BAB 40

Romance Completed 254393

Pagi-pagi Akram sudah bangun. Akram keluar dari tempat penginapannya lalu menuju ke arah Hana yang sedang duduk di tepi pantai. Perlahan-lahan dia menghampiri Hana lalu tubuh itu didukung.

"Woi! Lepaslah aku!"

Seraya itu jugak tubuh Hana dilepaskan ke dalam laut. Uwa! Habis basah baju aku! Jebon betullah Akram ni! Sengaja nak test suhu aku pagi-pagi ni!

"Mangkuklah dia ni!" Hana bangun lalu menepis air laut kepada Akram.

Akram merenung wajah Hana. Lama dia tengok Hana marah. Rasa rindu pulak nak tengok Hana marah.

"Apa usya-usya?" marah Hana. Lupa dia yang berdepan dengan dia sekarang ni adalah suaminya sendiri.

"Comellah bila sayang marah..." usik Akram. Dia tersenyum.

Ada pulak mamat ni! Aku tengah marah dia boleh buat lawak pokok nyok(kelapa) tang ni. Memang nak kena hempuk dengan buah nyok pandan agaknya.

"Apa senyum-senyum? Kalau senyum tu elok tak apalah. Ni nampak macam monyet belanda ja senyum macam tu..." sindir Hana. Isy! Hana! Kejamnya mulut hang.

Dia kata aku senyum macam monyet belanda? Memang nak kena isteri aku ni! Mai sini cek nak bagi pengajaran sikit. Akram langkah mendekati Hana lalu tubuh itu dipeluk erat. Tanpa amaran, Akram...faham-faham jelah.

Akram menjauhi Hana. Itulah pengajaran kalau cakap ikut suka hati. Mulut tu straight tak tengok lampu merah dah!

Mata Hana membulat. Tak sangka yang Akram akan...arghh!! Akram ni memang sengaja! Nak ambik kesempatan!

"Kau nikan! Isy!!! Macam nak sumbat ja pokok nyok dalam mulut kau tu!" Hana ingin berlalu tapi dia dihalang oleh Akram.

"Tak salahkan kalau abang buat macam tu tadi?" Akram mengenyitkan matanya. Nakal.

"Memang...memang tak salah! Tapi aku mintak maaflah kalau kau buat sekali lagi macam tu, mulut kau tu buah nyok yang singgah!"

"Boleh jugak kalau buah nyok singgah! Sedap. Boleh minum air dengan isinya. Tapi, kalau tuan kepada buah nyok singgah, lagi sedap!" ok, Akram mula gatal. Miang dia dah sampai.

"Boleh tak kau jangan buat miang keladi kau dekat sini?" Hana menyepak air laut ke arah Akram.

"Main kasar erkk??" Akram menuju ke arah Hana.

Hana awal-awal lagi dah mengundurkan diri. Adegan kejar mengejar berlaku di gigi pantai. Zizie, Daus, Hafiz dan Adham hanya tersenyum melihat Hana dan Akram main kejar-kejar di tepi pantai.

"Cup! Cup! Dah, aku penat. Aku nak balik rumah dan tukar baju," Hana segera beredar.

"Hana!" Hana menoleh.

"I love you!"

Hana menjelir lidah. Walhal dalam hati ada rasa kembang dah. Wah!

"Amboii! Sweet aihh!" usik Zizie.

"Tak dak maknanya!" nafi Hana.

"Eleh, tak dak makna konon! Kalau tak dak makna, awat baju tu sampai boleh jadi basah? Macam mana sampai boleh kejar di gigi pantai?" Zizie menyakat Hana lagi.

"Dia yang start dulu ok. Dahlah, baik aku balik. Layan korang ni buat aku jadi gila!" Hana segera beredar pulang.

Yang mangkuk tu pun apsal pi humban(letak) aku ke dalam laut? Buat baju aku basah! Tak ka jadi qeja nak kena tukaq baju? Sengaja nak susahkan aku!

"Apa yang basah-basah ni Hana? Awat ni?" tanya Puan Najma.

"Tadi ada 'ikan jos' taqik Hana ke dalam laut. Tulah baju basah ni," jawab Hana polos.

"Ikan jos? Siapa pulak?"

"Tak dak sapa-sapalah mak cik. Hana masuk dulu erkk. Nak tukaq baju," Hana segera masuk ke dalam bilik.

Selepas menyalin baju, Hana duduk di atas katil. Awat mamat kepo tu tiba-tiba panggil aku sayang dan gelaq diqi dia tu abang? Tiba-tiba ja. Takkan ada penyakit kot? Hahaha...penyakit apa? Takkan penyakit syndrom suka panggil abang, sayang kot? Tak mungkin.

Dia memang dah betul-betul menyesal ka? Sampai panggil aku sayang? Tapi hati aku masih sakit lagi dengan apa yang dia kata dekat aku.

"Tak salah kalau hang mengalah..." kata-kata Zizie masih terngiang-ngiang di telinga Hana. Perlu ka aku mengalah?

"Kita manusia mana tak pernah buat silap..." ayat Zizie kedengaran lagi di telinga.

Memanglah manusia tak pernah lari dari buat silap. Tapi Akram terlajak silap kata. Kalau Akram kata dia sorang, tak apa. Ini libatkan sekali ibu dan abahnya. Mahunya dia tak sakit hati?

"AWAT dengan Hana tu? Basah kuyup habis..." tanya Encik Mustapha. Dia baru balik dai uruskan resort miliknya. Maklumlah sekarangkan musim cuti, banyak orang nak tempah bilik. Habis semua bilik ditempah.

"Katanya ada ikan jos tarik dia masuk laut. Bila saya tanya sapa, dia terus minta diri masuk bilik," jelas Puan Najma.

"Emm...suami dialah tu," kata Encik Mustapaha. Tadi dia ada ternampak Akram balik dengan baju basah dengan seluar sekali basah.

"Suami dia ada dekat sini ka?" Encik Mustapha mengangguk.

"La...tak pernah nampak pun. Yang dok nampak selama ni Zizie, Adham, Daus, Ziqah dengan Hafiz ja. Tak sangka yang suami Hana mai jugak."

"Ada sebab depa rahsiakan kedatangan Akram..."

"Sebab apa?" Puan Najma ingin tahu.

"Nantilah saya cerita. Sekarangkan Hana ada."

"Yalah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience