Mata sembap, bengkak, comot..
Puas aku menangis semalaman. Menangisi nasibku yang tak ubah seperti patung bernyawa. Namun ada sedikit kelegaan di hati. Serasa lama sungguh aku tidak menangis sebegini. kali terakhir aku menitiskan air mata kerana kedua orang tuaku adalah sewaktu keputusan perperiksaan SPM di umumkan. Besar harapan untuk aku melihat mereka hadir bersamaku. namun semuanya tinggal angan-angan. Hanya aku seorang yang bersendirian di saat orang lain bahagia mendengar ucapan tahniah dan kucupan mesra kedua orang tua mereka.
kenapa aku harus sesedih ini? dari kecil aku memang sentiasa di abaikan. Atau aku sendiri yang semakin sensitif? sekuat mana pun aku bertahan, fitrahnya aku seorang perempuan yang hatinya ibarat tisu yang mudah tercarik.
pesanan whatsapp masuk. aku dengan malas membukanya
'Assalamualaikum..dh bangun ke?'
aku biarkannya sepi. Tak ingin menemuinya dengan keadaanku yang kusut begini. atau lebih tepat aku tidak mahu dia melihat sisi lemah aku yang selama ini aku sembunyikan.
'I dah sampai ni..i tunggu dkt depan ni. take ur time'
mesejnya masuk lagi. jam menunjukkan pukul 8 pagi. Awal? aku tidak terasa ingin membalasnya. Leya awal pagi sudah ke kelas kerana dia perlu menghadiri perperiksaan di awal pagi ini. Biarlah. aku tak pernah menyuruhnya untuk datang bertemuku.
2 jam berlalu.. mataku menatap buku di tangan tapi fikiranku kosong. sesekali aku meleret di celah2 jendela. dia masih di sana. setia menanti. aku jadi serba salah kerana aku tahu dia mungkin akan terus di situ hingga aku turun bertemunya.
'Cukuplah papa seksa jiwa aku, takkan aku nak balas pada dia. dia x buat salah apa pun' detik hatiku. aku pantas menyarung tudung apapun yang berada berdekatanku dan menyarung sweatshirt besar kegemaranku. sungguh aku tidak punya semangat untuk bersiap siap dan menjaga penampilanku.
langkah malas ku atur menuju kearahnya. dia tidak menyedari kedatanganku. tenggelam dalam khusyuknya membaca majalah di tangan. aku berdehem kecil. dia sedikit tersentak dan menoleh. melihat aku yang tak seperti biasa namun senyuman terukir menampakkan lesung pipitnya. lapang hatiku serta merta.
dia membuka pintu kereta untukku. aku mengangkat kening.
"i nk bawak u pegi satu tempat. i janji tak jauh and bukan tempat sunyi. i dh bgtau u semalam kan we need to talk. heart to heart."
" u rasa i ready ke nk keluar macam ni?" soalku agar dia faham penampilanku bukan penampilan untuk bersiar-siar. dengan tudung sarung ala makcik melah, sweat shirt gedabak, seluar trek, selipar jepun, muka sembap, bengkak.
"u still cantik di mata i." ringkas ayatnya. saat itu aku dapat rasa darah panas mengalir di wajahku yang beku sedari tadi. aku jadi serba tak kena dan terus masuk ke dalam kereta. dari ekor mata terlihat dia senyum meleret.
Hanya 15 min perjalanan kami tiba di sebuah pusat rekreasi yang tenang. Mungkin kerana bukan cuti umum tidak ramai pengunjung yang hadir. Aneh, kerana aku sendiri tidak pernah mengetahui kewujudan tempat setenang ini.
Dia membukakan pintu. Sebaik melangkah keluar, dia memakaikan topinya kepadaku. Melindungi wajahku dari diperhatikan orang ramai. Tidak mahu aku berasa malu memandangkan pakaian ku sahaja sudah menjengkelkan orang lain.
"kenapa? Malu ke jalan dgn i yg macam makcik2 ni?"
"takla..i takut u segan orang tgk u..kot ada nnt menyorok dlm baju lps ni"
Aku mengetap bibir..dia, masih dgn gaya sarkastiknya. Tapi aku senang..serasa aku bersama seseorang yang menerima aku apa adanya..
"wanna have some ice cream? Org kata perempuan suka ice cream.especially kalau moody."
"amboih, banyak pengalaman nampak.."
"itu bukan saya kata..tapi worang kata juga la.." usiknya dengan nada mamak tukang masak restoran nasi kandar 24 jam.
Pecah tawa ku. Dia juga ketawa sambil senyum senang melihat wajah beku aku mula mencair. Kami membeli aiskrim dan duduk di bawah pohon yang rendang..suasana sungguh tenang.
"u ready nk share story dgn i?" soalnya selepas hampir separuh aiskrim di tangan.
"what type of storu do u hv in ur mind?"
"sang kancil dengan buaya..or hikayat malim deman or sleeping beauty.. Anything u wanna share i ok je.." balasnya.
"ok...tapi i teringat something yang Leya bgtau msa u call dia last night."
Wajahnya berubah.. Sungguh aneh..
"Er..agreed to hug u on behalf me?"
Saat itu automatik aku menampar bahunya. Aku serius namun sempat dia melawak lagi.
"adoiii... Sakitnya cik adik oiii..kot masuk volleyball ni blh jd juara dunia"
"series laaa..u main2 lagi, hantar i balik trus..malas nk layan..i tgh x de mood ni.." ugutku.
"ok2..i just wanna se ur smile..dr awal td muka u mcm air batu..i nk tegur pun risau."
"back to my question. Leya kata theres something that i should know. And u should tell me urself."
"owh..bnda kecik je..i could handle that."
"tgk tuu..still nk sorok2.."
"ok2..actually masa u warded hari tu, i spoke with ur dad."
Jatuh rahang aku. Perkara yang paling aku ingin elakkan terjadi juga. Tak hairan kenapa papa marah sungguh. Sememangnya dia tidak suka aku berkawan dengan lelaki kerana padanya aku harus punya kawan yg setaraf dan dia adalah kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang layak untuk berkawan dengan ku.
Share this novel