BAB 7

Romance Completed 254393

Selesai sahaja bersiap, Zizie dan Kak Dibah bersiap sedia untuk turun ke bawah. Nak beli makanan untuk mereka bertiga. Hana dibiarkan untuk berehat. Kesian pulak nak kejutkan.

Zizie membuka pintu. Nak terluruh jantungnya apabila tiba-tiba ja Akram dan Akmal dah tercegat depan pintu bilik mereka.

"Nah makanan for three of you. Aku dah belikan siap-siap. How is she?" prihatin benar si Akram ni.

"She's better right now. Dah berapa lama kau tercegat dekat sini?"

"Dalam sepuluh minit macam tulah..." jawab Akram.

"Sepuluh minit? Apasal tak ketuk je? Suka buat kerja susah!" geram betul Zizie dengan Akram. Inilah perangai Akram. Tak suka ketuk pintu. Kalau boleh tunggu, sampai esoklah dia tunggu.

"Tak susah pun...Nah ambik. Make sure that she more well and cure from her fever. Esok kita dah nak balik Malaysia," tutur Akram berserta dengan pesanan ringkas.

"Arahan diterima bos! Tapikan kenapa dengan si Riana ni kau jaga dia elok sangat? Dulu masa aku demam dekat London, kau tak take care aku macam ni pun..."

Aikk??? Kedengaran bunyinya macam jeles ja Cik Azizie Mastura kita ni. Jeles ke? Tapi bukan masa dekat London dulu pun dia jaga kau macam dia jaga Hana ke? Oo...buat cerita erkk??

"Dekat London dulu pun aku jaga kau macam aku jaga si Riana ok. Hah! Jangan nak buat reka cerita ok..." Akram seperti tahu yang Zizie nak kenakan dia.

"Hehehe...by the way thanks for buying us food," Zizie mengucapkan terima kasih kepada Akram. Tak lupa juga Akmal. Nampaknya selamatlah duit dia hari ni...hehehe...

"No problem...kalau macam tu, kami balik dululah. Anything just let me know," Zizie mengangguk tanda faham.

Zizie menutup pintu bilik apabila Akram dan Akmal beredar menuju ke bilik mereka.

"Kak Dibah..." panggil Zizie. Makanan yang dibeli oleh Akram tadi diangkat.

"Selamatlah duit kamu..." Zizie dan Kak Dibah ketawa.

Hana yang sedang tidur tersedar aabila mendengar suara ketawa Zizie dan Kak Dibah. "Ada apa gelak ni? Ada cerita yang ingi dikongsi?"

Mati terus ketawa izie dan Kak Dibah.

"Eh, tak ada apalah. Ni, ambik dan makan. Lepas tu, makan ubat. Esok kita dah nak balik ke Malaysia. Today we are not going anywhere. Kita orang akan teman dan jaga kau. So, cepat sembuh!"

"Awalnya korang turun. Susah-susah korang ja.." Hana rasa bersalah apabila Kak Dibah dan Zizie kena turun awal semata-mata nak belikan makanan untuk dirinya.

"Mana ada susah. Lagipun ni bukan aku yang beli tapi pakwe kau yang beli," Hana mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Zizie.

"Pakwe?" bila masa aku ada pakwe dekat Viantiane ni? Hesy Zizie ni. Pakwe mana pulak?!

"Ha arr Akram.."

What? Mamat kepo? Mintak dijauhkan aku daripada mamat keo tu! Eiii! Dahlah menamat kepo tu tak bertauliah langsung. Mulut dia boleh tahan sama pedas dengan aku. Tak sesuai langsung dengan jiwa aku ni!

"Uwekk! Tak nak aku! Minta dijauhkan!" Hana buat aksi nak termuntah.

"Kamu jangan Hana! Kang nanti dia jadi suami kamu tak de punya uwekk kamu tu," komen Kak Dibah.

Betul jugak cakap Kak Dibah tu. Kalau suatu hari nanti dia jadi suami aku betul-betul macam mana? hmm...minta dijauhkan. Amin...

Engkau tak tahu Hana. Kau cakap macam tulah jodoh kau dengan dia makin dekat. Ada suara halus berbisik.

huh...harap tak lah...mohon Hana dalam hati.

"Bila kita boleh makan ni? Asyik sembang je.." selamba Kak Dibah berkata.

"Eh, makanlah...Hana makan tau. Kesian kat pakwe hang penat turun ke bawah semata-mata nak belikan makanan untuk hang..." kata-kata Zizie itu mengundang rasa geram di hati Hana.

Mulut minah ni kalau tak garam sangat tak boleh ka?!

"Zizie! Behave!" Hana memberi amaran keras.

Zizie segera memohon maaf apabila Hana merenungnya tajam seperti harimau jadian.

Hana menoleh ke arah telefon bimbitnya apabila telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej dari abangnya.

Assalamualaikum! Tengah buat apa tu?

Rindu dekat abang, ibu dan abah tak?

Tersenyum Hana membaca mesej dari abangnya. Hana segera membalas mesej tersebut.

Waalaikumussalam...baru nak makan.

Gila tak rindu! Sebab rindulah Hana demam tau!

Alahai Hana! Baru demam sikit dah mengadu? Payah jadi anak manja...sikit-sikit nak mengadu.

Hah?! Demam?! Ok tak lagi? Kalautak abang flight ke Viantiane sekarang.

Tergelak Hana membaca SMS dari abangnya. Takkan nak mai ke Viantiane ni semata-mata nak tengok dia sakit?

Tak payahlah abang... Hana dah ok sikit ni...lagipun dekat sini ada orang tolong take care Hana dekat sini...

Apabila dia send mesej tersebut, wajah Akram segera muncul. Isy...awat tiba-tiba wajah dia pula yang muncul? Pelik, pelik.

Sapa? Pilot ka yang jaga? Hehehe :)

Bulat mata Hana membaca SMS dari abangnya. Ni apahal tiba-tiba nak kait dengan pilot pulak? Hesy abang ni!!

Pilot kebendenya abang ni?! Suka merepek!

Selang beberapa saat, mesejnya dibalas.

Manalah tahu kan? Kotlah adik abang ni tersangkut dengan pilot...

Hana mengetap bibir apabila membaca SMS daripada abangnya. Abang ni ada saja modal dia nak kenakan aku!

Abang!!!

Hana meletak tiga tanda seru di dalam mesej. Biar abang dia tahu yang dia tak ada apa-apa hubungan dengan pilot.

Hehehe... sorry 50x... Hana kita berhenti dulu...sekarang abang ada meeting. Nanti kita chat lagi.

Assalamualaikum.

Alah! Tak best betullah! Sikit-sikit ada meeting! Awat bos abang ni kacau daun sangat! Hana memberontak dalam hati.

Waalaikumussalam...

Selepas membalas SMS dari abangnya, Hana meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja kembali.

"Hoi kak cik! Makan cepat! Kang sejuk pula makanan tu," lantang Zizie bersuara.

"Baik bos..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience