BAB 29

Romance Completed 254393

Hana menuju ke arah keretanya. Tak sabar nak balik rumah, mandi dan tidur. Seharian di atas flight membuatkan badannya terasa letih. Selepas menyimpan begnya di dalam bonet kereta, Hana segera memandu keluar dari tempat parkir kereta.

Nampaknya dia duduk sorang-sorang lagi sampai hari Khamis ni. Zizie ke Hong Kong selama lima hari. Huhuhu...mesti bosan! Nak lepak dengan abang pun, baru semalam ja dia hantaq SMS yang dia outstation selama dua minggu.

Akram?? Hmm...nak ka dia keluar jalan-jalan dengan aku ni? Entah-entah baru nak ajak keluaq, dia pulak ada flight. Baik duduk kampung lagi syok! Duduk dekat KL ni bosan. Dekat sini nak lepak tepi sungai pun tak sampai hati. Air keruh semacam, ikan dalam air tu pulak semua terapung. Mati.

Selepas memakir keretanya di halaman rumah Zizie, Hana ingin menutup pagar rumah. Baru nak tutup, kereta Akram berhenti di hadapan pintu pagar.

Alamak! Akram? Adoyai...macam mana ni? Masalah besar datang! Confirmlah dia datang sini sebab nak tengok aku! Takkan nak kantoi sekarang kot? Aku tak ready lagi ni!

"Riana, Hana ada?"

Kan aku dah cakap! Mesti dia cari aku punya!

"Arr...arr...Hana tak balik lagi. Ada urusan sikit dekat pejabat. Kereta ni dia suruh aku bawa balik dulu. Kejap lagi, aku fetch dia dekat pejabat..." Hana menipu lagi. Bertambah banyaklah dosa aku kali ni.

"Oh...ingatkan dia dah balik rumah...."

"Kenapa? Ada something ke?" tanya Hana ingin tahu.

"Ya. Sebab malam ni Adham ada bawa special person jumpa umi dan walid malam ni."

Oh...tujuan dia datang nak jumpa aku ni sebab nak bawak aku balik ke rumah umi dan walid. Tak sangka yang Adham ni dah ada girlfriend. Kahkahkah...agak-agaknya sapa hah?

"Tak apa. Nanti aku inform dekat Hana ok?"

"Ok, jangan lupa tau! One more, datanglah sekali malam ni..."

"Tak apalah. Lagipun tu kan your family bussiness...tak naklah menyibuk. Segan pulak..." Hana beralah. Gila kalau kata ok. Macam mana nak control satu lagi?

"Ok...jangan lupa tau kasi tau dekat Hana..."

"Yes boss!!"

Hana segera menutup pintu pagar apabila kelibat kereta Akram sudah tiada lalu segera masuk ke dalam rumah. Beg pakaiannya diletakkan di atas sofa. Tubuhnya turut direbahkan ke atas sofa. Tersenyum Hana memikirkan Adham yang muka still budak-budak tu nak bawa special person jumpa umi dan walid malam ni. Agaknya siapa orangnya ya?

Nanti-nantilah kau fikir Hana. Sekarang baik kau pergi mandi dan bersiap.

HANA dan Akram melangkah masuk ke dalam rumah serba mewah itu. Hana melangkah menuju ke arah umi dan walid Akram diikuti oleh Akram. "Assalamualaikum umi, walid. Umi dan walid sihat?"

Hana dan Akram menyalami Tunku Amran dan Ku Masyitah. "Waalaikumussalam. Umi dan walid sihat je. Hana macam mana?"

"Hana sihat ja umi. Umi, mana Ziqah? Tak nampak pun?" mata Hana melilau mencari Haziqah.

"Ada dekat atas tu. Pergilah tengok dia. Dari tadi bersiap tak keluar lagi..."

"Baiklah umi..." Hana menuju ke bilik Haziqah. Sampai di hadapan pintu bilik Haziqah, dia mengetuk pintu bilik.

"Sapa tu?" tanya Ziqah.

"Akak ni..."

"Oh...masuklah..." Hana masuk ke dalam bilik Ziqah. Ziqah sedang bermain dengan telefonnya.

"Buat apa lama-lama dalam bilik ni? Jomlah turun..."

"Tengok gambar special person abang Adham. Kalau akak tengok ni, mesti akak tak percaya! ujar Ziqah dengan senyuman meleret.

"Kenapa? Seksi ke? Akak nak tengok!"

"Tak bolehlah akak. Abang Adham tak bagi akak dengan abang Akram tengok," Ziqah melarikan telefonnya.

"Kenapa pulak? Alah...bagilah akak tengok...."

"Abang Adham tak bagi...nanti bila mereka dah datang, akak tengok sendiri. Mesti and confirm akak terkejut."

Kata-kata Haziqah lagi membuatkan Hana tertanya-tanya tentang special person Adham tu. Siapa agaknya?

Tak lama kemudian, pintu bilik Haziqah dibuka dari luar. "Jomlah keluar. Adham dah sampai..." beritahu Akram.

Kemudian, mata Akram tertumpu kepada Hana. Makin cantik pulak dia ni aku tengok.

"Jom! Akak jomlah turun!" Ziqah menarik tangan Hana membuatkan Hana terikut langkah Ziqah. Akram menurut langkah Hana dan Ziqah dari belakang.

Ketika mereka tiba di ruang tamu, gadis tersebut duduk di sofa membelakangi mereka.

"Hah Hana...mehlah duduk sini," ujar Ku Masyitah sambil tersenyum. Hana bergerak menuju ke sofa yang diduduki oleh Ku Masyitah. Akram mengambil tempat di sebelah Hana.

Mata Hana dan Akram membulat apabila melihat gerangan gadis tersebut. "Zizie?!" sebut Hana dan Akram serentak.

Zizie hanya tersengih. Sekarang dah kantoi! Itulah dulu tipu Hana sangat yang kononnya dia ada dekat Hong Kong sampai lima hari walhal dia dekat Hong Kong tiga hari je. Dua hari yang berbaki dia bawa Adham jumpa mak dia di kampung.

Hana dan Akram tak sangka yang kawan baik mereka dipilih oleh Adham.

"Ni jadi sejak bila ni?" soal Hana sambil tersenyum.

"Tu lah kan? Dalam diam-diam, rupanya dah ada..." Akram menambah perisa usikan membuatkan seisi keluarga tertawa kecil kecuali Zizie yang tersenyum malu.

"Kalau nilah orangnya, umi dan walid bagi lampu hijau teruslah...." ujar Hana.

"Ha arrlah umi...bagi je green light terus. Tak payah buat temuduga dah..." sokong Akram. Lagipun Zizie sesuai dengan Adham.

"Umi tak apa. Terus saja. Tunggu walid kamu ni jelah. Setuju ke tak?"

"Tak ada masalah. No problem...green light!" ujar Tunku Amran berserta senyuman. Tak kisahlah kalau Adham dengan Zizie. Lagipun dia dah lama kenal Zizie.

"Adham, boleh tak akak 'culik' Zizie kejap?" pinta Hana.

"Boleh..."

Hana mengajak Zizie ke luar rumah. Dia nak cakap sikit dengan Zizie.

"Zie, sejak bila hang 'jadi' dengan adik ipar aku ni? Tak habaq kat aku pun!"

"Bukan aku tak nak habaq, tapi aku segan...hehehe..."

"Segan? Sejak bila hang jadi minah segan-segan malu gitu?"

"Entahlah..." selamba Zizie menjawab pertanyaan Hana.

"Tapi kan Adham tahu tak lagi pasai sejarah silam hang tu?" Zizie hanya tersenyum lalu mengangguk.

"Macam mana dia tahu?" tanya Hana ingin tahu.

"Masa Akram bayar cash dekat konco-konco and bos kelab malam tu, Adham ada sekali..."

"So, dia tak kisah?"

"Tak...dia cakap aku ni tak bersalah. Yalah, lagipun dia tahu aku dipaksa untuk buat 'kerja' tu..."

"Hang cakap gi pasai qeja hang tu dekat Akram?" Hana tersenyum tawar. Bersediakah dia untuk ceritakan segala?

"Aku tak cakap lagi. Aku tak ready lagilah..." suara Hana takut-takut.

"Ok, aku paham. Tapi rahsia hang ni jangan dok simpan lama-lama sangat! Nanti lain pulak jadinya..." Hana hanya mengangguk mendengar kata-kata Zizie.

"Buk Hana samanya neng Zizie, ayok masuk! Makanannya udah siap..." ujar Bibik Rini.

"Baik bik. Kejap lagi kami masuk!" beritahu Hana. Bibik Rini masuk kembali ke dalam rumah.

"Jomlah masuk. Makan."

"Jom! Perut aku aku pun dah lapar ni..." Zizie memegang perutnya tanda lapar.

SEJAK tadi Akram tak nampak bayang Hana. Lepas hantar Zizie sampai ke kereta tadi, dia langsung tak nampak bayang Hana. Ke mana pulak Hana pergi? Dekat dapur pun tak ada. Maybe ada dalam bilik kot.

Akram menuju ke biliknya. Oh...rupanya Hana sedang sembahyang. Akram duduk di atas katil. Agaknya Hana perasan tak perubahan dalam bilik aku ni? Start malam ni jugak aku nak luahkan semuanya dekat Hana. Dia sekarang lebih yakin dengan dirinya.

Hana yang baru selesai solat memandang ke arah Akram. Apahal dia ni dok usya aku lain macam? Dah tu dok tersengih-sengih pulak tu. Sewel ka? Hana bangun dan melipat kain telekungnya lalu disidaikan di penyidai.

"Hana, mari sini kejap..." panggil Akram.

"Ada apa?"

"Duduklah sini. Aku ada nak cakap sikit dengan kau..." ujar Akram sambil tangannya menepuk-nepuk katil yang didudukinya. Hana hanya ikut. Tak banyak soal.

"Kau ada nampak tak perubahan dalam bilik aku ni? Hana memerhati sekeliling bilik Akram. Memang ada perbezaan.

"Ya, memang ada. Kau framekan gambar nikah kita kan? Why so suddenly?"

Akram merenung tepat wajah Hana. "Why so suddenly? You know what? Aku...aku..aku sebenarnya..." Akram start gugup.

Apahal pulak Akram ni? Tiba-tiba pulak parkinson tiba-tiba. Selalunya dia tak pernah macam ni.

"Sebenarnya apa? Tiba-tiba pulak jadi parkinson..."

Akram menarik nafasnya dala-dalam. "Sebenarnya aku fall in love dekat insan bernama Nur Hana Adriana..." luah Akram. Akhirnya, luah jugak!

Hah?! Mamat kepo jatuh cinta dekat aku? Ahaks...sounds funny... "Seriously?"

"I'm serious. Tak salahkan jatuh cinta dekat isteri sendiri?"

"Tak salah. Tapi betul ke?" sengaja Hana menguji Akram.

"Nur Hana Adriana, I'm seriously fall in love with you. Kalau tak percaya, belah dada aku ni dan operate hati aku ni. Sanggup tak?"

"Err...tak sanggup!"

Betul ke mamat ni dah jatuh cinta dekat aku? Kenapa cepat sangat? Agaknya kalau aku bagitahu tentang pekerjaan aku yang sebenarnya sekarang...dia marah tak? Tak! Tak! Aku tak boleh bagitahu dia sekarang ni.

"Hey! Kenapa termenung ni?" tanya Akram apabila sejak tadi Hana hanya diam. Macam orang sedang termenung pun ada.

"Mana ada termenung!" nafi Hana.

"Ye ke?"

"Yalah..."

"So, macam mana? Boleh kau terima aku sebagai suami kau seadanya?"

"Boleh...but I'm still not ready about that one!"

Akram faham apa maksud Hana. "It's okay about that..."

"Esok aku ada flight ke Paris. So, kau nak duduk sini ke duduk dekat rumah Zizie?"

"Esokkan aku kerja. Jadi kenalah aku duduk rumah Zizie..." kerjalah sangat Puan Hana kita ni!

"Kalau macam tu esok aku hantar kau ke rumah Zizie."

"Betul? Nanti lambat pulak kau sampai airport."

"Relaxlah...flight aku pukul sepuluh pagi esok."

"Oklah kalau macam tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience