Ashraff baru pulang dari gym tatkala bapanya muncul dari dalam rumah memanggilnya.
"Ash. Masuk sekejap. Ada perkara papa nak tanya sikit."
Ash kehairanan. Jarang papa menyoalnya pagi pagi begini. Biasanya soal kerja bermula selepas sarapan dan santai menikmati secawan kopi.
"Ada apa pa? Sampai tak menyempat nak bincang. Macam penting je."
"X de la..kejap lagi papa ada golf dengan Dato Munawar. Takut x sempat nk jumpa Ash. Ni, si Amsyar kata dia ajak kamu bercuti tapi kamu tak nak. Betul ke?"
"La, benda tu tu pun dia mengadu kat papa? Hampeh punya mamat.."
"Dia nak ajak kamu bercuti. Raikan sekali si Danish tu. Dia kan baru kahwin. Rasya tu pun pembantu kamu. Apa salahnya ikut. Papa tengok kamu pun dah 2 tahun tak bercuti. Kerja memanjang."
"Ash ok pa..x penat pun."
"Kenapa kamu tak nak? Nak duduk di sini je sebab apa?"
"Nothing specific pa. Just want to be here"
Tan Sri Tengku Iskandar merenung anaknya. Seakan faham apa dalam hati jejaka itu bila pandangannya mula redup sayu.
"Kamu tunggu dia? Ash takut andai satu hari nanti dia datang sini cari kamu dan kamu x ada?"
Ashraff diam. Benar itu salah satu sebab kenapa dia berat hati untuk ke mana mana. Padanya biarlah dia di situ kerana andai kata gadis itu mencarinya dia sentiasa ada.
"Ash. Its already 2 years. Not a single news from her. Bukan papa tak tahu Ash upah orang sana sini siasat tapi at the end. Nothing. U did not know what her father capable to do."
"Ive done what i could pa. I try to move on but its easier to talk"
"Ash, she is not leaving u to see u like this today. Papa akui dalam karier Ash dah buktikan kebolehan dan kemampuan Ash. Tapi dalam soal peribadi u are stuck. "
"Because i dont understand how she able to do that. Kalau betul dia nk tinggalkan Ash, please tell me face to face. Bukan pakai surat macam ni."
" Dia tak boleh Ash. She also the one who suffer the most. Not only u"
"Could u please tell me the truth. What actually going on that day. Maybe i could let her go if i know what exactly happened."
Tan Sri mengusap wajahnya. Adakah kebenaran itu perlu di ungkap. Risau hati anaknya akan jadi lebih parah.
"She has to leave u for your safety. For your own sake."
"Ash x faham. Can u explain more?"
"All the thing happened is her father's plan. Leya punya family dapat masalah pun rancangan ayah dia. Then your accident. She try to fight but her father blackmail her to kill u. Masa tu Ash masih koma. Papa n mummy couldnt do anything.
Thats why she has to agree and promise her dad to leave you. "
Ashraff ketap bibir. Menggigil tangannya menahan marah. Entah marahkan siapa dia kurang pasti. Sungguh dia tidak menyangka seberat itu bebanan gadis itu. Keseorangan tanpanya.
" And the only thing she could do is to donate her blood for u son."
Ashraff terpempan. Mungkin inilah sebab mengapa dia masih terikat dengan gadis itu. Darah mereka bersatu. Ada sesuatu yang ditinggalkan untuknya.
"And im sorry son. Both of us begging her to let u go. U are the only one we had. Papa n mummy dah rasa kehilangan anak. Kami tak sanggup nak laluinya sekali lagi"
"You-ask-her-to-let-me-go??" sepatah sepatah dia bersuara. Hatinya panas. Dia tidak sangka gadis itu ditekan dari segenap sudut untuk meninggalkannya. Dan dia hanya terbaring lemah, tak berdaya. Tidak membantu.
Sungguh dia pernah berjanji untuk bersama gadis itu. Mengharungi segalanya tapi saat itu dia sendiri memungkiri janjinya. Membiarkan gadisnya menangis sendirian.
Baru dia hendak meninggikan suara terlintas suara yang satu ketika dulu pernah bermain di telinganya.
'Orang yang i pilih untuk jadi boyfriend i adalah seorang yang sangat menghormati bapanya.'
Serta merta dia beristighfar. Cuba bertenang.
"instead of saving her, u push her to the corner pa. How could you do that? U only make thing worse for her."
Ashraff bingkas bangun. Menahan emosi yang membara.
"Ash.. "
"Sorry pa. I couldnt think anymore. Im so angry right now but i wont say anything harsh to you. I promise her that i always be the one that she like. A man that respect his father a lot."
"Theres another thing that u should know son."
"Another surprise?"
"I also promise her something."
"so you should fullfill the promise. What is that?"
" Papa berjanji andai satu hari kamu dipertemukan semula, dan saat itu hati kamu masih sama seperti sekarang, papa sendiri yang akan berusaha untuk jodohkan kamu berdua"
"It just too late."
Perlahan Ashraff melangkah longlai. Membawa hati yang lara.
Tan Sri Tengku Iskandar merenung anaknya.
"Maybe not son."
************************************
Surat di tangan di tatap lagi. Kini dia mengerti mengapa gadis itu harus pergi. Pergi tanpa kerelaan. Dan dia kini tahu tiada ruang lagi untuk dia bertahan. Segala yang ada menghalang mereka.
Kini dia pasrah. Dia harus melupakan wajah manis itu. Tindakan keras kepalanya ternyata membebankan gadis itu. Mungkin saat dia menyahut cabaran Tan Sri Rizal di pejabatnya dulu membangkitkan kemarahan orang tua itu hingga terjadi peristiwa berdarah.
'Pergilah sayang. I let u go. Semoga u bahagia. Thanks for being a part of me. Jauh mana pun u pergi, darah u mengalir dalam jasad ini. I tak nak membebankan u lagi. I sangat sayangkan u. I kini menyerah pada takdir. '
Air mata jantan yang menitis di seka. Tangannya mencapai telefon. Mencari nama yang ingin dihubungi. Dalam seketika talian bersambung.
"Whats up bro?"
"Que, i'm in."
"For?"
"Melbourne"
"Thats my boy. So have u choose ur partner?"
"we'll find there."
"Wow..Welcome to the club bro"
Share this novel