Birthday

Romance Series 29543

Aku membuka mata perlahan. Terasa silau.waktu masih lagi awal namun rasa mengantuk sudah hilang. Aku bangkit dari katil dan merenung ke luar jendela. Melihat salji turun bak putik kapas memenuhi jalan dan bumbung kediaman.

Pemanas di rumah masih terpasang membuat aku sedikit nyaman. Aku menyarung kardigan dan keluar dari kamar bilikku.

"Surprise!! Happy birthday Yaya!!" satu jeritan kedengaran mengejutkan aku.

Kelihatan Kak Maria di hadapan pintu bilikku dengan sepotong kek coklat dihiasi sebatang lilin yang terpasang.

"Kak? Birthday Yaya ke?"

"Mestila..cepat tiup nanti cair"

Fuhhh. Dengan satu tiupan selamat lilin itu terpadam.

"ok..make a wish"

"Yaya x de wish kak"

"X de?betul ni? Akak wish on behalf Yaya boleh"

"Kalau boleh dipersilakanlah"

Dengan menadah tangan Kak Maria berdoa.

"Ya Allah, di hari yang bahagia ini kau murahkanlah rezeki adik comelku ini. Limpahkan lah kebahagiaan padanya. Temukanlah dia dengan orang yang dia sayangi. Amin.. Amin.."

Aku senyum. Terima kasih kak kerana sudi menyambut hari jadi Yaya. Sesuatu yang tak pernah dilakukan sebelum ini.

************************************

Kuala Lumpur

Kereta Lamborghini Sian muncul di perkarangan menara. Dari perut kereta muncul seorang jejaka tinggi lampai. Kacak dan bergaya namun wajah serius tiada segaris senyuman. Kaca mata hitam tidak dilepaskan. Kunci diserahkan kepada pengawal bertugas.

Dia disambut seorang wanita anggun, rambut panjang ikal mayang mencecah pinggang.

"any updates?"

"You only have 2 meetings today Tengku. 11am with Mr Cheng and 3pm with Miss Liyana."

Langkah yang tadi rancak terhenti. Matanya cerlung tajam memandang pembantunya di sisi.

"Havent i told u im not dealing with ladies?"

"i already inform them but they insist this lady as their representative."

"Told them to follow my rule. Otherwise, considered as cancelled."

Ringkas balasannya. Langkah kaki diteruskan laju masuk ke dalam lif VIP menuju ke tingkat 46.

Tengku Zhariff Ashraff kini bukan lagi anak muda yang diperlekehkan lawan. Kini dia sudah berjaya membina namanya di dalam industri. Dalam tempoh setahun dia telah membuka satu cawangan baru di utara bagi memantau projek bermula sekitar Perak hingga Langkawi.

Namanya gah di sebut sebut. Seringkali menjadi gambar muka depan majalah korporat. Dengan pakej kacak bergaya, punya harta dan pangkat memang dia kini disebut sebut sebagai most wanted bachelor.

Namun hakikatnya dia berubah menjadi seorang yang kuat bekerja. Tiada peluang untuk bersuka ria. Apa yang dibincangkan semua tentang kerja. Sejak setahun lalu dia membuat syarat baru. Tiada seorang wanita dibenarkan masuk ke tingkat pejabatnya kecuali Rasya.

Dia tiba di pejabatnya. Dekorasi serba hitam. Terus menuju ke meja pejabat dan memulakan tugasan. Suasana sepi. Tidak seperti setahun lalu.

Rasya menghela nafas. Memerhatikan bossnya yang sudah banyak berubah. Tiada lagi Tengku yang sesekali berbicara santai dengannya. Tiada lagi jenaka ringan darinya. Sepi.

Kehadiran seseorang menyedarkannya.

"Eh, u ada appointment ke dengan boss i?"

" Tak. Saja singgah. Kerut seribu mamat tu. Apahal?"

"Projek di Rawang tu. Appointment pukul 3 ni. Tapi....."

"Tapi? Dia busy?"

"wakil syarikat tu perempuan. Terus dia naik angin. Dia kata tukar or cancel. I peningla..takkan nak batal semata mata sebab gender."

"Tak pe..yang tu biar i handle. Tak payah cancel."

"Serious?? Ni yang buat i sayang u banyak sangat ni"

"Apa guna fiancè kalau x boleh tolong kan. Ok i nak masuk kandang rimau jap. Wish me luck!!

Rasya senyum senang sambil melihat tunangnya melangkah masuk ke pejabat Tengku Zhariff Ashraff.

Pintu besar diketuk. Ashraff kerling seimbas. Seingatnya dia tiada sebarang temujanji dengan sesiapa sehingga pukul 11 nanti. Belum sempat dia bersuara pintu telah terkuak. Wajah yang amat di kenali terjengul di balik pintu.

" Amboi..Seriusnya keje."

"Dean..kau tak de buat appointment kan. So sila berambus."

"Ada.. Aku buat appointment dengan kau. Kau yang kata ok."

"Bila masa pulak?"

"Malam tadi. Dalam mimpi!"

Saat itu sebatang pen di baling hampir mengenai lelaki itu.

"Woi..kang kena aku kang tak naya?"

"kau tu pagi pagi dah datang melepak kat sini. Tak de kerja ke?"

" aku free sikit hari ni. Dengar kata kau nk cancel projek kat Rawang tu ke?"

"if they not following my rule, thats the price that they have to pay"

"Cool bro.. Aku tau kau allergic tapi jangan campur adukkan kerjaya dan peribadi. Macam ni la..biar aku attend on behalf u. Aku tau apa yang kau nk. Final decision still in your hands. Kau nama tengah wangi. X best la sebab benda macam ni rosakkan imej kau"

Ashraff diam. Ada benarnya kata sahabatnya itu. Dia tak seharusnya mencampur adukkan kedua duanya. Dia harus lebih professional.

"kau handle la. Buat masa ni aku tak boleh.  Emosi tak stabil nanti. Lagipun petang ni aku ada benda nak buat sikit"

"Baik bro. Apa apa nanti aku update kau."

8 malam.

Pintu besar dibuka. Muncul Rasya dengan sebuah bungkusan di tangan.

"Tengku your order is here."

" Thanks Rasya. Please put on the table there. U may leave today. I want to be alone."

Rasya angguk. Memahami. Dia kembali ke meja. Menyelesaikan sedikit kerja yang tinggal. Mungkin dalam 10 minit lagi dia boleh mula mengemas dan bersiap untuk pulang.

Tiba tiba lampu bilik Tengku Zharif Ashraff terpadam. Hanya nampak lampu meja menerangi ruangan dan terlihat malap sekali.

Saat itu Dean dan Que muncul. Rasya segera bangun dan menghentikan mereka berdua.

"why dear?"

"Dont disturb. He wants to be alone."

Kedua dua saling memandang. Aneh.

" today is her birthday."

Di balik pintu besar itu sebiji kek coklat tersedia di atas meja dengan sebatang lilin menyala di atasnya. Ashraff duduk bersilang kaki. Tangan mengenggam erat sepucuk surat yang setia menemaninya sejak lebih setahun lalu.

"Happy birthday sayang, my sunshine" bisiknya perlahan.

Tanpa dia sedar semua itu diperhatikan oleh kedua dua sahabatnya.

"nak kena tolong budak ni. Aku ingat dia dah move on"

Keduanya saling berpandangan. Banyak kerja yang harus dilakukan untuk memperbetulkan keadaan.

marathon update this week. enjoy ur reading!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience