Aku berlari anak.. Jam di tangan tepat pukul 3.15 petang. Aku sudah terlewat 15 min. Ini semua gara gara kuliah sebelum ini yang lewat ditamatkan kerana di adakan kuiz mengejut. Aku tidak pasti sama ada dia masih menungguku atau sebaliknya. Yang penting aku harus pantas.
Manik2 peluh mula kelihatan di wajahku. Perutku sedikit pedih dek kerana aku belum makan lagi. Tapi tidak aku hiraukan itu semua. Asalkan aku dapat mengambil nota penting untuk tugasanku yang lain bukan lagi masalah.
Akhirnya aku tiba di kafe. Melilau mataku mencarinya. Aku ingat ingat lupa wajahnya. Yang hanya aku ingat lesung pipit manisnya yang tak pernah gagal buat aku cair. Tapi, mana mungkin aku dapat mengecamnya dengan hanya bersandarkan lesung pipitnya itu?
Tiba tiba seseorang menarik beg galasku menyebabkan aku sedikit terdorong ke belakang. Darah aku menyirap. Memang ada insan yang cuba menempah nasib malang denganku petang petang begini..sorry, wrong timing for a silly joke!
"Hei!apahal main kasar ni!!??" suaraku naik sambil menoleh ke belakang.
Dia! Tergamam melihat reaksi refleksku. Namun perlahan ice blended coklat di tangan di sua ke arah aku.
"For u". Ringkas ayatnya sambil senyum kelat. Riak wajahnya cukup memberitahu aku yang dia tidak dapat mengagak tindakan aku yang selanjutnya.
Aku menarik nafas panjang. Pantas buku ekonomi setebal 1 inci ku hayun tepat mengenai lengan kirinya. Tidak begitu kuat namun cukup untuk dia tahu aku geram dengan tindakannya sebentar tadi.
"Adoi! Garang sungguh la cik kak ni".
"Dh tak ada cara lain ke nak greet i?kot i ada sakit jantung tadi, dah arwah kot"
"u la..jnji pukul 3 tapi skrg dh pukul berapa? Sendiri salah org lain pulak kna marah.."
" tu bab lain, ni bab lain ok!" pantas aku mengambil ice blended di tangannya dan menghirup pantas. Melegakan panas hatiku.
" Hm..girls never wrong.." omelnya namun sempat menangkap jelas di telingaku.
"Heard that!!".Â
Dia sengih dan cukup menyerlahkan lesung pipitnya itu. Marahku reda. Entah kerana lesung pipit atau air minuman di tanganku, aku pun tak tahu.
Dia mengangkat tangan kepada orang disekeliling yang memandang kami dengan seribu pertanyaan. Takut dituduh menganggu perempuan barangkali. Aku pantas ke arah meja yang berhampiran dan menarik kerusi untuk segera duduk. Sejuk air coklat ini segera meredakan hati aku yang panas.
"apasal moody semacam ni?patut i yang moody..tapi sekarang dah terbalik" omelnya. Matanya masih tak lepas menatap aku comot. Segera aku capai tisu dan mengelap manik2 peluh di muka..anehnya rasa tidak selesa itu tidak berkurangan. Tanganku sedikit menggigil.
"u okay x ni?" tanyanya sedikit risau. Aku tidak mampu memberi sebarang jawapan.cuma dahiku sedikit berkerut menahan rasa pedih di perut.
"yaya..there's something wrong with u today. U senggugut ke?" soalan tanpa insurans dari mulutnya makin menambah geramku. Malu rasa bila pertanyaan sebegitu datang dari seorang lelaki!
" X la...i sakit..sakit perut. Macam nk gastrik"..perlahan tapi keras aku membalas
" bila last u makan?"
"pagi td. Breakfast."
" Yaya, its already lunch tp u blum makan lg..ni mcm dh masuk angin. U need something right now." Dia pantas membuka beg sandang dan menghulurkan sebuku roti.
" i x lalu nk makan"..
" u have to. Makan sikit..ke u nk i suapkan..i ok je.." gertaknya.
"Haish..suka sangat nak suap2 anak org...dh biasa la tu" omelku geram. Aku gagahkan diri untuk mengalas perut dgn sedikit roti yang diberi.
"tak pernah pun la.." dia senyum meleret. Namun pandangannya masih tepat ke arah aku. Riak wajahnya penuh risau.
Aku menelan roti dengan payah.entah kerana perutku yang tidak selesa atau pandangannya yang memerangkap aku, tidak aku tahu. Hanya separuh yang mampu aku habiskan.
"makan sikit lagi.."
Aku menggeleng..x mampu..kepalaku berdenyut denyut.. I wish i could lay on my bed right now!!
Share this novel