Aku memerhati Puan Sri Natalia yng berbincang bersama Tan Sri Tengku Iskandar. Sesekali ku lihat Tan sri menggeleng gelengkan kepalanya. Tolonglah, permudahkanlah aku untuk bertemunya. Mungkin untuk kali terakhir. Menyampaikan segala rasa hati. Aku tak mahu memendam lagi. Dia patut tahu walaupun sudah terlewat.
Kemudian Puan Sri membawa aku ke muka pintu. Bertemu Tan Sri yang sugul sejak tadi.
"Yaya, uncle minta maaf. I think this will be the best for all of us. Both of us like u but kalau sampai tahap ini akibatnya kami tak sanggup nk bertahan. Uncle harap Yaya faham."
"Yaya faham uncle. Yaya tak salahkan siapa siapa pun dalam hal ni. Malah Yaya bersyukur kenal Ash. Dia insan terbaik pernah hadir dalam hidup Yaya. Sebab Yaya semua ini terjadi. Yaya minta maaf sangat sangat. Minta ampun."
"its not your fault at all. Keadaan yang memaksa. Tapi uncle percaya andai satu hari kamu dipertemukan semula, dan saat itu hati kamu masih sama seperti sekarang, uncle sendiri yang akan berusaha untuk jodohkan kamu berdua. Yaya dengarkan apa yang uncle bagitau papa Yaya tadi."
"Yaya tak nak menaruh harapan lagi. Yaya cuma nak Ash selamat, bahagia. Itu je dh cukup buat Yaya."
"pergilah jumpa dia. Ambillah seberapa lama masa yang Yaya perlukan malam ini. Harap dia mampu memberi respond bila Yaya berbual dengan dia."
"Thank you so much uncle, mummy".
Puan Sri mengusap belakangku dan membukakan pintu kamar yang dihuni Ash.
Bau ubat semerbak memenuhi ruangan bilik. Perlahan aku menghampirinya. Dia kelihatan tenang. Mata terpejam rapat. Masih bernafas dengan bantuan alat pernafasan. Kepalanya berbalut. Matanya bengkak. Tangan kanan berbalut. Kaki kiri juga sama.
Air mataku jatuh lagi. Tak ku sangka aku temui juga dia usai pulang dari Langkawi namun dalam keadaan begini. Sungguh aku rindukan dia.
Walaupun pesakit dalam keadaan koma atau tidak sedarkan diri, jiwa mereka sebenarnya sedang mendengar. Namun mereka tidak mampu bereaksi. Kali ini akan aku luahkan segala perasaan aku padanya tanpa segan silu lagi. Aku ingin dia tahu betapa aku amat mencintainya!
"Assalamualaikum sayang, i datang jumpa u." perlahan aku berbisik di telinganya. Saat itu air mata mengalir laju ku seka pantas. Enggan mengenai tubuhnya. Aku tidak ingin dia tahu aku sedang menangis saat ini.
"Sayang, u mesti pelikkan. Sebab i tak pernah panggil u sayang. Tapi hari ni i nk bagitau segalanya pada u. I tak nak sorok sorok lagi. Walaupun its a bit late, i tahu u dengar apa yang i cakap kan.
Sayang, 1st time kita jumpa i jatuh hati dengan lesung pipit u. Kalau tak de dimples u tu i rasa i dah terus balik kot. Then i tertarik masa u protect i dari crowd on the way kita ke Kinokuniya. Mungkin u tak ingat tapi i still remember that moments. U macam superhero tau. Pertama kali i rasa selamat, dilindungi.
Tapi i x cerita dekat u. Nanti u overthinking pulak. Kitakan baru je kenal tapi your spontaneous action grab my attention. Its just because u were born with it. Bukan pura pura gentleman. Then when u show me ur favorite place. The way u treat i buat i dh mula tertarik dengan u. Walaupun u act sarcastic tapi hati i x menafikan u have your own charisma. 1st day jumpa u dah attack i dengan 3 serangan. Macam mana i tak cair?
Then masa i sakit, u jaga i sungguh sungguh. Padahal antara kita saat itu belum ada apa apa. Nak kata kawan pun bukan. Saling kutuk keji ada la. Masa tu i betul betul rasa lain. I tak pernah jatuh cinta so i tak tahu kenapa dada i rasa macam tu. Sebab tu i tanya u who am i to you. I nak tahu adakah perasaan yang i rasa ni sama dengan apa yang u rasa.
Then, u tiba tiba u bagitau yang u sukakan i. Kalaulah u boleh nampak apa ada dalam hati i masa tu, tempoh bertenang sebulan tu tak perlu wujud. Sebab i memang dah suka u dari kali pertama kita jumpa. Dalam tempoh sebulan tu macam macam i fikir. End up i feel lost. I need you.
Tapi i tak nk u susah. I fikir before things got complicated i need to put a stop in all these. Tapi u tak menyerah kalah. Sampai akhirnya i ikut kata u to listen to my heart. Apa yg i nak sebenarnya. And i want u in my life.
Then we get together. From that moments i rasa hidup i berubah 360 degree. I tak perlu nk pertikaikan perasaan u pada i sebab it already shown. Dari cara u treat i, ur staff, ur family meyakinkan i yang u betul betul sayang i.
And i want to tell you that i love you too. Maybe much more than you do. U macam malaikat penjaga yang datang dalam hidup i. I love u, i miss u badly. Bila u kena pukul its broken my heart. U sanggup jadi perisai semata mata tak nak i kena pukul dengan mama. And u tak pernah ungkit pasal tu semua. U treat me first walaupun u lagi teruk kena.
So please, wake up. Jangan kaku begini. Jangan tinggalkan i macam ni. At least please show ur dimples again. I miss that badly. And i miss u even more."
Tangisanku pecah juga. Sayu hatiku melihat keadaan dirinya yang menerima akibat dari amarah papa.
Aku renung dirinya dalam dalam. Ingin aku abadikan saat ini selama lamanya dalam hatiku kerana aku tahu aku mungkin tidak akan bertemunya lagi.
Aku buka laci dan terlihat sekeping kertas nota maklum balas hospital dan sebatang pen. Perlahan aku mencoret sesuatu. Perkara yang ingin aku sampaikan padanya. Bukan sekarang, tapi pada saat dia sedar nanti. Lebih tepat lagi pada saat aku sudah jauh meninggalkannya!
Pintu wad di buka, Puan Sri menjenguk ke dalam.
"Yaya, Doktor datang nak buat checkup."
Aku angguk. Cepat cepat menyeka air mata. Namun ia tidak mahu berhenti malah lebih deras mengalir. Kerana hatiku tahu inilah saat perpisahan.
Aku berbisik di telinganya.
"I pergi dulu sayang. I love u so much. More than everything u could imagine. Please wake up. Im sorry for everthing"
Saat itu kelihatan jari jemarinya bergerak. Begitu juga bola matanya. Seolah mengerti perpisahan yang tidak kami inginkan tiba jua. Terlihat setitis air mata keluar dari tubir matanya.
"Doktor!!" laungku. Saat itu doktor dan juru rawat bergegas masuk. Jari jemarinya bergerak lagi.
"Seems a positive respond."
Aku di bawa keluar sementara dia diperiksa.
Tinggallah sayang. Tinggallah pujaan.
Share this novel