Untuk kali terakhir

Romance Series 29543

" U.. Kalau satu hari nanti kita tak boleh bersama apa yang u akan buat?" soalku. Dia senyum senang. Tanganku digenggam erat. Enggan dilepaskan. Aneh sekali kerana dia tidak pernah sekali berkelakuan begini. Dia yang aku kenal berhati hati dan menjaga kelakuannya tetapi bukan sekarang.

"tak nak fikir" pendek ucapannya.

"Kenapa?"

"Benda tak akan jadi buat apa nk fikir?"

"u..i serious. Kemungkinan tetap ada. Kita cuma boleh merancang tapi keputusan bukan di tangan kita."

"Sayang..hanya maut yang akan pisahkan kita. Kalau terjadi pun perpisahan i akan pastikan itu semua sementara. Separuh nyawa i pada u. U fikir i boleh hidup senang kalau u tak ada?"

"I kata kalau...if that happend. I pun tak nak benda ni semua terjadi. Tapi kalau dah takdir terjadi, i kena siapkan diri i untuk hadap semua ni."

"If that happend, i akan live my life like usual. Cuma bezanya life without soul sebab jiwa i ada pada u."

"No..i tak nak u buat macam tu. U have to be happy. Bahagia. Walau bukan dengan i. Sebab u deserve all that."

" U sanggup tengok i kena kepit perempuan lain?"

"Tak sanggup. Tapi kalau tu je pilihan yang i ada apa i boleh buat. I cuma harap u bahagia dalam hidup u."

"kalau betul u nak bahagia, stay with me. Dont ever leave me."  jari jemariku di kucup lama.

Entah mana silapnya tanah yang kami pijak runtuh. Aku terjatuh namun sempat erat berpaut di genggamannya.

"Yaya!! Jangan lepaskan i. Tolong!!Tolong!!" Dia berteriak keras. Namun sia sia. Hanya ada kami sahaja. Dia menarik aku naik namun sukar. Pautan di jari yang menjadi bertambah licin menyukarkan keadaan.

" Jangan lepaskan tangan i sayang. I akan selamatkan u." teriaknya. Aku lihat lengannya mula luka diseret tanah dan batu tajam. Pilu aku melihat dia menahan kesakitan. Aku tak ingin dia terus derita. Biarlah aku berkorban untuk semuanya.

"im sorry. I tak mampu nk bertahan. I sayang u. I cintakan u. Maaf sebab i tak pernah bagitau u semua ni sebelum ni. " dalam linangan air mata jari jemariku melurut. Akhirnya aku terlepas dari genggamannya. Memerhati dengan penuh sayu. Selamat tinggal sayang!!

***************************************

Bahuku di goncang kuat. Masih hidupkah aku?

"Yaya!! Wake up!! " suara kuat kedengaran di telinga. Aku membuka mata perlahan. Kabur seketika. Terlihat Puan Sri Natalia menggenggam tanganku dan mengucup jari jemariku erat. Oh. Ini cuma mimpi? Bukan dia yang memegang dan mengucup tanganku sebaliknya ibunya yang ada disisiku.

Mataku memerhati drip air yang menitis. Aku pengsan?

"Finally Yaya sedar juga. Risaunya mummy." aku tersentuh. Bukan ibuku yang risaukan aku.

"Ash macam mana?" soalan pertama aku luahkan. Bimbang mimpiku tadi membawa petanda malang.

"1 hari Yaya x sedar. Kenapa tak cakap Yaya derma darah? Yaya kena makan n rest.  Tak boleh macam ni."

"How's Ash?"  aku menyoal lagi. Aku ingin tahu tentang itu. Bukan tentang diriku.

"Dia selamat. Lepas tahap kritikal. Sekarang dia di wad pemerhatian. Only 1 visitor allowed. He's with papa right now."

Aku menangis. Syukur. Allah masih sanggup mengabulkan doaku. Apa lagi yang aku harapkan?

"Mummy. Yaya minta maaf. Maaf sangat sangat. Sebab rahsiakan identiti Yaya dari Mummy, dari semua orang. Yaya tak minta untuk bertemu dengan Ash. Yaya tak minta untuk jatuh cinta dengan Ash. Yaya tak minta untuk sayang Ash. Takdir yang bawa kami. Saat Yaya tahu masalah ini akan timbul, Yaya cuba lari. Tapi Ash tak putus asa. Bukan Yaya nak salah kan Ash sebab Yaya pun sama dengan dia. Kami saling sayang.

"mummy tau. Mummy kenal anak mummy. Bukan semudah itu untuk dia bawa seorang perempuan pada kami."

"Yaya sayang Ash mummy. Sayang sangat. Pada Yaya, dia adalah kurniaan terbaik yang pernah hadir dalam hidup Yaya. Yaya tahu Yaya tak akan jumpa orang sebaik dia lagi lepas ni. Yaya tak nak tengok sebab Yaya dia menderita. Banyak kali Yaya ingatkan dia. Our relationship is impossible. Tapi dia tetap yakin jika jodoh kami kuat, tiada apa yang dapat menghalang."

"Mummy tau. From the 1st day i saw u i already fall in love with u. Tapi maaf, mummy dah pernah kehilangan. Sakit sangat. So mummy tak pasti jika mummy mampu hadapi kehilangan buat kali kedua."

"Mummy.." aku terkedu.apa maksud ibunya?

"Mummy mohon sangat pada Yaya. Let Ash  go from your life. Maaf kalau mummy pentingkan diri sendiri tapi mummy lebih sayangkan anak mummy. Mummy tak nak kehilangan lagi. Mummy tau jika ini yang mummy minta dari Ash, dia tak akan tunaikan. Sebab tu mummy minta dari Yaya. Kalau Yaya nak mummy sujud pun mummy sanggup," rayu ibunya.

Pecah tangisanku melihat penderitaan ibunya. Adakah aku akan gembira di sebalik tangisan pilu seorang ibu yang hanya ingin melihat anaknya bernafas kembali? Tak! Aku tidak sekejam itu!

"Mummy jangan macam ni please. Yaya janji. I'll let him go. Memang itu yang Yaya putuskan. Yaya cuma nak dia bahagia. Walau bukan di sini, dengan Yaya. Dia anak yang baik. Both of u are so lucky to have him as your son."

"U too sayang. U are such a lovely girl. Mummy doakan Yaya bahagia juga"

Aku cuma menarik segaris senyum. Kalaulah dia tahu aku bukanlah kesayangan orang tuaku. Kalaulah dia tahu aku cuma ibarat anak yatim yang menumpang hidup di vila mewah itu. Kalaulah semua itu dia tahu adakah dia akan beranggapan sama seperti hari ini?

"Mummy, Yaya ada satu permintaan. Yaya tak minta banyak. Cuma satu je" aku merayu.

"Apa dia sayang?" lembut bicaranya. Seperti Ash yang pernah bertanya begini dulu.

"izinkan Yaya temani Ash malam ni. Untuk kali ini je. Buat kali terakhir. Yaya tak pernah bagitau dia Yaya sayang dia. Walaupun dah terlambat Yaya harap dia dengar. Please..." rayuku.

Puan Sri menghela nafas panjang. Risau untuk menunaikan permintaanku. Khuatir dihalang Tan Sri Iskandar yang dari tadi setia menemani ank bujangnya itu.

"Please..For the last time. 2 jam pun ok.. Eh, 5 minit pun cukup. Yaya tak minta banyak."

Bahuku ditepuk perlahan. Perlahan aku dipimpin ibunya sambil membawa tiang berisi drip air yang belum habis. Membawa aku ke satu bilik khas untuk aku bertemu dengannya. Buat kali terakhir!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience