BAB 50

Romance Completed 254393

"Sheila? Kau buat apa dalam bilik aku ni? Macam mana kau ada dekat sini?!" terjerit Hana apabila tiba-tiba sahaja Sheila terjah bilik dia dengan Akram. Dah tu siap bawak pisau pulak.

"Kau fikir aku nak buat apa dekat kau?! Aku nak kau mampus dan lenyap dari dunia ni perampas!!! Akram milik aku! Hanya milik aku!!" Sheila menjerit seperti orang gila. pisau diangkat hingga paras kepalanya. Gaya nak tikam orang lagaknya.

"Astaghfirullahalazim! Mengucap Sheila! Mengucap!! Apa salah aku sampai kau nak bunuh aku?!"

"Kau tanya aku apa salah kau?! Kau dah rampas Akram dari aku perempuan! Don't you know it?!" mata Sheila menikam anak mata Hana.

"Ya Allah...aku tak rampas Akram dari kau pun! Dia yang nak kahwin dengan aku sebab masa tu dia..."

"Arghh!!! Alasan! Aku haram tak percayakan perempuan! Aku benci kau! Sekarang, bira kau bunuh kau supaya Akram jadi milik aku balik!!" Sheila mendekatkan dirinya dekat Hana dan...

"Astaghfirullahalazim!!" Hana terbangun dari tidurnya. Tidur yang bermimpikan ngeri. Dahinya sudah basah dengan peluh walaupun penghawa dingin dipasang. Jantungnya berdegup kencang. Bergetar perutnya saat ini. Perlahan perutnya diusap.

Apakah maksud mimpi tadi? Kenapa terkait sekali dengan Sheila? Apa mimpi tadi memang benar akan terjadi?

Akram terbangun bila terdengar isterinya mengucap 'astaghfirullahalazim'. Apa kena pulak ni?

"Kenapa sayang?" Akram sandar di kepala katil. Rasa ngantuknya masih beraja. Akram merenung jam loceng miliknya. Baru pukul tiga pagi.

"Hah? Eh, tak ada apa-apalah. Cuma mimpi je...abang tidurlah balik..."

"Apa yang sayang mimpi sampai terbangun dalam keadaan mengejut macam tu?" tanya Akram prihatin. Nama pun suami prihatin kan? Ceh!

"Tak ada apa-apalah..."

"Bohong...baik sayang cakap dekat abang apa yang sayang mimpi tadi? Kalau sayang tak mimpi aneh-aneh, tak mungkin sayang akan berpeluh macam ni!" Akram berhadapan dengan isterinya.

"Biasalah orang mengandung. Sentiasa akan rasa hangat. Dah rasa hangat, mestilah peluh.." Hana masih berahsia.

"Alasan! Sayang cerita cepat dekat abang!"

Hana memerhati cadar katil. Nak cerita ke tak?

"I'm waiting..."

"Oklah...sayang mimpi Sheila nak bunuh sayang. Itu aje..."

Mulalah hati Akram diburu rasa tak sedap hati. Berdegup kuat pulak jantungnya. Kenapa aku nak rasa macam ni? Kenapa bila Hana cerita pasal Sheila nak bunuh dia, terus aku rasa tak sedap hati?

"Abang...is there anything bothering you? Cerita sayang tu terkesan sangat ke?"

"Tak ada apa-apalah. Cuma abang rasa tak sedap hati je. Biar jelah...mainan tidur je tu. Dah, sayang tidur balik ekk?? Esok sayang kerja kan?"

Hana kembali membaringkan badannya. Dalam beberapa saat dia terlelap. Akram turut merebahkan badannya di sisi isterinya kembali. Rasa tak sedap hati tu masih ada.

AKRAM bersiap-siap untuk ke lapangan terbang. Kena fly lagi hari ni. Entah kenapa, rasa tak sedap hati makin menjadi-jadi. Macam effect dia terus meresap.

Hari ni pulak Hana tak kerja. Katanya dia dah mintak cuti tadi. Nak beli kelengkapan bayi alasannya.

Kenapalah dengan jantung aku ni? Ada tanda-tada nak sakit jantung ke? Sejak cerita semalam, hati aku ni kira tak tenteram je. Akram mengucap banyak-banyak. Buang segala rasa tak sedap hatinya.

"Abang...Hana nak mintak izin nak pergi ke mall boleh? Nak beli barang keperluan baby..."

"Boleh...but make sure take care yourself ok? Bila nak jalan tu, tengok kiri kanan atas bawah depan belakang tau!"

Hana tergelak dengan arahan suaminya. "Sampai macam tu sekali?"

"Yelah. Abang tak nak jadi sesuatu dekat sayang..."

"Oklah..."

"Good girl. Oklah, abang kena pergi dulu. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam..."

HANA masuk ke dalam gudang beli belah. Tujuan bukan nak shopping gila ke apa cuma dia nak beli kelengkapan bayi. Lagipun tinggal sebulan je ni nak bersalin. So, apa kata dia beli siap-siap. Tak daklah kalut sangat nanti nak pilih baju untuk baby.

Hana masuk ke dalam kedai Baby Kiko. Baju comel-comel. Semuanya cantik-cantik. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Dia dah tahu jantina anaknya. Anak perempuan.

Selepas memilih baju yang dipilihnya, Hana menuju ke kaunter untuk membayar harga baju tersebut.

Ketika dia keluar dari mall, tiba-tiba hatinya rasa tak sedap. Entah kenapa dia rasa macam tu. Rasa pelik sangat. Serius dia rasa tak sedap hati.

Ketika dia melintas jalan, dengan pantas tubuhnya dipaut oleh seseorang menyebabkan Hana dan orang tersebut jatuh di atas jalan. Baru Hana sedar ada kereta hendak melanggarnya. Untung ada orang tolong selamatkan dia.

Kereta Volkswagen Polo berwarna putih tersebut berhenti. Tapi, dia kembali memecut keretanya pergi. Apakah mimpi aku jadi kenyataan. Ada yang nak bunuh aku? Ya Allah...kau jauhkanlah aku dari malapetaka.

"Hana tak apa-apa?" soal Zeck. Dia terus selamatkan Hana bila ada kereta memandu laju menuju ke arah Hana. Dia tahu empunya kereta itu.

"Zeck? Macam mana awak ada dekat sini?" soal Hana.

"Kebetulan. Hana tak apa-apa ke? Ada rasa sakit ke apa ke?"

"Nope. Well, thanks for saving me. Untung awak ada dekat sini Zeck, kalau tak, tak tahulah jadi dekat saya tadi..."

"No problem..."

"Oklah...saya balik dulu...once again thanks..."

Hana segera menuju ke kertetanya. Takut dia lama-lama di situ. Takut perkara yang sama akan berulang lagi.

Zeck mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon Akram. Akram di talian hanya soal keselamatan isterinya. Zeck cuba menenangkan kawannya. Tak nak Akram terlalu risau di London.

Dia bertekad akan berhadapan dengan Sheila malam ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience