Alone

Romance Series 29543

Sepanjang perjalanan pulang suamiku tersenyum riang. Tanganku dielus mesra. Sesekali di kucup lembut. Sungguh jelas dia amat gembira dengan berita ini.

"This is the best news ever. Syukur ya Allah sebab kurniakan segala kemurahanMu pada hambaMu ini. I have a very beautiful wife, 9 months later i will have my own child. Pengikat kasih sayang kita.

Now, u kena jaga diri. Jangan sedih sedih, stress sangat. U have to be happy. Even baby kita kecil lagi tapi apa yang u rasa, dia akan rasa. I nak anak kita tahu yang mak ayah dia ni sangat sangat menyayangi dia.

Sekarang u kena makan ubat on time. I rasa plan nk minta u duduk butik mummy pun kena cancel. U tak boleh penat. Maybe i kena hire private nurse untuk u. Kalau u tak selesa, i hire waktu i kerja je. I balik kerja i will take over that position. Nanti u boleh compare which nurse is the best.

Then, u kena jaga kesihatan. U.." tak sempat dia menghabiskan ayatnya aku menutup mulutnya dengan jariku.

"Kenapa?"

"Dari tadi u non stop talking. Tak penat ke?"

"Nope. I excited. I kena buat plan untuk kita bertiga. Macam macam kena buat. I rasa tak menang tangan dah."

"Sayang, jangan excited sangat. Semua ni masih awal. Takut jadi apa apa i tak nak u kecewa."

"Sebab tu i nak prepare siap siap. Supaya apa apa tu x berlaku."

Aku geleng kepala. Ada saja jawapannya. Aku cuma tunduk. Perasaanku berbelah bagi. Namun sukar untuk aku luahkan padanya.

Kami tiba di rumah akhirnya. Ashraff pantas memimpin aku dengan penuh hati hati. Dia mengeluarkan ubat ubatan yang dibekalkan. Membeleknya satu persatu. Aku cuma memerhatikannya dalam perasaan yang bercampur baur.

"Kenapa sayang?"

Dia memandang aku lama. Seolah dia dapat mengetahui sesuatu. Aku cuba melarikan pandanganku.

"why?u are avoiding my eyes. Something wrong?"

"No. I penat kot."

Dia merenung aku kembali. Tidak percaya dengan alasanku.

"we promised that nothing to be hide. Tell me sayang whats on your mind. I perasan sejak dari klinik lagi u tak senyum sedikit pun. U tak happy ke? U gonna be a mother."

"Happy.." perlahan aku membalas.

"Tapi..???"

Aku pandang dia semula. Aku genggam tangannya.

"u tak rasa terlalu awal ke?"

Soalan dariku bagaikan halilintar pada dirinya. Dia memandang aku dengan rasa tak percaya.

"Kenapa u fikir macam tu? U tak ready lagi nak jadi ibu ke?"

"Bukanlah macam tu..i.." aku mati kata kata. Sukar untuk aku meluahkan pada saat aku tahu dia sedang menahan marah. Marah dengan aku yang berfikir begini.

"Sayang, marriage is not about to have fun only. Its about build a family, responsibility. I kahwin dengan u bukan nk suka suka. Bukan nak tunjuk pada papa u yang i dah menang. I kahwin dengan u sebab i nak bina keluarga dengan u. Nak u jadi ibu pada anak anak i. U tak sudi ke?"

Ayatnya itu sedikit menghiris hatiku. Walaupun nadanya lembut tapi cukup tajam seperti sembilu.

"Bukan tu..i cuma fikir ini semua terlalu awal. I..i.." aku tak mampu menghabiskan kata kata. Kepalaku sakit.

Ashraf melepaskan tangannya dari genggamanku. Dia bingkas bangun dari sofa. Meraup wajah berulang kali.

"lets stop it here. I takut kalau kita teruskan juga perbualan ni i akan terlepas cakap sesuatu yang buat i rasa menyesal nanti. I cuma nak u tahu, apa pun yang u nak buat the baby is mine too. Kalau u tak ready nk ada baby pun please for my own sake, tolong jaga dia."

Pedih ayatnya. Pantas dia mencapai kunci kereta dan berlalu pergi. Menutup pintu keras sekali. Aku menangis. Sedih dan perit hati ini. Bukan itu yang aku maksudkan. Sungguh aku juga menyayangi anak ini. Hasil cinta kami. Namun aku juga risau akan masa depannya. Kerana perkahwinan ini bukanlah perkahwinan biasa. Yang di restui kedua ibu bapa.

Deruman enjin kereta sudah tidak kedengaran lagi. Dia pergi juga. Membawa kemarahannya jauh dariku. Salah aku. Tidak pandai menyusun kata. Salah aku. Merosakkan momen indahnya.Ya semuanya salah aku!!

Entah bila aku tertidur pun aku tidak pasti. Tidur berteman air mata yang membasahi pipi.

*************************************

Aku tersedar dari tidur. Kepalaku sedikit pening. Aku bukan lagi di ruang tamu sebaliknya kini di kamarku. Pasti suamiku yang membawa aku ke sini. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Aku hampir terlepas subuh.

Aku bingkas ke bilik air dan bersiap untuk solat. Berdoa agar hati suamiku di lembutkan. Berdoa agar marahnya reda. Andai dapat diundur masa, aku tidak ingin merosakkan saat saat gembira itu.

Sedang aku melipat sejadah, suamiku masuk sambil menatang sedulang makanan, air dan ubat ubatan. Mukanya masih beku tanpa segaris senyum. Aku memberanikan diri merapatinya.

Dia memandangku beku. Tiada lagi renungan mesra dan usikan manja darinya. Aku terasa sekali. Seperti pengemis yang menagih secebis kasih.

"Makan dulu then makan ubat." sebaris ayat di ucapkan. Baru aku berhasrat minta di suap dia bingkas bangun menuju almari pakaian.

"i ada meeting pagi ni. Nanti ada orang datang untuk jaga u." ucapnya tanpa memandang ke arahku.

Air mata bergenang di kelopak mata cuba ku tahan. Hilangkah sayangnya padaku?
Aku gagahkan juga untuk mengigit roti yang tersedia. Pahit, kelat namun aku telan juga. Memerhati dia yang bersiap tanpa sedikit pun memandangku.

Aku tidak mampu lagi bertahan. Aku bangun dan terus menuju ke bilik air. Mengunci diri di dalam. Menangis semahu mahunya. Sedih melihat dia yang tidak mengendahkan aku. Ya, salah aku. Semuanya salah aku.

Entah berapa lama aku di bilik air. Setelah puas aku menangis, aku keluar. Kosong. Dia sudah pergi ke pejabat. Pertama kali dia meninggalkanku tanpa kucupan didahi. Tanpa ucapan sayang padaku.

Tabahlah hati. Mungkin kasih sayangnya sudah pudar. Mungkin aku ditakdirkan untuk menjadi Yaya yang dulu. Cuma dulu aku masih ada Mbak Tuti yang menemani hari ku. Kini aku cuma keseorangan. Eh, tidak. Aku cuma ditemani insan kecil di dalam rahimku. Insan yang tidak mengerti apa apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience