Aku mengekorinya dari belakang. Langkahnya tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu lambat. Kesempatan ini aku gunakan untuk meneliti dirinya.
Tinggi anggaran 175cm, berkulit cerah, penampilan sedikit ranggi. Umur mungkin lebih tua 3 atau 4 tahun dariku. Sungguh dia punya pakej lengkap jejaka idaman wanita. Aku juga perasan beberapa gadis berpaling bila berselisih dengannya.
Tiba-tiba dia menyaingi langkahku. Aku pelik.
"Stay by my side." Perlahan suaranya tapi masih mampu aku dengar.
" why?"
"some girls looking at me and so scary.  Having u by my side could shows that i'm taken" selamba dia menjawab.
Aku pantas gelak kecil. Rupanya dia perasan dengan pandangan-pandangan orang yang memerhati kami. Aku fikir dia seronok menjadi bahan tatapan rupanya dia merasakan itu semua menakutkan.
"owh..so dengan i u tak rasa scary?"
" Nope." Dia mematikan langkah dan menatap aku tajam.
"Because u are the only girl yang x interested dengan i. Tapi u think that i'm annoying"
"soo true!!" balas aku sambil angkat kening tanda setuju dengan pendapatnya.
Dia senyum senang. Lesung pipitnya terserlah. Oh, satu tarikan yang ada padanya yang membuatkan aku rasa dia kurang mengjengkelkan.
Langkah kami berakhir di sebuah pintu kaca yang agak tersorok. Dia membuka pintu dan memberi laluan padaku. Aku was was. Keadaan yang agak terpencil dan jauh dari laluan utama membuatkan aku berfikir yang aneh-aneh.
"kita ni still dlm shopping mall. Gila la kalo i nk buat benda tak baik kat u dlm ni". Ujarnya memahami keraguanku.
Aku menghela nafas. Cuba menghitung kewajaran dan kemungkinan. Betul juga katanya.kami masih lagi dalam shopping mall ini. Mustahil dia mahu melakukan sesuatu yang tidak baik padaku di sini.
Dengan yakin aku meneruskan langkah melepasi pintu kaca. Nah, di hadapanku terlihat sevuah taman mini yang tenang dan nyaman. Terdapat kolam ikan mini yang mengalir air jernih ibarat air terjun. Pokok bunga mekar menghiasi sekitar.
Keadaan di sana sunyi. Cuma terdapat beberapa orang yang turut menikmati ketenangan ini. Aku menutup mata dan menyedut udara segar dalam dalam. Rasa lma sungguh aku tidak berada setenang ini.
"tak sangka ada mini garden dlm shopping mall ni. How do u know about this place?" soalku.
"well, i jumpa secara tak sengaja 2 tahun lepas masa i attend meeting area sini. Then this spot become my favorite place. "
Dia membawa aku ke sebuah buaian gantung disitu. Sungguh aku kagum dengan dekorasi taman mini ini. Tempat yang ekslusif untuk orang yang ingin berehat dan mencari ketenangan.
"So..may we start again? Sorry for making our 1st meeting annoying. Macam i cakap sblm ni i tak reti nak bercakap dgn girls sebab they are so complicated."
Dari aku sedang bertenang, menyirap kepala bila mendengar kritikannnya.
"men is complicated too. Orang tak nk berbual tapi still paksa-paksa.." gumamku.
"i heard that" ujarnya.
"memang pun nk bg u dengar..konon nk say sorry tapi nk kritik krutuk x abes la"
Dia senyum senang melihat aku yang memandang jauh ke kolam ikan.
"ok..sorry again..can we start like a fresh? Can i call you Yaya?" pintanya.
" Ya, u can call me that. How about u?"
" U rasa nma i apa?" soalan dijawab dengn soalan memang sungguh mengundang...
Aku senyum sinis.
"K3!"
Share this novel