BAB 45

Romance Completed 254393

Selepas sembahyang Jumaat, Zeck segera menuju ke keretanya. Kini, dia adalah Zeck Hanif yang baru. Zeck Hanif yang dulu dah tak ada. Alhamdulillah, dia dah dapat petunjuk daripada Allah untuk menuju ke jalan benar. Cuma sekarang ini yang dia ragu ialah apa Allah akan maafkan dia kerana selama ni dia hanya melakukan dosa sahaja. Solat dia tak pernah buat. Masa dia kecil dulu je dia buat.

Sejak belajar di luar negara, dia banyak tersasar dari landasan Islam. Di sana dia banyak bergaul dengan rakan yang bukan seagama dengannya. Setiap malam dia pergi clubbing dengan rakan-rakan yang bukan Islam. Setiap malam juga dia dengan perempuan.

Ketika itu, dia rasa dirinya sangat jahil ketika itu. Apa yang merasuk fikirannya untuk buat perkara sebegitu. Perkara yang dilarang dalam Islam. Berzina, minum arak sampai mabuk...huh...jahilnya aku!

Zeck meraupkan mukanya. Ya Allah Ya Tuhanku...aku bermohon agar kau memberi hidayah dan petunjuk kepada ku agar aku tidak tersasar dari landasan Islam dan kau ampunkanlah segala dosa-dosa ku...rintih Zeck dalam hati.

Keluarga dia pun turut bersyukur dengan perubahan dia ini. Tambah-tambah lagi mama dan papa. Cuma dia sekarang ini fikirkan Sheila. Dia banyak melakukan perbuatan maksiat dengan Sheila. Hari tu masa di Hard Rock Cafe, dia ternampak Sheila dengan perut yang sedikit besar. Mungkin Sheila tengah mengandungkan anaknya.

Aku boleh ja bertanggungjawab ke atas Sheila tapi, apa penerimaan mama dan papanya? Boleh ke mama dan papa terima Sheila? Yalah, Sheila kan terkenal dengan keseksiannya. Model lah katakan. Mama dan papa sensitif pasal aurat. Macam mana hah? Ya Allah! Serabutnya!

Adik dia tak pakai tudung pun, mama dah bising. Ini apatah lagi Sheila. Dengan baju tak cukup kain.

Ketika Zeck ingin masuk ke dalam kereta, dirinya disapa oleh seseorang. Dia menoleh. "Akram?"

Akram hanya memandangnya. Kenapa pulak dia pandang aku macam tu? Setahu aku, aku tak dak pun buat kes dengan dia. "Kenapa kau pandang aku macam tu?"

"Betul ke ni Zeck?" soal Akram.

"Yelah. Kenapa? Tak percaya?" soal Zeck sambil keningnya dijongketkan.

"Alhamdulillah...berubah jugak kau!" ujar Akram sambil bahu Zeck ditepuk.

"Alhamdulillah...ini pun berkat doa dari mama dan papa aku serta saudara-saudara aku yang lain jugak!" balas Zeck sambil tersenyum.

Pelik macam mana boleh kenal? Sebenarnya Zeck ni dulu kerja di syarikat penerbangan walid Akram jugak selepas habis study. Tapi, sebab si Zeck ni asyik datang lewat je, bukan on time, Zeck dibuang kerja.

Kalau cerita dekat walid ni, mesti walid happy. Fikir Akram.

"Memandangkan kau dah berubah, jomlah kerja on flight balik..." tawar Akram. Rindu dia nak sekapal dengan Zeck.

"Nak tu memang nak...tapi walid kau...still boleh terima aku ke?" Zeck ragu-ragu untuk kerja sebagai pilot balik.

"Pasal walid, don't worry...yang tu biar aku uruskan. Apa yang penting kau nak kerja atas flight balik dengan aku!" ujar Akram yakin.

"Aku ok je.." Zeck tersenyum. "Akram, aku nak mintak maaf kalau aku ada buat silap dekat kau. Satu lagi, tolong maafkan perbuatan Sheila selepas apa yang dia dah buat dekat kau dan Hana."

"Jangan risaulah. Kami dah maafkan."

ZECK masuk ke dalam rumah papa dan mamanya. Baru lepas pekena teh tarik. Sebenarnya, di restoran tadi mereka ada bincangkan sesuatu. Dia ingin tahu pasal Islam lebih mendalam lagi. Kali ini, bila ada ceramah agama dekat masjid, mesti dia pergi.

Selama ini ibadah sembahyang dan lain-lain tak pernah dia buat kecuali puasa. Puasa ja yang penuh. Pelik tak? Zeck duduk di sebelah papanya. Dia ingin bincang pasal pekerjaannya sekaligus pasal Sheila. Dia tekad untuk mengambil Sheila sebagai isterinya.

"Papa...can I discuss something with u for a few minutes or more than that?" pinta Zeck.

Dato' Razif memandang pelik ke arah anaknya. Macam serius je bunyinya. "Apa yang Zeck nak bincangkan dengan papa? Sounds seroius."

Zeck menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan. "Zeck nak kerja sebagai pilot balik, boleh tak papa?"

Dato' Razif memamndang anaknya dalam-dalam. Betul ke bohong ni? "Seriously?"

Zeck mengangguk.

"Boleh...tapi make sure jangan buat perangai lama balik dan jangan jadi macam dulu balik bila duduk di negara orang. Boleh?" Dato' Razif memberi amaran keras.

"Yes papa and one more thing that I want to dicuss with you..."

"About what? Are you want to marry?" serkap Dato' Razif memang mengena membuatkan Zeck menelan air liurnya berkali-kali.

Ya Allah...bantulah hambamu ini...

"Betul Zeck nak kahwin..." ayat Zeck terhenti di situ.

"Dengan siapa? Don't say disco girl!" awal-awal lagi Dato' Razif memberi amaran.

Memang betul pun papa...kata Zeck dalam hati. Tapi apapun aku harus terus terang jugak. Zeck menghembus nafas berat.

"You're right papa. She's a disco girl..." Zeck menunduk memandang lantai. Takut nak bertentang mata dengan papanya.

Mata Dato' Razif membulat. "Why you choose disco girl?! Zeck Hanif, jangan buat perangai lama balik. Punyalah ramai perempuan yang baik dekat dunia ni, budak disco jugak yang Zeck pilih!"

"Apa yang bising-bising ni abang?" Datin Maziah turun padang. Dia memandang suami dan anaknya berganti-ganti.

"Anak awak ni! Nak kahwin...tapi nak kahwin dengan budak kaki disko!" Dato' Razif masih dengan suara singanya.

"What?! Zeck? Are you out of your mind?! Nak kahwin dengan perempuan kaki disko? Apa yang ada dalam otak Zeck sebeanrnya?!" naik terkejut Datin Maziah mendengar kata-kata suaminya.

Zafira yang baru pulang dari koleh terkejut dengar suara mamanya yang mengaum sampai tak ingat dunia. Boleh runtuh rumah mewah ni dibuatnya. Ini mesti pasal abang Zeck lagi ni.

"Mama! Apa bising-bising ni? Boleh dengar sampai luar tau tak?" tutur Zafira. Dia meletakkan beg sandangnya di atas sofa lalu duduk di sebelah abangnya.

"Fira tanyalah dengan abang Fira ni sendiri apa yang dia nak! Ada pulak nak kahwin dengan perempuan kaki disko!" ton suara Datin Maziah makin meninggi.

"What? Abang? Are you seriously?" Zafira turut terkejut mendengar kata-kata mamanya. Mustahil abang akan buat balik perkara dulu.

"Please say something abang. Jangan cakap yang abang nak jadi macam dulu balik?" soal Zafira.

"Bukan sebab tulah! Abang nak kahwin dengan perempuan tu sebab perempuan tu dah mengandungkan anak abang!" usai berkata, Zeck terus masuk ke dalam biliknya.

Dato' Razif dan Datin Maziah terkedu mendengar kata-kata Zeck. Masing-masing terkedu kecuali Zafira. Zafira menuju ke bilik abangnya. Dia mengetuk pintu bilik Zeck. Tiada respon. Zafira masuk ke dalam bilik abngnya. Ketika itu, Zeck sedang berbaring di atas katil sambil merenung kipas yang berpusing.

"Abang..." perlahan Zafira memanggil abangnya.

"Sheila Aina mengandungkan anak abang Fira..." luah Zeck. Memang selama ini semua masalahnya diluahkan kepada Zafira.

Zafira mengambil tempat di sebelah abangnya. Membelai rambut abangnya. Dia tahu abangnya tengah serabut sekarang ni.

"Sheila Aina model terkenal tu ke?"

"Ya..." jawab Zeck lemah.

"No wonder you like her because she is sexy..."

"Itu perkara yang dah lepaslah Fira..."

"Jadi, abang nak bertanggungjawablah ni?" soal Zafira.

"Ya...kesian dekat bayi yang tak bersalah tu. Lahir tanpa bapak..."

Kesian dekat abang aku ni. Baru sahaja jadi baik, ada dugaan datang melanda yang si Sheila tu mengandungkan anak abang. Ya Allah...engkau permudahkanlah urusan abang aku ni. Amin.

"Fira percayakan abang kan yang abang tak akan kembali ke zaman jahil abang tu?" tanya Zeck.

"Ya abang. Zafira Hanni percayakan abang. Abang jangan risau. Nanti Fira temankan abang ye bila abang nak berterus terang dekat mama dan papa pasal tu..."

"Baik adik abang ni! Ini yang abang bertambah sayang!" Zeck mencuit pipi adiknya. Macam mana hidup dia kalau tanpa adik dia yang periang ni? Mesti lagi serabut hidup dia.

Tapi agaknya macam mana kehidupan aku selepas berkahwin dengan Sheila? Sheila kan still sayangkan Akram. Lagipun Sheila berdendam dengan Hana. HArap-harap nanti lepas kahwin dengan Sheila, Sheila akan berubah dan tak kacau lagi rumah tangga Akram.

"Abang jangan fikir sangatlah tentang mama dan papa. Kalau mereka marahkan abang, Fira cepat-cepat backup abang."

"Thanks Fira..."

Sekarang ini, dia hanya adik perempuan yang sorang je tempat untuk meluahkan perasaan. Kalau adik dia ni tak dak, mungkin hidup dia sekarang lebih berserabut. Adik dia selalu ada masa dia sedang susah dan adik dia yang ni jugaklah dok tolong buka pintu rumah ketika dia balik dalam keadaan mabuk.

Nasib baiklah dulu dia tak pernah buat sesuatu yang tak elok dekat adik dia. Yalah, dalam keadaan mabuk, apapun boleh jadi. Fikiran tak waras.

"Bila abang nak cakap pasal Sheila dekat mama dan papa?"

"Abang rasa nak terang lepas makan malamlah...maybe mama dan papa ketika itu dah surut sikit..."

"Abang ingat mama dan papa akan surut cepat ke? Mereka tu kalau dah marah, banjir alamatnya!" komen Zafira. Tahu sangat angin monsun timur laut mama dan papa dia tu macam mana.

"Dahlah Fira...apapun yang terjadi, abang akan tanggung. Abang yakin yang Sheila akan berubah satu hari nanti," Zeck yakin dengan kata-katanya.

"Boleh jamin ke abang?" Zafir aragu-ragu dengan kata-kata abangnya. Boleh ke Sheila tu berubah jadi baik? Susah nak cakap.

"Insya-Allah..."

Zafira hanya diam. Malas nak ulas panjang. Apa yang dia boleh kata? Dia hanya boleh doakan yang terbaik untuk abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience