BAB 32

Romance Completed 254393

"Siapa yang telefon tu?" tanya Haji Zainudin bila isterinya meletakkan kembali gagang telefon.

"Ku Masyitah. Dia suruh datang KL. Katanya ada masalah sikit. Saya rasa tak sedap hatilah bang. Macam ada sesuatu terjadi dekat anak kita," risau betul Hajah Aisyah.

"Jangan fikir bukan-bukan sangat. Insya-Allah, Hana ok..." kata Haji Zainudin sekadar menyedapkan hati isterinya.

"Harap-harap macam tulah bang..."

"Bila Ku Masyitah suquh kita pi sana?"

"Secepat mungkin."

"Kalau macam tu, esok kita pi. Pi kemaih(kemas) apa yang perlu di bawak esok."

"Esok? Cepatnya!" nak ternganga Hajah Aisyah dibuatnya. Esok?

"Yalah...dah jangan qisau. Saya yang drive esok. Bukan Yah..."

"MACAM mana boleh jadi macam ni? Sampai Hana lari?" tanya Haji Zainudin. Sekarang ni dia betul-betul risau dengan keadaan anak dia tu. Entah anak dia sihat ke tak? Makan ke tidak lagi?

Hajah Aisyah hanya berdiam diri. Fikirannya sekarang hanya tertumpu kepada Hana. Ya Allah...dimana anakku sekarang ni? Kau lindungilah dia walau di manapun dia berada. Hindarilah dia dari sebarang kecederaan. Pohon Hajah Aisyah dalam hati.

"Saya pun tak tahu Tuan Haji. Tapi sebelum tu saya nak mintak maaf kepada Tuan Haji dan Hajah bagi pihak anak saya. Ini semua disebabkan oleh anak saya," pinta Tunku Amran.

"Dia buat apa dekat Hana?"

Ku Masyitah dan Tunku Amran saling berpandangan. Takut nak cakap dekat Haji Zainudin dan Hajah Aisyah apa yang telah dicakap oleh anaknya. Takut ada pulak yang pengsan.

"Sebenarnya Akram dah tahu pasal Hana dan pekerjaan Hana yang kita sama-sama pakat untuk rahsiakan," ujar Tunku Amran senafas.

"Takkan pasai tu ja Hana nak laqi daqi qumah segala?" tanya Haji Zainudin.

"Bukan. Pasal Hana lari tu sebab Akram dah hina dia. Akram hina dia perempuan tak ada agama. Sebab itulah Hana lari," terang Ku Masyitah.

"Astaghfirullahalazim!!" mengucap panjang Hajah Aisyah dan Haji Zainudin.

"Kami mintak maaf atas kebiadapan anak kami. Tak sangka dia akan berkata begitu. Setahu kami, Akram ni susah nak kata macam tu dekat orang..." kata Ku Masyitah kesal.

"Tak apalah Tunku, Ku Masyitah...lagipun ini semua salah kami. Kami yang suquh Hana teqima pekerjaan tu. Hana tak mau sebenaqnya..." Haji Zainudin berkata. Dia boleh terima hinaan yang dilontarkan oleh Akram kepada anaknya.

"Jangan macam tu. Kami tak anggap ini semua salah tuan haji dan hajah. Begitu juga Hana. Yang Akram pun satu, mulut tu 'baik' sangat!" dengus Ku Masyitah. Geram dengan sikap anaknya yang langsung tak fikir sebelum bercakap.

Perbualan mereka tertanggu apabila ada orang memberi salam. Zizie, Farzana, Daus dan Hafiz masuk ke dalam rumah Tunku Amran.

"Auntie, Akram sampai lagi tak? Hari tu datang Akram tak dak. So, hari ni mesti Akram dah balik..." tanya Zizie.

"Belum lagi. Tadi auntie dapat SMS daripada Akram yang dia akan sampai rumah dalam setengah jam lagi..."

Tak lama kemudian, mereka terdengar deruan enjin kereta masuk ke halaman rumah. Mesti Akram.

"Hah, sampai dahlah tu!"

Zizie menuju ke halaman rumah. Zizie menarik Akram ke taman yang dihias cantik. Halang untuk Akram masuk ke dalam rumah.

"Kenapa kau ni tarik-tarik aku?" tanya Akram pelik. Ingat ni perlawanan tarik tangan ka?

"Dalam tu ada parents Hana."

Akram mengerutkan dahinya. Kenapa parents Hana ada dekat sini? Entah-entah nak cantas kepala aku sebab hina anak dia. Tapi lantaklah! Asalkan aku tak jumpa dengan perempuan tak dak agama tu.

"So what? Biarlah..."

"So what kau kata? Eh, aku tak naklah kau masuk lepas tu buat perangai kau tu. Aku tak nak parents Hana sakit hati dan sedih selepas apa yang kau dah buat dekat Hana!" selamba badak ja mamat ni kata so what! Masuk wad lagi afdal mamat ni. Wayar otak tu dah tak betul!

"Boleh tak kau jangan sebut nama perempuan tak dak agama tu depan aku? Aku meluatlah nak dengar!" tegas Akram.

Zizie mengetap bibir. "Meluat kau kata? Semeluat-meluat tulah yang kau minta tolong! Yang kau meluat tulah yang dok jaga kau masa kau injured dekat dahi dulu! Bagi kau makan! Jaga hati kau! Ikut je apa yang kau cakap! Perempuan yang kau meluat tulah juga ikut ja rancangan bodoh kau tu! Perempuan tu bernama Nur Hana Adriana! Do you know that? Orang yang kau meluat tu jugaklah yang kau sayang dan kau cinta. Orang yang kau meluat jugaklah yang teman kau bila sakit dulu!! Kau tak ingat semua tu?!" lantang Zizie bersuara. Kalah singa mengaum.

"Orang yang kau meluat tu jugaklah terpaksa menerima rancangan bodoh kau supaya kau boleh lari dari Sheila bila kau dah kahwin dengan Hana! Kau nikan memang bangang betullah! Biul!"

"Whatever. Maybe dengan parents dia, aku boleh layan dengan baik. Tapi kalau dengan perempuan tu...sorrylah..."

"Fine! You can do whatever you want and you like! I'm off!" Zizie masuk ke dalam rumah kembali dan mencapai beg tangannya dan segera keluar dari rumah.

Sebelum dia menuju ke arah kereta, sempat Zizie membuat peringatan, "kau jangan cari aku bila kau dah menyesal nanti! Jangan cari aku! Kau jangan menyesal kalau kau akan kehilangan Hana nanti!" selepas habiskan kata-katanya, Zizie segera masuk ke dalam kereta.

"Bergaduh dengan Akram lah tu..." ujar Ku Masyitah apabila panggilannya buat tak endah sahaja.

Akram masuk ke dalam rumah sambil membawa beg pakaiannya. Akram menyalami umi dan walid serta ibu dan abah Hana. Kemudian, dia menyalami Daus dan Hafiz. Ketika dia bersalaman dengan Hafiz, tangannya digenggam kuat. Akram faham kenapa abang iparnya buat begitu.

"Akram...pergi masuk bilik!" arah Ku Masyitah.

"Tapi umi..."

"I said go!" kali ini lagi tegas. Akram hanya ikut perintah. Dia ambil begnya lalu menuju ke bilik.

"Kami beredar dululah Tunku, Ku Masyitah...dah lama kami dekat sini rasanya..." pinta Haji Zainudin.

"Eh, jomlah makan dekat sini dulu..." tegah Tunku Amran.

"Tak apa...tak payah susah-susah. Lagipun si Hafiz ni teringin nak makan sambal udang dengan kangkung tumis belacan. Jadi kenalah balik masak," potong Hajah Aisyah. Bukan betul pun. Alasan ja tu.

"La...ya ka? Tak apalah macam tu..." Ku Masyitah hampa. Mesti ibu dan abah Hana nak balik sebab anaknya.

"Kami balik dululah...assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam...Nanti datang lagi ya."

"Insya-Allah. Nanti jenguklah jugak Kedah."

"Insya-Allah..."

Ku Masyitah menuju ke bilik Akram. Dia nak bercakap dengan Akram pasal Hana. Ku Masyitah terus merempuh masuk ke dalam bilik Akram. Tak ketuk dah.

"Akram...we need to talk!" Ku Masyitah merenung Akram.

"What?"

"Kenapa Akram cakap dekat Hana macam tu?! Wyh you said like that? Tak boleh cakap sopan banyak ke? Ayat nak mengata tu tak boleh bagi sopan? Cakap main lepas ja!" sembur Ku Masyitah.

"Apa yang Akram dah cakap?" saja-saja Akram buat tanya. Ni mesti Zizie the reporter cakap dekat umi.

"Jangan pura-pura tak tahu wahai Tunku Akram Haris! Kenapa cakap Hana perempuan tak dak agama? That sounds heared so rude! Umi tak pernah ajar anak umi sebiadab macam ni! Malu tau tak umi dan walid berhadapan dengan ibu dan abah Hana tadi!" Ku Masyitah sudah bertukar jadi harimau.

"Memang betul pun umi. Ada patut dia buang tudung ikut suka hati ja umi! Macam tak dak agama kan umi?" Akram masih membantah. Kenapa sibuk nak bela perempuan tak dak agama tu??

"You better watch your word Akram! Hana bukan suka-suka nak buat macam tu. Umi nak tanya, syarikat penerbangan walid ni pramugari semua ada pakai tudung tak?"

Akram hanya diam. Malas nak bertekak dengan umi.

"Jawab Akram!"

"Tak ada..."

"That's why Hana pun terpaksa buat semua tu. Lainlah kalau boleh pakai tudung, memang Hana akan pakai tudung terus. Ingat Akram, Hana lakukan semua ni untuk parents dia dan bukan nak puaskan kehendak orang lain. Bukan dia suka-suka nak pakai lepas tu buang tudung."

Akram hanya terdiam. Tapi macam mana uminya tahu semua ni? "Wait. Macam mana umi tahu semua ni?"

"Memang umi dah tahu awal lagi. Walid pun dah tahu. Ibu dan abah Hana dah terangkan semuanya. Kami boleh terima je. Tapi kenapa bila Akram dah tahu, Akram tak boleh nak terima semua ni?"

What? Umi dah tahu awal lagi? "Kenapa umi langsung tak cerita dekat Akram?"

"Ini semua permintaan Hana. Dia cakap dia yang nak terangkan sendiri dekat Akram."

"Dahlah umi. Akram malas dah nak dengar. Akram nak rehat kejap. Penat." Akram segera menutup matanya.

"Budak ni memang degil!" gumam Ku Masyitah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience