BAB 14

Romance Completed 254393

Mana mamat ni? Hish! Kata pukul sepuluh tapi sekarang ni dah pukul sebelas pagi. Dah sejam aku tunggu tang ni. Mamat ni sengaja suruh aku tunggu awal-awal. Entah nak dera aku pa. Aku blah jalah. Kalau dia datang aku tak dak, nasiblah. Sapa suquh datang lewat sangat!

Baru nak langkah pergi, Akram sudah tercegat di sisinya. Fuh! Nasib baik tak berlaga.

"Lama tunggu?" tanya Akram. Sejak dia sampai tadi, dia tengok minah trafik ni duduk tak senang. Macam cacing kepanasan. Kejap-kejap garu kepala.

"Apsal lambat sangat? Dah sejam aku tunggu dekat sini!" luah Hana. Macam nak cekik-cekik ja mamat depan dia ni.

"Sorry...aku bangun lewat tadi."

Bangun lewat? Alasan tak logik!

"So, what's the answer?" tanya Akram sambil merenung ke arah Hana. Please don't say that you don't want to marry with me. Rayu Akram dalam hati.

Hana merenung Akram dengan pandangan tajam. Memang mamat kepo ni blur lagi. Takkan dia tak boleh nak agak jawapan aku yang aku tak nak?

"My answer is no."

Hampa Akram dibuatnya apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Hana.

"Serius?" Hana mengangguk.

Sekarang masanya untuk aku beraksi. Akram menarik lengan Hana membuatkan Hana mengikut rentak Akram.

"Let me go! Kau nak bawa aku pergi mana ni?!" Hana sudah mula cuak.

Takut pulak dia bila Akram buat bodoh je dengan pertanyaan dia. Aduh, aku nak buat apa ni? Perlu ka aku setuju ja untuk kahwin dengan dia?

"Akram!" Akram masih buat bodoh.

Sampai di hadapan kereta Akram, Akram membuka pintu kereta lalu memasukkan Hana ke dalam kereta. Kemudian, Akram memandu keretanya ke suatu tempat.

"Akram! Kau nak bawa aku ke mana ni?"

Geram pulak Hana bila Akram hanya buat bodoj je dengan pertanyaan dia. Ya Allah! Dia nak bawak aku ke mana ni? Macam mana kalau dia wak lari aku sampai ke Siam? Oh no! Aku tak nak!! Mamat ni memang dah hilang akal!

"Tunku Akram Haris a.k.a. mamat kepo! Please stop! Ok, aku setuju untuk kahwin dengan kau!"

Akram terus menarik senyum. Yes! Rancangan berjaya. Dia memberi signal lalu berhenti di bahu jalan. Dia menoleh ke belakang. Kesian pulak dia tengok wajah Hana yang cuak. Macam takut pun ada.

"Betul??" entah kenapa ada rasa lega apabila mendengar pengakuan Hana.

"Tapi sebelum tu kenapa aku kena kahwin dengan kau? Reasonnya?" tanya Hana ingin tahu. Takkan dah tak ada perempuan dalam dunia ni? Dalam banyak-banyak perempuan, dia jugak yang mamat kepo ni pilih.

"Senang je reasonnya. Aku nak lari jauh-jauh dari minah jijik."

Hana mengerutkan dahinya. Siapa pulak minah jijik tu?

"Sapa?"

"Sheila...she's my ex-girlfriend. Aku rasa kau nampak kan perempuan yang aku tengking dekat Taman Metropolitan hari tu?" Akram menjongketkan keningnya.

"Ooo...dia tu ka? Tapi...takkan sebab tu ja aku kena kahwin dengan kau?"h

"Yepp...kalau tak, dia akan ganggu aku lagi.

Perlu ka? Macam tak logik ja? Tapi menolong tu bukan dapat pahala ka? kata sang otak.

Yalah...kalau setakat berlakon jadi girlfriend tak apalah jugak! Tapi ni kena kahwin Hana! Kahwin!! Kahwin bukan perkara yang main-main Hana! sanggah sang hati.

"So, macam mana?" tanya Akram bila Hana hanya diam membisu.

"Tapi perlu ka sampai kahwin? Aku tak nak kahwin dengan kau!" bangkang Hana.

"Tadi kau cakap kau nak kahwin dengan aku kan?" pening pulak kepala Akram mendengar kata-kata Hana. Yang mana betul? Nak ke tak?

"Itupun sebab aku nak kau berhenti daripada bawak aku ke lain. Kang kau bawa lari ke Siam kan susah!" kata Hana.

"Kau nak ke?" soal Akram sambil tersenyum nakal.

Isy...dia nilah. Suka fikir kot lain. Otak tu tak leh ke nak bersih sikit? Baru ja dua hari lepas birthday aku tapi ada surprise. Surprise kawin pulak tu.

"Fikir bukan-bukanlah dia ni! Pleaselah, kalau nak act pun, tak payahlah sampai kahwin. Just act like I'm your girlfriend. That's it. Kan senang. Aku tak nak kahwin dengan kau!" Hana membuat cadangan.

"Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau minah trafik?" sinis pulak Akram berkata.

"Dia yang merayu supaya orang kahwin dengan dia, lepas tu dia kata tak teringin pulak!" sakit pula hati Hana mendengar kata-kata Akram.

"Itupun sebab aku terpaksa..."

Sakit benar hati Hana mendengar kata-kata Akram. Mamat ni kalau aku cepuk ke baling dengan batu ke atau langgar dia dengan kereta boleh tak? Geram betul aku dengan mamat kepo plus kopi super berlagak ni! Tak...aku tak na kahwin dengan mamat kepo tu. Never and ever. Kalau aku kahwin dengan mamat kepo ni, mesti hidup aku tak sebahagia dulu. Daripada aku sakit hati terpacak dekat sini, baik aku keluar dari kereta dia ni. Lepas tu, blah.

Hana keluar dari kereta AUDI TT milik Akram. Berjalan di bahu jalan sambil tengok ke arah jalan. Manalah tahu ada teksi. Boleh dia tahan. Tak betah dia nak duduk lama-lama dengan Akram. Kalau aku blah dan jauh daripada mamat tu, aman sikit hidup aku ni.

Akram keluar dari kereta lalu mengejar Hana yang sudah jalan jauh meninggalnya.

"Hana...kejap," Akram memegang lengan Hana.

Isy mamat kepo ni! Kalau tak pegang tangan orang tak leh ka? Hana merentap tangannya dari pegangan Akram.

"Ok Hana. Listen to me. Please tolong aku. Ya aku tahu kita memang saling tak suka. Tapi, please tolong aku. Aku nak jauh dari minah jijik tu," Akram mula merayu di hadapan Hana.

Adoyai...mamat kepo ni merayulah pulak. Ni yang aku lemah ni. Hana jangan tunduk kepada lelaki ni. Jangan bagi dia pijak kepala kau dengan kaki dia yang diseliputi lumpur tu.

Ampun! Dia buat muka kesianlah pulak! Macam mana ni aku nak buat? Dia ni dahlah anak orang kaya. Ayah dia ada syarikat penerbangan sendiri dan kau kerja di syarikat penerbangan bapak dia sebagai pramugari kot! Kau tak setaraf dengan dia Hana. Kau ni orang kampung dari Kedah ja. Ada ke nanti orang kaya daripada keluarga Akram ni nak menapak ke rumah kau?

"Hana...please..."

Huhuhu...dia merayu lagi. Aku dah lemah ni. Tak leh dengar orang merayu sikit, nanti aku cepat tersentuh. Macam mana ni? Ya Allah...tolonglah aku.

"Mamat kepo a.k.a. Akram...kahwin ni bukan perkara main-main tau macam mana masa main kahwin kecik-kecik dulu. Kau kena faham tu," Hana masih membangkang. Akram masih tayang muka lima puluh sen dia yang tak laku tu.

"Kalau aku kahwin dengan kau, ok maybe kau dah boleh jauh dari Sheila. Lepas tu kita bercerai. Aku tak nak. Aku tak nak jadi janda di usia muda aku ni. Kau faham kan? Lainlah lelaki...kalau jadi duda 'saham' makin naik," kutuk Hana versi merayu.

"I will make sure that word divorce not happen into our life."

Hana masih tak percaya dengan kata-kat Akram. Macam mana kalau penceraian tu berlaku jugak dalam hidup dia nanti? Mamat kepo ni nak ke seumur hidup dia hanya bersama aku? Apa akan terjadi bila mamat kepo tu tahu diri aku sebenarnya? fikir Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience