Dean's plan

Romance Series 29543

S'lalu teringat akan cinta yang dulu
Hidupkanku

Pandangan mata kami bersatu. Rasa itu ada. Sama seperti dulu. Malah makin bercambah. Aku tidak dapat berfikir. Seharusnya aku tidak bertemunya. Tapi kakiku pegun di tanah. Amat bahagia bila melihat dia di hadapanku.

Tepukan sekeliling tidak kedengaran sama sekali. Aku cuma melihat dia yang pantas melepaskan gitar di bahu. Melangkah penuh yakin ke arahku. Tanpa menghiraukan orang sekeliling. Ibarat dunia ini hanya ada aku dan dia.

Tanpa amaran aku ditarik ke dalam dakapannya. Air mataku pecah di situ. Dia memelukku erat. Perkara yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini. Mengucup ubun ubunku berkali kali.

"Finally..i could hold you again". Dia berbisik perlahan.

"i'm sorry" hanya itu yang mampu aku ucap. Air mata mengalir deras.

"Its ok. I faham.."

Suasana hening sekali. Aku memandang keliling. Malu memikirkan keadaan aku dan dia begini. Dia masih erat memeluk bahuku. Enggan di lepaskan.

"Dean?"

"I've told u bro. U'll never regret being here. And u miss digi maskot. Wanna give a big thanks to me?"

Aku keliru. Dean? Bukankah dia Akmal?

Gadis cantik yang diapit Akmal mendekati ku. Menurunkan muffler di wajah.

"Hi Yaya. Long time no see." matanya berkaca kaca.

"Rasya??" sunggguh aku gembira. Pantas memeluk Rasya erat. Serasa lama sudah aku tidak terasa hidup seperti ini. Penuh emosi.

"Meet my husband. Raja Akmal Danish aka Dean. The one who stay at Russia 2 years ago."

"Owh another missing of the three musketeers"

"What??kau panggil aku the missing one?"

Ashraff menarik aku kembali ke sisinya. Riak wajah penuh tanda tanya.

"How u know Dean?"

"its a another story to tell." Aku senyum lebar memandangnya. Dia turut senyum.

"ive got my sunshine back!"

***********************************

Kami berempat duduk di santai di Fitzroy Garden sambil menikmati keindahan malam. Dia sedari tadi menggenggam tanganku erat. Walaupun dibaluti sarung tangan tebal aku tetap berdebar dengan keadaan ini. Seperti saat di Jepun berulang lagi.

"Dean, how could you meet her today?"

"Am i the best matchmaker?"

"Adui. Masuk bakul angkat sendiri pulak mamat ni. Just tell me how did u find her?"

"Kau ni kan, memang tak sabar langsung. Patutnya berterima kasih la atas idea aku yang bernas dan padu ni."

"Ye ye ye..baik kau cerita sekarang."

"Uit kuat sentap lak dia sekarang. Well, aku bet dengan Que sape dapat buat kau ada makwe balik dia dapat lenjan kereta yang kalah seminggu. Aku memang dah lama mengidam nak buat kereta Que tu macam harta sendiri. So aku try la kenenkan kau dengan 2,3 orang. Tapi bila aku tengok semua tak menjadi, calon Que pun sama jugak, so aku terfikir untuk cari orang yang memang kau tak akan tolak langsung da."

Aku memandang dia yang tekun mendengar celoteh sahabatnya itu. Adakah ini kehidupan dia selepas aku meninggalkannya?

"Tapi aku tau bukan senang. Kau sendiri cari pun x jumpa. So the point is to be in the inner circle. Aku tau Que tak boleh buat sebab dia cousin kau. Of course bapak Yaya dapat detect. Tapi aku lain, x de kena mengena dengan family kau and aku pun dah 2 tahun kat Rusia. So her father doesnt know who is really I am. Masa tu aku try dekat dekat dengan bapak dia dalam 1 dinner amal."

"patut kau busy semedang 2 bulan lepas. Nak ajak pergi mana mana pun payah."

"Yaa..kat situ plan aku bermula. Dan aku tau bapak dia memang tengah cari jodoh untuk ank dia. Jodoh yang bukan biasa biasa. Then aku oun cuba la menjadi the best man ever yang bapak dia boleh nampak. Sampaila dia bgtau aku yang dia nk jodohkan anak dia dengan aku dan arrange blind date kitaorang kat sini."

"Giler la..kau dah kahwin kot. Rasya, how could u allowed ur husband to cheat on you?"

"Tengku, its not a cheat. Im a part of his plan all the while. I pening la nk hadap u punya rule mengarut tu.."

Aku tertanya tanya. Peraturan apa yang Ash dah buat?

"New rule? Whats that."

"Yaya..you tau tak..he's not dealing with any ladies. Even no ladies except me to enter his floor. Naik pening i nak explain bila client yang datang tu perempuan. Takkan i nak bagitau 'sorry miss. Only man is allowed to enter this floor.' diskriminasi gender sungguh."

Aku memandangnya aneh. Dia cuma ketawa. Lesung pipitnya terserlah. Im melting again.

"Kenapa?"

"Entah, maybe i marah dekat u. Leaving me alone there. So i tak nak jumpa satu perempuan pun sebab masa tu i rasa perempuan ni tak boleh di pegang pada janji. Rasya is exceptable sebab she's my P.A and also Dean's partner."

"Sampai macam tu u marah i?" mata ku berkaca kaca.

"At that moment sayang. I tak boleh nk accept the fact that i lost you. Mula mula i salahkan u, i salahkan family u, i salahkan diri i, family i. I salahkan every single person around me. But at the end i sedar bukan i je yang sakit. U lagi sakit and im not there to support u. Im sorry for that dear."

"Both of u suffer a lot. First time aku jumpa dia ni memang she unexpected la. Dia..dia.." Dean ketawa kuat. Mungkin membayangkan wajahku sewaktu menyamar tatkala pertama kali bertemu.

Geram sungguh aku. Pantas kakiku menendang kakinya dari bawah. Tak habis habis nak gelakkan aku.

"Sakit la.. Gangster sungguh awek kau ni Ash. Tapi kan, macam aku cakap aku memang boleh cam dia sebab hari hari aku tengok gambar dia kat handphone kau. Tapi bila dia datang depan mata aku memang lain..dengan pakai spek mata gedabak, taik lalat besar, tudung ala makcik baru balik pasar serius x sama langsung. Because i know the real her so im not deceived at all."

Dia memandang aku aneh. Mungkin hairan dengan tindakan ku.

"Akmal is not the first person yang papa try to match maker dengan i and i know my heart hate that. Tapi i tak boleh nk halang. I dont have any power to say no. Untuk pastikan semua tu gagal i kena buatkan lelaki lelaki itu yang reject i. So thats the way and it succeed except that man!!"

"sebab aku tau kau yang sebenar macam mana. 24h muka kau kat fon Ash sampai aku dah hafal da."

"So amende yang kau merepek dalam kereta tadi. Macam jampi serapah. Ayat tak habis."

"Im observing u. So aku tau kenapa plan aku selama ni gagal. Calon calon yang aku pilih semua x serupa dengan kau.  And masa kau senyum dalam kereta tu. Sebijik yang dalam fon Ash. Thats why aku kata exactly the same.

Aku plan baik punya..nak bagi unforgettable beautiful moments. Tapi alih alih minah ni pakai macam maskot digi. Ive told u to dress up. Pakai lawa lawa. Haa..degil lagi. Ash, instead of a princess, maskot digi je yang aku boleh bagi kat kau."

"U...dia ejek i lagi!!" aku merengek manja.

Dia senyum lebar. Pertama kali melihat aku semanja ini. Apatah lagi di hadapan teman temannya. Dia merenung aku dalam dalam. Kasihnya padaku jelas terpancar di matanya.

"Pakailah apa pun, u are the most beautiful person i ever met.

Ikhlas. Aku tunduk malu. Ah, dia masih seperti dulu. Tidak segan silu menunjukkan rasa hatinya padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience