Dimples

Romance Series 29543

Lenganku di paut erat oleh Puan Sri Natalia, ibu Tengku Zhariff Ashraff. Seawal kehadiran ibunya langsung tidak membenarkan anaknya mendekatiku. Tak elok usung anak dara orang ke hulu hilir katanya. Kini dia hanya mampu melangkah perlahan memerhati kami sambil muka penuh riak tidak puas hati terhadap ibunya.

Aku cuma ketawa. Memberi pandangan penuh kasihan padanya. Ya, dia sendiri berjanji akan menyertai makan malam itu jika penemannya adalah aku. Namun kini ibunya sendiri mungkir janji. Tidak membenarkan aku jauh walau sedikit darinya.

Rata-rata pengunjung yang menyapa kami hairan dengan kehadiran aku. Ibunya hanya mengenalkan aku sebagai bakal menantu. Kecoh seketika bakal menantu Puan Sri Natalia dan Tan Sri Iskandar hadir buat julung julung kalinya.

Aku sedikit risau dengan berita ini. Risau andai gosip ini sampai ke pengetahuan keluargaku. Apatah lagi pada saat aku belum membawa dia menemui keluargaku secara rasmi.

Entah tiba tiba aku terlepas dari pautan tangan ibunya. Saat itu juga terasa lenganku di paut seseorang. Dia senyum lebar menatap aku.

"susahnya nk kidnap u malam ni"

"Sorry, i bukan tak nak teman u tapi.."

" I tahu.. And now its my turn.  Susahnya bila kna compete dengan mak sendiri.. Kalau lelaki lain memang dah lama selamat wassalam" rungutnya. Aku cuma ketawa mendengar rungutannya ibarat anak kecil yang marah bila mainannya di rampas orang.

Dia menarik aku ke satu sisi dan berbisik perlahan kepada bapanya yang sedari tadi keseorangan.

"Pa, i'll take my girl out from here. Please take care or your beloved wife ya" Tan Sri Iskandar ketawa sambil menepuk bahu anaknya.  Ash meletakkan genggaman tangan di pinggangnya dan dengan isyarat mata meminta aku memaut lengannya.

"Shall we?" . Aku senyum manis. Memaut lengannya lembut. Lets have another beautiful date.

"Ash, jaga anak orang ni elok2. Jangan hantar dia balik lmbat sangat." pesan ayahnya. Dia angguk faham dan membawa aku keluar dari perkarangan dewan hotel dengan segera. Khuatir jika ibunya melihat kelibat kami.

Sepanjang perjalanan aku tahu dia kerap curi curi memandangku. Senyum tak pernah lekang dari bibir.

"Jangan la pandang i macam tu"

"Eh,u perasan ke?" dia tampak sedikit terkejut.

"Mestila. Fokus driving ni dulu. Karang ke laut dalam perginya." aku mengingatkannya. Dia ketawa. Aku menatapnya lama. Dia tampak segak sekali malam ini. Dengan sut hitam, rambut di gel style korea, dan paling penting lesung pipitnya itu tatkala dia tersenyum. Hanya senyum untuk aku.

"Aih.. U pulak tenung i. Tak fokus dah i nk drive tau. Kenapa? Hensem sangat ke i malam ni?" usiknya.

"Charming as always. But tonight is the best. " pujiku jujur. Dia harus tahu aku mengaguminya.

Dia angkat kening sambil senyum tak lekang di bibir. Tak menyangka jawapan ikhlas ku malam ini. Aku jarang sekali memujinya begitu.

"And u are the most beautiful lady i've ever seen. And im proud that u are my girl. Ini baru dinner dress. Kalau u in wedding dress x tau la i nk cakap macam mana. Melompat jantung i ni agaknya."

Kami sama sama ketawa. Momen indah ini aku harap akan terus kekal sampai bila bila.

"u.. I nk confess something."

Diam terdiam tiba tiba. Riak wajahnya berubah. Risau dengan apa yang akan aku sampaikan sebentar lagi.

"Bad or good?i need to prepare myself first"

"about u, theres never be a bad thing"

"Lega hati i. U nak confess apa? U love me to the moon and back?" dia mengusik.

"Tengok tu.. Usik i lagi..tak de mood la nk confess macam tu." aku pura pura merajuk.

"ala..baru gurau sikit muncung panjang sangat da.. Sorry2.. Tak usik da. Ok nk confess apa?"

Aku berpusing menatapnya yang sedang tenang memandu dengan sebelah tangan di stereng dan sebelah tangan lagi menongkat dagu.

"Ada sesuatu yang ada pada u yang buatkan i tertarik untuk kenal u. I rasa kalau bukan sebab itu kita tak akan semudah ini untuk kenal."

Dia berkerut dahi tapi masih senyum.

"Something?apa tu?" dia tertanya tanya

"I'm in love with ur dimples from the first time i met u."

"Are u serious? Is this the most attracting part in me?"

Aku angguk manja. Melihat reaksinya yang senyum lebar menyerlahkan lagi lesung pipitnya itu.

"wait..tiba2 i teringat sesuatu. Oh..this is what happend that time. Now i understand." Dia terangguk angguk.

"apa dia?" giliran aku pula tertanya tanya.

"i still remember our 1st met. Sebab tu la 1st time i tengok u jerit dekat i. Sebab geram i sarkastik sangat. And tiba2 reaksi u dari marah jadi terpaku. U pandang i lama tak berkelip. I jadi pelik mulanya. Takut u kena sampuk hantu ke. Rupanya sebab dimples i ye?"

Aku angguk. Menceritakan yang sebenarnya rasa hatiku saat itu.

"U tau tak dimples ni sebenarnya salah satu kecacatan yang ada pada manusia. Tapi cacat yang cantik. Yang ramai orang nak."

"and u are the lucky one to have that" pujiku

"masa dulu i memang x suka senyum sangat sebab i x suka kenapa i ada dimples ni. Pada i lelaki ada dimples ni tak macho. Sebab tu i lebih dengan imej serius. Konon2 garang la.. But now im grateful to have this as we are getting close because of  it. Syukur Ya Allah. Benda yang kita tak suka tu sebenarnya yang terbaik untuk kita."

" u should be grateful to have that. Girls love that."

"Now i'm grateful. I akan selalu senyum untuk u. I tak perlu other girls. Yang depan i ni pun susah nk tackle. Nk dapat no fon pun kna guna taktik lain.

Sayang, im ready to meet ur parents. Whatever happend ill never let u go. Sebab i percaya jika kita ikhlas akan ada jalan dipermudahkan. U have to trust me."

Aku memandangnya dalam. Telah kami bincangkan perkara ini sebelumnya. Aku akui, menangguhkan tidak akan membantu apa apa.

Perlahan telefon bimbit ku capai. Mencari nombor yang sangat asing padaku.

Talian disambungkan. Selepas 5 deringan talian bersambung.

"Yes?"

"its me Yaya. Can i meet u this saturday.  Both of u. There is someone that i need to introduce to you."

"......." sepi.

"i'll take it as yes. Assalamualaikum." talian diputuskan.

Kami saling berpandangan. Berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience