BAB 37

Romance Completed 254393

Akram menyuruh penyiasatnya menyiasat tentang gambar yang diedit oleh Sheila dan gambar yang telah dihantar oleh Sheila kepada Hana. Sheila sebenarnya tersilap langkah. Penyiasat yang diupah oleh Sheila sebenarnya orang Akram. Cuma orang-orang Akram tidak berani cakap perkara yang sebenar kerana takut dimarahi.

Bila tahu perkara sebenarnya, Akram sangat-sangat bersyukur. Lagi senanglah dia nak dapat bukti tentang gambar tu yang telah dihantar oleh Sheila kepada Hana. Rupa-rupanya kau taklah bijak mana Sheila.

"Ok, time macam ni minah tu selalunya ada dekat disko bos..." ujar salah seorang daripada orang upahan Akram.

"Kalau macam tu, aku nak korang curi handphone and laptop dia. Buat dengan hati-hati. Jangan sampai dia tahu."

"Baik bos..." mereka segera beredar. Buat kerja yang disuruh oleh Akram.

Akram dan Zizie buat high five.

"Aku fikir perempuan tu cerdik dan licik. Rupa-rupanya ada kebodohan jugak!" Zizie ketawa.

"Tulah, senang-senang je dia culik orang aku...."

"Aku chau dululah. Dah lewat malam ni. Kita jumpa esok."

"Ok...drive carefully."

Sejak pulang dari Paris, mereka terus merancang rancangan untuk mencari bukti tentang gambar-gambar tersebut...dan yang tak disangka-sangka ialah Sheila ambik orang-orangnya. At last...kena balik.

"BOS...nah laptop dan phone dia," Jed menyerahkan laptop dan handphone milik Sheila kepada Akram.

"Cepatnya! Pandai korang buat kerja..." puji Akram dengan ketangkasan orang-orangnya.

"Yalah...kebetulan jugak malam tu minah tu bawak laptop. Tapi malam tu bos faham-fahamlah. Layan dunia 'syurga' mereka. Sebab itulah sempat culik semua ni," cerita Jed.

"Bagus...bagus. Jomlah masuk dulu. Pekena air," pelawa Akram.

"Tak apalah bos. Lagipun kami ada banyak kerja. Macamlah bos tak tahukan minah tu..." tolak Ajis. Salah seorang orang upahan Akram juga.

"Oh...kalau ada perkembangan apa-apa lagi, terus bagitahu dekat saya..."

"Baik bos!"

"Tapi sebelum tu, kami nak mintak maaf dekat bos sebab buat kerja tu tanpa pengetahuan bos..." ujar Jed dengan rasa bersalah. Mewakili kawan-kawannya.

"Tak apa Jed. Malah saya lagi bersyukur sebab kamu semua kebetulan ikut arahan dia. Jadi, senanglah nak dapat bukti tentang apa yang dia buat," kata Akram senang. "ingat, kalau ada apa-apa pekembangan pasai minah tu, cakap teris dekat saya."

"Baik bos...kalau macam tu tak apalah. Kami balik dulu bos..."

"Yalah..."

Akram menghantar orang-orangnya sampai di hadapan pintu pagar. Ketika itu Zizie baru datang.

"What's up?" tanya Zizie ingin tahu.

"Dah dapat culik laptop and handphone Sheila jijik..."

"Serius? Kejap aku call Daus dan abang Hana," Zizie mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor Daus.

"Ok, dalam sepuluh minit mereka sampai..." kata Zizie selepas menghubungi abang Hana.

"Jom masuk," ajak Akram.

"Mana Adham dan Ziqah?" tanya Zizie sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Akram.

"Buat apa ramai-ramai? Cukuplah kita dengan Daus dan Abang Hafiz je..." pelik pulak Akram. Macam nak buat sudut perbicaraan dekat mahkamah pulak.

"Mereka boleh jadi saksi jugak. Kalau ramai-ramai lagi bagus..."

"Oh...kejap aku panggil. Ziqah!! Adham!! Turun kejap!" jerit Akram. Lantang suaranya membuatkan Zizie tutup telinga denga tangan. Boleh pecah gegendang telinganya. Akram jerit betul-betul tepi telinganya.

"Kenapa abang?" tanya Adham dan Ziqah serentak.

"Mailah sini tengok..." Adham dan Ziqah langkah menuju ke arah abangnya.

"Ingat tak gambar MESRA abang denga perempuan tu?" Akram menekan perkataan mesra itu. Biar jelas. Adham dan Ziqah mengangguk.

"Semua bukti ada dekat sini..." Akram menunjukkan laptop dan handphone milik Sheila.

"Wah! Cepatnya dapat bukti. Tererlah!" puji Ziqah.

"Tengoklah abang siapa?" Akram mula perasan sendiri. Adham dan Ziqah mencebik.

"Perasan! Eii! Masuk bakul tak reti angkat sendiri!"Akram mengata abangnya.

Zizie ketawa melihat gelagat tunangnya dengan Akram. Macam budak-budak.

"Assalamualaikum!"

Mereka berpaling ke arah pintu. Nampaknya Daus dan Hafiz dah sampai.

"Waalaikumussalam..." mereka menjawab salam Daus dan Hafiz.

Daus dan Hafiz melangkah masuk ke dalam rumah lalu menuju ke arah Akram, Zizie dan adik-adik Akram berkumpul. Akram dan Adham bersalaman dengan Daus dan Hafiz.

"Kenapa panggil kita orang orang ni?" tanya Daus.

"Ingat tak pasal gambar emm Akram dengan Sheila dan gambar mesra Akram dengan Sheila di mall tu? Mesti korang ingat gambar tu betul kan?" kata Zizie.

"So?" tanya Hafiz pula.

"Ok, macam ni...gamabr emm Akram dengan Sheila tu sebenarnya diedit dan gambar Sheila dan Akram mesra di mall sebenarnya gamabr tu dah lama. Buka baru..." cerita Zizie.

"Bukti?" tanya Hafiz.

"Nak bukti? Kejap...kena cari..."

"La...minah ni letak passwordlah pulak!" dengus Akram. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon Jed.

"Jed, awak tahu tak password laptop minah ni?"

"Oh...ok. thank you Jed!" Akram memutuskan talian. Geli pulak Akram bila dapat tahu password tersebut nama penuh dia. Memang sewel!

"What? Password dia nama penuh kau? memang gila!" kata Zizie tak percaya.

"Nih...kau bukak phone dia. Password sama. Nama penuh aku jugak," arah Akram.

"Nampaknya minah tu betul-betul gilakan abang. Tahniah abang. Ziqah tabik dekat abang," Ziqah buat gaya tabik. Sengaja nak usik abang dia.

"Betulkan Ziqah! Abang pun tabik!" Adham turut menyakat abangnya.

"Tengoklah abang siapa?" Akram juga mengikut rentak adik-adiknya.

"Kantoi abang tak stick to one!" ujar Ziqah sambil tersenyum nakal.

Akram menggigit bibirnya. Geram! Adik dia ni kalau tak kenakan dia seminggu tak boleh ke?

Akram kembali tumpukan perhatian kepada laptop milik Sheila. Nak cari gambar yang telah diedit. Akram klik folder yang diletakkan nama 'edited picture'. Yes! Akhirnya jumpa jugak!

"Ini gambarnya. Nampak tak, gambar ni memang diedit. Kalau betullah ni gambar aku, cuba tengok di atas meja tu. Jam tangan tu bukan milik aku dan telefon tu pun bukan milik aku. Phone tu jenama Samsung kan? Aku guna iPhone," terang Akram.

"Dan tengok satu lagi..." Akram membuka folder 'my sweetheart with me'.

"Eii! Geli pulak aku tengok! Dah, tutuplah gambar tu. Dasar perempuan murahan!" Zizie berpaling melihat ke arah lain.

"By the way, ini gambar kau dengan dia masa dekat mall," Zizie menyerah telefon Sheila kepada Akram.

Akram membuka details. "See...gambar ni sebenarnya dah lama sebelum aku kahwin dengan Hana lagi dan sebelum aku off dengan dia lagi," Akram menyerahkan telefon tersebut kepada Daus. Hafiz turut tengok gambar tersebut.

"Boleh tak kalau nak tukar password laptop dia ni? Geli pulak aku bila nama aku jadi mangsa password laptop dia ni..."

"Tukar je..." laju Adham menjawab.

"Siap!" ujar Akram selepas menukar password tersebut.

"Abang letak apa?"

"Sheila jijik!" mereka ketawa mendengar jawapan Akram.

"Bijak!" Ziqah high five dengan abang-abangnya.

SHEILA keliling satu rumah. Mana pulak telefon dia ni? Tak mungkin aku tertinggal dekat club. Dah tu, laptop pun hilang!

Kenapa tak rembat sekali dengan dompet? Bodoh punya pencuri. Sheila duduk di sofa. Cuba kebalikan memorinya. Setahu dia, dia menari dengan Zeck tengah-tengah disko semalam. Tak dak sapa pun duduk berdekatan dengan begnya.

Arghh!! Rosak rancangan aku nak robohkan hubungan antara Akram dengan Hana. Kalau aku tahu perkara macam ni terjadi, aku tak bawak laptop! Pencuri bangan mana pulak culik laptop dengan handphone aku?! Bangang punya pencuri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience