BAB 35

Romance Completed 254393

Sheila menghantar gambar dia dan Zeck tidur sekatil yang telah diedit menggunakan gambar Akram. Sheila mengupah orang untuk 'culik' nombor telefon isteri Akram. Akhirnya dapat jugak. Gambar yang telah diedit itu dihantar kepada nombor telefon isteri Akram. Akram...you made the game and the game is on!

"Mesti mereka akan bergaduh punyalah! Mesti perempuan tu akan tinggalkan Akram!" kata Sheila dengan penuh yakin.

Sheila tersenyum melihat gambar yang telah diedit tersebut. Jahat memang jahat. Tapi, inilah cara dia untuk dia pisahkan Akram dengan isterinya.

HANA membuka peti mesej di telefon bimbitnya. Nombor sapa ni? Takkan silap nombor kot? Tapi dia post gambar. Tengok pilah. Manalah tahu mesej ni memang untuk aku.

Rasa nak terluruh jantung Hana melihat gabar tersebut. Dia tak percaya dalam gambar tersebut ialah Akram. Tapi ini memang wajah Akram. Orang yang tidur di sebelah dia ni kan Sheila? Ex girlfriend dia? Hana menangis.

Patutlah dia mengata aku habis-habisan. Kata aku perempuan tak dak agamalah. Rupa-rupanya dia dah ada pengganti. Tak sangka perangai dia sekotor ini. Tangisan Hana makin menjadi-jadi. Esakannya semakin kuat.

"Awat dengan hang ni Hana? Awat hang menangis?" tanya Syira. Ketika dia hendak jalan keluar, dia terdengar esakan Hana.

Hana menyerahkan telefonnya kepada Syira. Syira mengambil telefon Hana. Naik terbuntang matanya melihat gambar tersebut. Ni bukan ka Akram?

"Hana, hang percaya ka? Aku tak rasa dia buat semua ni," bangkang Syira walaupun gambar jelas di depan matanya. Mesti ada orang nak sabotaj ni.

"Kalau bukan Akram, siapa dia ni? Hang tau tak perempuan sebelah dia tu ex girlfriend dia!" cerita Hana.

"Alah Hana...sekarang ni zaman modenlah. Sapa pun boleh buat qeja macam ni. Contohnya edit. Mesti orang gila tu edit gambar ni..."

"Aku tak rasa gambar tu di edit..." Hana masih berkeras.

"Terserah dekat hang lah Hana. Dah, jom keluar jalan-jalan. Aku tengah bosan sekarang ni..."

"Yalah..."

Hana bangun lalu keluar dari bilik. Hana! Hang kena ingat! Hang bukan sapa-sapa lagi dalam hidup Akram! Dia pun cakap hang perempuan tak dak agama! Kan dia tak suka pada perempuan yang tak dak agama! Ingat tu Hana! Mesti sekarang ni dia tengah berseronok dengan Sheila. Entah-entah dia dah lupakan hang!

PAGI itu Ziqah menuju ke hospital. Nak lawat Farzana sekaligus nak bagitahu rakaman yang dia rakam perbualan antara dia dengan abang Akram semalam. Mesti ada yang ternganga dengar pengakuan daripada abangnya sendiri.

Ziqah masuk ke dalam wad menempatkan Farzana. Ketika dia masuk, semua pakat tengoh ke arah dia.

"Kenapa?" tepancul ayat tersebut daripada mulut Ziqah. Pelik bila semua tengok ke arahnya. Macam dia ni penyamun pulak.

Tak ada apa-apa..." jawab mereka semua.

Ziqah menuju ke arah Farzana yang sedang berbaring di atas katil. Di sebelahnya ada bayi. "comelnya..."

"Perempuan ke lelaki?" tanya Ziqah.

"Lelaki..." jawab Daus.

"Nama apa? Comellah...muka ada iras-iras Kak Farzana..."

"Nama dia...Muhammad Saiful Badri..." beritahu Daus. Nama yang dirancang oleh dia dan Farzana.

Ralit Ziqah bermain dengan anak Daus dan Farzana. Tak lama kemudian, baru dia teringat tujuannya datang ke mari. Ziqah membawa telefon bimbitnya.

"Kak Zizie, Abang Daus, Kak Farzana..nah, dengar ni. Rakaman ni perbualan antara Ziqah dengan Abang Akram," Ziqah membuka rakaman yang dirakam semalam.

Mereka mendengar rakaman tersebut sampai habis. Mereka tersenyum.

"Kantoilah!" ujar Daus nakal.

"Suka tapi tak nak mengaku!" ujar Zizie pula. "good job Ziqah," sambung Zizie.

"Sebenarnya akak, abang dah mengaku dan dah luahkan perasaanya kepada Kak Hana sehari sebelum mereka bergaduh pasal pekerjaan Kak Hana ni. Baru aje nak bahagia, dugaan datang melanda..." ujar Ziqah.

"Ya?" Zizie tidak percaya.

"Betul kak. Abang sendiri cerita kat Ziqah..." Ziqah mengiakan pertanyaan Zizie.

"Ziqah, hantar rakaman tu kat Kak Hana..." kata Zizie dengan ideanya yang bernas itu.

"Ok..." Ziqah menekan sesuatu di telefon bimbitnya.

"Dah send!" tutur Ziqah selepas menghantar rakaman tersebut kepada Hana.

HANA mendengar sampai habis isi rakaman tersebut. Dia langsung tak percaya kata sayang dan cinta yang diucapkan oleh Akram dalam rakaman tersebut.

Eleh! Sayang dan cintakan aku konon! Walhal dalam hati ada orang lain! Sedaya upaya Hana cuba sangkal kata-kata Akram dalam rakaman tersebut.

Hana kembali memandang laut di hadapannya. Dia kembali termenung. Namun, lamunannya terhenti apabila telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Matanya kaku memandang gambar yang dihantar tersebut. Nombor yang sama lagi. Gambar mesra Akram dengan Sheila di Mid Valley.

Memang sah Akram dah berbaik semula dengan Sheila. Buktinya gambar mesra Akram dengan Sheila di Mid Valley. Maklumlah kan Sheila tu cinta pertama Akram. Mana Akram boleh lupa macam tu ja.

Dia rela kalau Akram nak lepaskan dirinya. Dia rela walaupun hati ni macam dah kena hiris. Sakit sangat. Cuma apa yang dia tak pernah sangka yang Akram akan buat kerja kotor tu untuk lepaskan dirinya. memang tak sangka langsung.

Hana menaip mesej kepada Akram. Mungkin ini akan melukakan hati dia tapi ini saja jalan untuk membuatkan Akram dengan Sheila bahagia kembali.

Akram, kalau kau dah tak nakkan aku, kau boleh lepaskan aku dan hidup bahagia dengan Sheila...

Hana menekan butang send. Tanpa dipinta, air matanya turun dengan laju. Walaupun hati dia tak rela, tapi dia terpaksa demi kebahagiaan Akram dan Sheila.

Buat apa aku simpan harapan untuk hidup bersama dengan Akram kalau Akram sudah cintakan orang lain?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience