"Lega hati i sekarang," aku menghela nafas sambil senyum riang. Dia yang di sisi memandu turut senyum.
"i dah cakap kan my parents ok. U yang kalut semacam."
"of course la.. U anak diaorang. Busuk2 pun they still love u no matter what. I ni siapa. 1st impression is everything ok"
"thats why i told u to calm down. Just be urself. Because i know u could make it. Kalau u boleh curi hati i, tackle both of them would be a piece of cake."
"Yakinnya kamu.. Tapikan i jealous tgk family u kalau nk compare dengan family i. I x ingat bila i enjoy dinner dengan my parents. Macam x pernah je..all my time with my nanny."
"its ok. The past is past. I takkan bagi u jalani hidup macam tu lagi. With me, everything gonna be fun."
"Kenapa u still nk sorok identity i dekat parents u. It would be a disaster if they know all about me later."
Dia hela nafas. Memikirkan sesuatu sedalam dalamnya.
"i want they know the beautiful u. Ur heart, your personality, your vibes before they know your identity. Macam i, if i never get close to u i dont think i would fall in love with u like this. Sebab apa? Sebab our mindset dah full with thought to stay away from that family. I nak mereka kenal your inner side before they judge u. Pada i u tak salah apa pun. U cuma salah sebab dilahirkan dalam keluarga itu."
" so u nk cakap family i jahat la?parents i keji la buat family u macam2?" hatiku mula panas. Berfikir yang bukan bukan.
"No..thats not what i mean. I tak kata pun ur family jahat ke.."
"tapi itu yang i faham dari ayat u. I salah sebab dilahirkan dalam keluarga tu. For sure keluarga i jahat so i yang x buat salah apa pun terpalit sama kan?" hatiku terguris. Memang papa dan mama tidak berlaku adil padaku tapi itu bukan lesen untuk dia melabelkan keluarga ku jahat. Aku tahu keluargaku tidak sempurna tapi mereka tetap keluarga aku. Jika mereka dihina aku juga terpalit sama.
Air mataku mula menitis. Memikirkan aku tak layak untuk dia. Keluarganya rukun harmoni, bahagia dan saling menyayangi. Tapi aku ibarat pacat yang menempel di tubuh, cuba mencari sedikit darah untuk meneruskan hidup.
"Sayang. Jangan fikir bukan bukan macam ni. " entah bila kereta di parkir di tepi jalan aku pun tak tahu. Kepalaku berdenyut. Sakit di kepala tak seberat sakit di hati.
"i nak balik."
"Sayang. Let me explain ok. I tak nk u balik dalam fikiran kusut macam ni. Just now we are good. Everything fine but this is not the ending that i expected."
" Ya..thats me. That me who not meet ur expectation. I tak pandai berlakon. I tak pandai nk sweet2. Family i terrible. My background and those thing not meet ur expectation. Why should we try hard being together?" hamburku marah. Air mata semakin deras mengalir.
Dia diam. Mungkin dia mengerti saat ini apa yang di katakannya tidak akan aku fahami. Aku tenggelam dalam emosi sendiri.
"it just so wrong. I tak maksudkan macam tu. U just perfect for me. I tak harap bidadari syurga dalam diri u.just be who u are and i happy enough."
"so dalam diri i ni bidadari dari neraka ke?" tanpa sedar aku bersuara keras.
Dia mati akal. Segala ayatnya menjadi maksud lain bagiku. Dia diam. Aku juga diam. Hanya kedengaran esak tangisku perlahan.
Perjalanan di teruskan. Tanpa suara. Jauh di sudut hati aku ingin dia memujukku. Namun dia cuma sepi. Marahkah dia?terasakah dia? Tiba-tiba aku dihambat rasa bersalah. Memang aku sering kali begitu. Enggan mendengar penjelasan darinya bagi menjernihkan keadaan. Malah membuat situasi bertambah rumit.
Kami sampai di perkarangan kondominium sewaan ku akhirnya. Aku tidak mahu berlama lama. Bukan kerana marah, tapi rasa amat bersalah kerana melampiaskan marahku kepadanya tadi. Belum sempat pintu kereta dibuka dia mencapai lenganku. Aku berpaling memandangnya dengan mata berkaca. 'Marah lagi dekat i?' soalku. Namun aku hanya mampu mengutarakannya di dalam hati tidak terzahir di bibir.
Dia mengeluarkan sapu tangan dan mengelap air mataku. Memegang pipiku dengan lapik sapu tangan. Memandang aku tepat menyentuh hatiku.
"i sayang u. Sayang sangat. Jangan fikir bukan bukan. Have a rest. U look exhausted. " bisiknya perlahan.
Aku tunduk. Cuba berpaling namun gengaman di lenganku masih tidak dileraikan. Aku mengangkat kening. Tertanya tanya apa lagi yang masih membelenggu hatinya.
"i wish i could kiss u right now." dia senyum kecil sambil menghela nafas panjang. Aku bukan yang halal untuknya. Serta merta wajahku merah dan tangisan ku terhenti tiba-tiba. Genggaman di leraikan. Perlahan aku membuka pintu dan berlalu. Cuba menahan debar di dada yang semakin menggila.
Share this novel