White Shirt

Romance Series 29543

Kuala Lumpur.

Malam semakin larut. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Suasana semakin sunyi. Namun lampu pejabat milik Tan Sri Rizal masih cerah terpasang.

Susuk tubuh yang masih tegap walaupun sudah mencecah hampir 60 tahun sedang menghadap jendela. Memerhati keadaan malam yang penuh dengan lampu jalan dan kenderaan.

Banyak perkara bermain difikirannya. Entah betul atau tidak tindakannya dia pun tidak pasti. Dia tahu banyak yang dipertaruhkan.

Saat itu telefonnya berdering. Nama pemanggil membuatkan dia senyum kecil. Pantas disambungkan talian.

"Ling, i lambat sikit malam ni"

"U masih di pejabat ke?"

"Ya. Ada urusan sikit. U tidur la dulu. Tak payah tunggu i."

"Ok. Jangan balik lewat sangat. U pun tak berapa sihat tu."

"Ok. Before 1 i sampai rumah ye."
Janjinya pada isteri tersayang.

Dia menghela nafas panjang. Antara isteri dan anak. Seolah nafas di hujung tanduk. Entah siapa yang harus di utamakan.
Dia tidak sanggup melihat isterinya derita lagi. Namun dia juga tidak sanggup melihat anaknya mati jiwa. Dia tahu dia banyak berkeras dengan anak gadisnya itu tapi itu tidak bermakna dia mengabaikannya.

Ketukan di pintu kedengaran. Orang yang dinanti sudah tiba. Dia berpaling. Muncul 2 orang lelaki dengan memakai jaket kulit dan bertopi mendekatinya sambil menghulurkan sepucuk sampul yang agak tebal.

"Tan Sri, ini info yang Tan Sri minta. Semuanya ada dalam sampul ini."

Dia mengangguk dan mengambil sampul tersebut sambil menghela nafas panjang.

"Kalau aku puas hati, esok korang akan terima baki bayarannya."

"Baik Tan Sri. Kami yakin Tan Sri akan puas hati dengan hasil kerja kami."

Mereka saling mengangguk. Yakin hasilnya pasti memuaskan hati lelaki tua itu.

Tan Sri Rizal kembali berseorangan. Mengambil tempat di sofa dan mula membuka sampul tersebut. Terdapat berpuluh puluh keping gambar di dalamnya. Dia membeleknya satu persatu. Hatinya tersentuh.

Gambar perkahwinan anaknya ditatap lama. Terasa ralat kerana tidak dapat menyaksikan majlis itu dengan mata kepalanya sendiri. Namun dia sedikit bahagia. Tampak kebahagiaan terserlah di setiap keping gmbar. Tak pernah dia melihat anak gadisnya segembira itu.

Dia memerhatikan menantunya. Segak dalam persalinan serba putih. Sungguh dia akui lelaki itu adalah calon yang paling tepat. Terbaik dari segenap segi. Terserlah kasih sayang yang melimpah ruah dari tindak tanduknya. Dia melihat sisi baru anaknya bila bersama lelaki itu.

Dia bersandar. Mendongak ke arah siling. Memikirkan apa akan jadi di masa hadapan. Dia paling risau jika isterinya mengetahui berita ini. Takut andai trauma lama berulang lagi.

Dia masih teringat saat isterinya naik hantu dan menyerang anaknya berkali kali. Tampak kesan lama itu masih tersisa. Adakah dia silap membuat keputusan?

2 tahun lepas dia terbawa oleh emosi dan ego seorang lelaki. Hingga dia tidak mampu membezakan baik buruk kesannya. Hampir hampir meragut nyawa dan meruntuhkan sebuah keluarga.

Ya dia akui secara luarannya dia menang. Segala keinginanya tercapai. Namun hakikatnya dia kalah. Dia kehilangan anaknya. Hanya jasad yang ada, namun jiwa terkubur sepi.

Paling terasa bila melihat anaknya makan tanpa perasaan. Hanya kerana inginkan sepotong berita yang mampu mengubat hati yang lara. Difikirkan masa mampu mengubat jiwa anaknya namun dia silap.
Setahun lebih dia menunggu jika ada perkembangan positif namun apa yang diterimanya hanya rutin harian yang sama. Seolah robot yang telah siap di program.

Dia sudah melakukan segala yang boleh untuk memisahkan mereka namun dia lupa ada kuasa yang lebih besar yang akan menentukan segalanya. Mungkin tindakannya kali ini adalah tepat. Siapa sangka mereka berdua,tetap dapat bertemu juga!

************************************

Akhirnya aku secara rasminya berpindah masuk ke rumah percutian milik Tan Sri Iskandar. Tak ku sangka rupanya keluarga Ashraff memiliki sebuah rumah percutian di sini. Dek kerana rindu anaknya yang belajar disini satu ketika dulu, Pn Sri Natalia terus meluahkan hasrat memiliki sebuah rumah percutian. Mudah untuk menjenguk anak kesayangan katanya.

Rumah itu kemas dan minimalis. Aku juga tidak membawa banyak barang. Hanya beberapa helai pakaian sahaja. Suamiku ini katanya telah menyediakan segala yang aku perlukan.

Usai mandi, aku membuka almari untuk memakai baju tidur. Anehnya tiada sehelai pun pakaian yang sesuai. Yang ada cuma lingerie seksi petala kelapan. Malu sungguh untuk aku memakainya biarpun hanya aku dan dia sahaja di rumah.

Dengan jubah mandi aku ke dapur melihat suamiku sedang sibuk menyediakan bahan bahan untuk juadah malam kami.

"U kata semua yang i nak u dah sediakan. Tapi macam x de je"

Dia senyum meleret memandangku.

"U nak apa sayang?" lembut dia bertanya.

"baju tidur nak pakai malam ni mana?"

"Kan ada banyak tu. Macam-macam color ada."

"u..thats lingerie. Takkan i nk pakai tu dalam rumah ni."

"apa salahnya. Ada i je pun. Bukan haram. Lagi dapat pahala ada la." senyumnya semakin meleret. Geram aku melihat senyum gatalnya itu.

Dengan sedikit geram aku kembali ke bilik tidur. Pakaian yang aku bawa dari rumah lama hanya sesuai untuk berjalan jalan. Aku perlukan pakaian yang selesa untuk tidur. Memang tak boleh dipercayai janji manis lelaki!!

Akhirnya tanpa pilihan aku mengenakan kemeja putih suamiku. Agak besar juga. Labuh menutup separuh pahaku. Bolehlah dari lingerie yang dia sediakan. Rambut yang basah aku biarkan kering sendiri tanpa menggunakan pengering rambut. Penggunaan yang kerap mampu merosakkan akar rambut. Aku terasa lapar. Pantas menyembur sedikit haruman, aku bergegas ke dapur kembali.

Dari jauh aku lihat dia ligat di dapur. Aku terpesona dengan pemandangan di hadapanku. Dia cekap memasak. Walaupun memakai apron, ketampanannya makin terserlah. Sungguh aku menyukai sisi barunya itu.

Seolah tahu aku memerhatikannya, dia menoleh. Memerhati aku dari atas ke bawah tanpa berkelip. Senyum meleret terukir di bibir.

"Kenapa?" soalku. Tersa canggung diperhatikan begitu.

"Do you know what is one of the most proud moments for a man?"

"succesfull in career i guess?"

"Sort of. But this one is more than that"

"What?"

Dia mendekati aku perlahan namun mata masih tidak lepas dariku.

"When a woman that he loves in his white shirts. Just like your appearance right now. I love it"

"i have no choice. This is the only proper attire i could find."

"this is the best."

"u might make our kitchen burn sayang"
Aku mengingatkannya.

Dia ketawa kecil. Sempat lagi dia mencium pipiku sebelum kembali ke dapur. Aku senyum bahagia. Sejak aku menjadi isterinya aku sudah lupa erti sedih, sunyi dan sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience