BAB 15

Romance Completed 254393

"Ta daa...cantik dah," kata Mak Andam yang ditempah khas untuk menyolek wajah Hana. Hana melihat dirinya di cermin. Hana hanya tersenyum tawar. Tak manis langsung. Dah nama pun tawar, memanglah tak manis kan?

Gaun pengantin yang tersarung di tubuhnya ditilik. Awatlah dia yang harus jadi mangsa si mamat kepo tu? Selendang yang terlilit di kepalanya diperbetulkan sedikit.

Cepat dua minggu berlalu. Tuk, tuk hari ni dia dah nak dinikahkan dengan Tunku Akram Haris bin Tunku Amran. Huhuhu...sedihnya. Dalam beberapa jam lagi dia akan menjadi milik orang. Tak dapatlah nak manja dengan ibu, abah dan abang lagi nanti.

Kini dia teringat kata-kata Kak Dibah masa dekat Viantiane dulu. "kamu jangan Hana. Kang dia jadi suami kamu,hah tak dak punya uwekk kamu tu."

Tulah Hana sapa suquh hang uwekk dekat Akram masa di Viantiane dulu? Kan dah kena kahwin betul-betul dengan Akram betul-betul. Kata suara hati Hana.

Masa pergi jumpa umi dan walid Akram dulu...jelas sekali yang umi dan walid Akram suka kepada dirinya. Siap puji-puji lagi. Adik-adik Akram juga baik dengannya. Malah masa dekat rumah mewah umi dan walid Akram, adik-adik Akram siap ajak dia main dengan Xbox Connect lagi. Tapi dia tolak. Malulah...takkan nak pi serbu kot?

Tak sangka umi dan walid Akram tu baik orangnya. Disangkanya selama ini orang kaya semuanya sombong. Rupa-rupanya ada yang tak sombong. pandai umi dan walid Akram mengajar anak-anaknya.

Majlis dia hari ni diadakan di dewan. Selepas akad nikah di masjid sebentar lagi, mereka terus ke dewan menempatkan tempat makan pihak perempuan. Kenapa buat dekat kawan dan tak buat dekat kampung? Bukan malu sebab dia ni asal dari Kedah or whatever tapi kesian kepada keluarga pihakpengantin lelaki. Boleh ka sanak saudara, kaum kerabat depa duduk dalam keadaan panas? Kalau boleh baguih lah. Sebab tu lah pihak keluarga cek tak buat dekat kampung.

Kalau setakat nak qedah pi rumah tu boleh. Kot ada yang gatai pi diri tepi bendang, ada jugak kasut tumit tinggi terpelecok masuk dalam selut. Hahaha! Astaghfirullahalazim! Tak baik kutuk, Hana!

"Hana..." hana menoleh. Zizie sedang tersenyum ke arahnya.

"Nanti tak leh lah aku nak manja-manja dengan hang lagi..." suara Zizie sedih.

"Alah...hang tau kan perkahwinan aku atas dasar pa? Aku just tolong dia. Kalau aku tak setuju, aku rasa sampai hari ni dia datang merengek lagi dekat aku."

Dengan Zizie dia tak pernah rahsia apa-apa. Kalau ada masalah, dia pasti akan cerita dekat Zizie.

"Aku tahu. Tapi seronok aku tngok hang dengan Akram. Sama padanlah.. bak kata orang Indonesia... cocok banget..." Zizie dah start nak mengusik. Hana mengangkat penumbuk kepada Zizie.

"Eh, terlupa pulak aku. Jom turun. Kita dah nak berangkat. Pengantin lelaki dah sampai dekat masjid."

Tulah! Ralit sangat bersembang. Kan dah lupa!

RASA berdebar pulak apabila kakinya menuju ke dalam masjid. Semua mata memandang ke arahnya. Yang jurugambar sibuk mengambil gambarnya. Dah tu semua mata memandang ke arahnya, lagi bertambah kencang hatinya.

Akram menoleh ke belakang apabila jurugambar mula mengambil gambar. terpegun seketika melihat Hana. Nampak lain. Hai Akram...dah jatuh cinta ke?

Entahlah nak cakap apa...

Hana duduk bersimpuh di atas kusyen yang disediakan untuknya dan juga Akram. Zizie duduk di sebelah Hana begitu juga Hajah Aisyah. Daus dan isterinya, Farzana juga turut hadir ke majlis akad nikahnya.

Selepas bertanyakan sesuatu dekat Hana dan Hana mengangguk, Haji Zainudin kembali ke tempatnya.

"Tunku Akram Haris bin Tunku Amran..."

"Saya..." jawab Akram.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Hana Adriana binti Zainudin dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Hana Adriana binti Zainudin dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz, Hana sudah sah menjadi milik Tunku Akram Haris. Menitis air matanya. Bukan air mata gembira tapi sedih, sayu dan semuanyalah. Hana memeluk Hajah Aisyah yang berada di sebelahnya. Nanti tak boleh sangat dah nak bermanja dengan ibu. Zizie yang berada di sebelahnya jugak turut dipeluk.

Akram menuju ke arah Hana dan duduk berhadapan dengan Hana. Rasa bersalah pulak bila ternampak air mata Hana yang mengalir. Lalu Akram menyeka air mata itu perlahan. akram mencapai tangan Hana lalu menyarung cincin di jari manis Hana.

Hana tunduk mencium tangan Akram. Rasa getarlah pulak. Akram mencium dahi Hana sebagai balasan.

Perlahan-lahan Hana mendekati abahnya lalu mencium tangan abahnya. Dengan perasaan hiba, Hana terus memeluk abahnya. Air matanya mengalir lagi deras.

"Dah, dah...toksah qeyau(menangis) lagi. Rosak dah makeup tu. tak comel dah anak abah ni," Haji Zainudin mencuit hidung anaknya. Rasa sedih nak lepaskan Hana. Kini tanggungjawabnya sudah beralih kepada si suami.

Tergelak Hana mendengar kata-kata abahnya. Akram menghampiri abah Hana lalu menyalami abah Hana atau pak mentua.

"Jaga anak abah elok-elok tau! Kalau bergadoh ka apa ka selesaikan dengan caqa(cara) yang elok. La ni tanggungjawab abah terhadap Hana dah selesai. Semuanya dah beralih dekat hang. Jadi hang ja lah yang abah harapkan la ni," pinta Haji Zainudin.

Akram hanya tersenyum hambar. Kalaulah abah tahu yang perkahwinan ni hanya satu paksaan dari dia macam mana? "insya-Allah abah. Akram akan jaga Hana elok-elok."

Mereka semua segera bertolak ke dewan tempat makan bagi majlis pihak pengantin perempuan. Hana dan Akram naik kereta berasingan. Akram naik kereta mercedes manakala Hana naik kereta Toyota Wish milik abangnya.

Sampai sahaja di dewan, Hana menuju ke arah Akram yang sedang menunggunya di depan pintu masuk dewan bersama-sama rombongan pihak pengantin perempuan dan rombongan pihak pengantin lelaki. Hana berdiri di sebelah Akram. Dia jadi tak selesa apabila kena berdiri rapat-rapat dengan Akram. Maklumlah jurugambar sibuk nak ambil gambar. Senyuman ikhlas mula-mula. Lepas tu senyuman plastik jelah. Bosan...

Ketika hendak masuk ke dalam dewan makan, Akram memegang erat tangannya. Hana menoleh ke arah Akram.

"Berlakonlah sikit..." Akram berbisik di telinga Hana. Hana hanya tayang wajah whatevernya.

Masuk sahaja ke dalam dewan, tangan Hana menjadi sejuk dan jantungnya berdegup laju dan kencang. Mana taknya, semua mata dok tengok ke arahnya. Yang dia mampu buat hanya senyum dan terus senyum.

Sampai di meja makan, Hana dan Akram diikuti oleh ibu dan abah Hana dengan umi dan walid Akram. Masa makan, Hana jadi macam sotong. Lemah lembut semacam. Maklumlah dalam hati dok gelabah semacam. Satgi kalau ikut sangat rasa gelabah tu, ada jugak garfu terbang.

"Akram...suaplah isteri kamu tu..." bisik Ku Masyitah yang duduk bersebelahan dengan Akram.

"Perlu ke?" soalan bodoh keluar dari mulut Akram.

"Yalah...baru nampak sweet..."

Akram menelan air liur. Part ni yang di tak nak. Kang tak pasal Hana tikam aku dengan garfu seribu kali. Dia bukan suka sangat macam ni.

"psstt..." Hana menoleh. Hana menjongketkan keningnya.

"Umi suruh aku suapkan kau..."

"Perlu ke?"

"Kalau tak perlu, aku tak cakaplah dekat kau."

Hana mencebik. Kepo sungguh! Tapi perlu ka buat aksi romantik depan tetamu ni? Malulah...

"Kiranya, aku pun kena suap kaulah...?" bisik Hana. Akram mengangguk.

Ini yang aku tak syok ni! Haish! ganggu ketenteraman akulah!

Akram menyuakan sudu dekat bibir Hana. Mahu tak mahu terpaksa juga Hana membuka mulutnya. Jurugambar apa lagi. Bukan main seronok ambil gambar yang romantik ni. Giliran Hana pula menyuap Akram. Nasib baik tangan ni dia tak 'longgar' sangat. Kalau tak, confirm sudu jatuh.

Upacara diakhiri dengan sesi penggambaran. Penat Hana dibuatnya. Dari senyuman ikhlas jadi senyuman plastik. Tak larat dah nak senyum. Lepas sesi penggambaran, kena tunggu. Salam tetamu bagai. Hana tersenyum apabila Daus dan Farzana menghampiri mereka. Hana bersalaman dengan Farzana.

Daus menghampiri Hana lalu berkata, "kau kena explain dekat aku segala-galanya nanti."

Hana hanya mampu tersenyum lantas mengangguk.

"Kau penat tak?" tanya Akram tiba-tiba.

"Gila tak penat. Nak tercabut habis kepala lutut ni tau tak?" balas Hana. Akram ketawa mendengar kata-kata Hana. Macam-macam minah trafik ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience