situasi yang aku Inginkan!!
Share this novel