BAB 24

Romance Completed 254393

Hana menyimapan begnya di bonet kereta. Nampaknya dia kena drive sendiri balik Kedah hari ni sebab Akram tak boleh ikut. Katanya dia ada flight.

Kerja Hana? Don't worry. Dia awal-awal lagi dah cakap dekat Encik Zakri nak cuti sebab ada hal. Nampaknya nanti Zizie lah yang kena ganti tempat dia dalam flight....hahaha...

"Hana bertolak dulu umi, walid..." Hana menyalami mentuanya.

"Abang, Hana bertolak dulu ya.." Hana menyalami Akram pula.

Hana menuju ke kereta diikuti oleh Akram.

"Hana, kirim salam dekat ibu dan abah. Kami minta maaf sebab tak boleh join sekali memandangkan walid akan ke Tokyo nanti," ujar Ku Masyitah.

"Insya-Allah umi," Hana ingin masuk ke dalam kereta tetapi lengannya dipegang dari belakang. Hana menoleh. "Ada apa lagi?"

Terkejut Hana apabila bibir Akram sudah mendarat di dahinya. Malulah. Dahlah depan umi dan walid.

Ku Masyitah dan Tunku Amran hanya tersenyum melihat gelagat anak dan menantu mereka.

"Isy apa ni? Malulah depan umi dan walid!" marah Hana lalu tangannya mengutil lengan Akram.

"Penawar rindu. Bawak kereta tu elok-elok," pesan Akram. Risau betul dia bila Hana balik ke Kedah sorang-sorang.

"Baik big boss!" Hana masuk ke dalam kereta lalu memandu keluar dari perkarangan rumah umi dan walid Akram.

Penat memandu, Hana berhenti di R&R Tapah untuk solat maghrib. Lepas tu makan sikit. Perut pun dah lapar. Maklumlah tadi dia hanya makan sarapan pagi je. Makan sandwich dua keping dengan air teh ja. Itupun kelam kabut sebab takut lambat sampai ke rumah.

Hana menuju ke arah surau perempuan. Takkan lelaki pulak kan? Selepas mengambil wuduk, Hana segera mendirikan solat.

Usai solat, Hana segera keluar dari surau menuju ke food court. Dia hanya makan sandwich sahaja. Tak nak makan berat-berat sangat. Nanti mengantuk.

Habis makan sandwich, Hana kembali ke keretanya. Baru saja nak bukak pintu, Hana ternampak kelibat seorang perempuan dengan seorang lelaki. Itu bukan Sheila ka? Hari tu dengan lelaki lain, la ni dengan laki lain pulak? Wah, dia ni memang playgirl betul. Aku ingat selama ni hanya lelaki ja buaya darat. Tak sangka pula perempuan pun jadi buaya R&R. Tak segan pulak tu berpeluk-peluk depan orang awam.

Malaslah aku nak pikiaq pasai Sheila. Hana segera masuk ke dalam kereta. Patutlah Akram marah sangat sampai aku dipaksa untuk kahwin dengan Akram. Beruah punya perempuan! Nak ja aku keqat tiga ribu minah ni!

Dalam perjalanan, telefon bimbit Hana berbunyi. Hana melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya. Hana menekan butang hijau. Akram memberi salam di talian.

"Waalaikumussalam. Tengah drive lagi..."

"Dekat mana dah ni?" tanya Akram di talian.

"Dah nak sampai Gurun dah ni..."

"Dah makan?"

"Dah dekat R&R Tapah tadi. Akram...aku nak tanya kau something boleh? Tapi jangan marah..."

"Apa dia?"

"Sheila tu playgirl ke?" suara Hana takut-takut.

"Kenapa kau tanya?" ada nada tidak puas hati dari Akram.

"Saja nak tanya...sebab tadi aku terjumpa dia dekat R&R Tapah."

"Oohhh...maybe dia playgirl...dahlah malas aku nak fikir!" suara Akram tegas di talian. Jelas sangat tak suka dengan pertanyaan dia.

"Weyhh...aku offluh. Nanti kalau dah sampai aku call kau."

"Ok. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam..."

Hana meletak kembali telefonnya di atas seat penumpang. Kini dia hanya fokus kepada pemanduannya. Kalau tak fokus, kot ada orang yang datang melawat kita dekat hospital.

Tiba-tiba fikiran Hana terbayang pasal Sheila yang dia terjumpa di R&R Tapah tadi. Awatlah Sheila jadi macam tu? Hari tu lelaki lain, tadi lelaki lain. Ketika Akram memperkenalkan dirinya kekasih merangkap bakal isterinya, jelas sekali Sheila tak suka dengannya. Mungkin Sheila fikir yang aku ni perampas boyfriend dia.

Lantaklah si Sheila tu nak pikiaq apa. Janji aku ni tak merampas hak sesiapa pun terutamanya Akram. Akram tu yang rampas kehidupan aku. Akram yang merayu dekat aku supaya kahwin dengan dia. Jadi aku tak dikategorikan dalam merampas pakwe Sheila.

Tapi, dalam tempoh sebulan aku dah kahwin dengan Akram, layanan dia terhadap aku elok ja. Tak kepo sangat. Pelik! Kalau dulu jumpa ja, mesti bergaduh. Tapi sekarang, mamat kepo tu bukan main romantik lagi dengan aku sejak aku mintak tangan kanan dia untuk salam.

Dalam dok terfikirkan tentang Akram dan Sheila, telefon bimbitnya berbunyi. Hana mencapai telefon bimbitnya lalu menekan butang hijau.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam. Hana, ibu ni. Hang dok tang mana la ni?" sapa Hajah Aisyah di talian.

"Ibu toksah qisau la. Hana dah lepas Gurun ni. Dalam beberapa jam lagi, Hana sampai."

"Tak pa lah kalau macam tu. Bawak qeta tu elok-elok. Kalau ada apa-apa, hang telefon tau!"

"Oklah ibu. Hana letak dulu. Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..."

Hana kembali fokus kepada pemanduannya.

ALHAMDULILLAH! Akhirnya sampai jugak! Syukur Hana di dalam hati. Sememangnya badan dia terasa letih sekarang ni. Maklumlah ini kan first time dia drive dari KL ke Kedah sendiri. Hana keluar dari kereta.

Hajah Aisyah yang sedang menunggu di hadapan pintu segera meluru ke arah anaknya. Rasa bersyukur tak terkira apabila anaknya selamat sampai ke rumah.

"Assalamualaikum ibu!" Hana menyalami Hajah Aisyah.

"Waalaikumussalam...hang sampai jugak! Ibu qisau pasai hang. Tapi Akram mana? Hang balik sorang-sorang?" pelik Hajah Aisyah apabila kelibat menantunya tiada.

"Memanglah Hana balik sorang-sorang. Akram katanya dia ada flight ke Shanghai. Lepas tu, umi dan walid kirim salam dekat ibu dan abah. Depa kata depa tak leh join sekali untuk sambut hari jadi ibu memandangkan walid akan ke Tokyo..." Hana menyampai pesanan Ku Masyitah.

Hajah Aisyah menjawab salam. "tak pa lah kalau macam tu...jomlah masuk."

Hana mengangkat begnya lalu masuk ke dalam rumah.

"Dah sampai pun anak abah ni..." Hana hanya tersenyum. Beg pakaiannya diletak di atas lantai lalu menyalami abahnya.

"Mestilah...kalau tak sampai lagi la ni, kot satgi ada oqang yang tercongok depan pintu tu tunggu Hana balik," Hana mengusik ibunya. Hajah Aisyah menampar perlahan tangan anaknya.

"Hang makan dak lagi ni?"

"Belum lagi bah. Tadi makan sandwich ja dekat R&R Tapah. Lapaqlah..." Hana tayang muka lapar seringgit dia.

"Kalau macam tu satgi hang pi makan apa yang ada dekat dapoq tu. Ibu masak banyak!"

"Kejap lagilah bah. Hana nak mandi dulu."

"Ha lah...tapi satigi hang makan tau!"

"Ya abah..."

Hana masuk ke dalam biliknya. Hana perasan ada kelainan dalam biliknya. Satu, biliknya tersusun rapi. Setahu dia dulu, sebelum dia tinggalkan rumah ni bilik dia dalam keadaan bersepah. Kedua, cadar katil dan sarung bantal telah ditukar. Semuanya rapi. Dan yang ketiga Hana tak boleh blah adalah biliknya sudah ada air conditioner atau bahasa melayunya pengdingin hawa. Sapa pulak yang letak pendingin hawa dalam bilik aku? Dia terbang pastu hinggap dekat dinding bilik aku ni ka?

Hesy Hana! Apa yang hang meqepek sorang-sorang ni? Ada pulak pendingin hawa tu boleh terbang! Tapi sapa yang mai letak pendingin hawa ni dalam bilik aku ni? Ada ja habuan nak teqebangkan duit abah aku! Tak pa lah...satgi aku tanya ibu dan abah. Sekarang ni aku nak mandi. Dari pagi sampai sekarang masih tak mandi lagi. Dah bau kambing sekarang ni. Hana mencapai tuala lalu menuju ke bilik mandi.

Selepas mandi, Hana kembali ke biliknya. Rambutnya yang panjang paras panggan itu disikat rapi. Dia mencapai telefon bimbitnya. Mak aii!! Banyaknya missed call dari Akram! Ni kalau aku call balik, saheh kena bebel.

Hana mendail nombor Akram. Telefonnya dilekapkan ke telinga. Tak sampai beberapa saat, panggilannya diangkat. "Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam! Tadi kenapa kau tak angkat phone masa aku call tadi?"

Dia start dah nak membebel! Bersiap sedialah Hana! Bersedialah wahai telinga.

"Sorry...aku mandi tadi. Takkan aku nak angkut phone ke bilik ayaq sekali kot?"

"Aku tak kata pun. Tapi kenapa tak call aku sebelum mandi?"

Amboi! Soal aku ni macam jenayah pulak!

"Sorrylah...aku excited sangat jumpa ibu dan abah aku. Bukan senang tau nak balik jumpa ibu dan abah."

"Yalah...dah makan?"

"Belum. Nak sembahyang dulu baru makan."

"Oh...oklah kalau macam tu. Kirim salam aku dekat ibu dan abah tau."

"Yalah...bye...assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Hana meletak kembali telefonnya di atas meja solek. Hana hanya tersenyum apabila mengenangkan sikap Akram yang terlebih risau dan prihatin itu. Hana segera mendirikan solat.

Usai solat, Hana menuju ke dapur. Wah sedapnya! Kari kepala ikan! Dah lama aku nak makan kari kepala ikan ibu.

Dah masuk tiga kali Hana menambah nasi. Maklumlah dah lama tak makan masakan ibu. Jadi, macam nilah jadinya. Macam tak makan nasi sebulan.

"Ya Allah! Ni dah berapa pinggan ni? Dari tadi makan tak berhenti lagi," tanya Hajah Aisyah. Anak dia tu kalau dah boleh makan, tak ingat nak berhenti. Nak telan ja...

"Dah tiga kali ibu. Alah bu, bukan selalu Hana dapat makan masakan ibu. Bila Hana balik KL nanti, Hana tak dapat makan masakan ibu dah," sengaja Hana buat suara sedih. Hana mencapai satu lagi ikan temenung goreng.

"Hah ibu. Abang Akram kirim salam..."

"Waalaikumussalam..."

Dah puas makan, Hana meletak pinggan di sinki. Tak basuh pinggan dah. Dah makan, mata mula berat. Selesai mencuci tangan, Hana menuju ke bilik. Tidur.

TELEFON yang berbunyi mengganggu ketenteraman Hana nak tidur. Sapa pulak yang ganggu aku pagi-pagi ni? Baru nak sedap tidoq, dah ada yang mengganggu. Hana menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum!" ucap pemanggil tersebut.

Mamat kepo? Dia nak apa pulak dah pagi-pagi ni? "Waalaikumussalam! Ada apa call aku pagi-pagi ni?" matanya cuba dicelikkan.

"Hang mai ambik aku dekat airport la ni jugak!" arah Akram seperti tuan besar. Siap caka Kedah lagi.

Amboii! Ingat aku ni driver dia ka apa? Nak arah orang! Dia suruh aku pi ambik dia dekat airport pulak tu!

"Banyak hang punya hensem! Takkan aku nak drive ke KL balik sebab nak ambik hang dekat airport ja?" soal Hana bodoh.

"Aku tanya kau, dekat Kedah ni tak dak airport ke?"

Hana tergamam. Dia ada dekat Kedah ka? Tapi bukan dia kata dia ada flight ke Shanghai ka?

"Kau ada dekat Kedah ka la ni?" tanya Hana. Maklumlah masih blur lagi.

"Yalah Puan Nur Hana Adriana oii!"

"Kau tunggu jap. Dalam sepuluh minit aku sampai..." Hana memutuskan talian.

Hana merenung jam loceng Spongebob miliknya. Mak aii! Baru enam setengah pagi. Dia ni memang mengganggu ketenteraman aku lah! Elok sedap landing, dia pulak mai kacau!

Setelah menyarung tudung di kepalanya, Hana mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya lalu keluar dari bilik. Selalunya waktu-waktu macam ni abah dan ibu tak balik lagi. Still ada dekat surau lagi.

Hana memandu keretanya menuju ke airport. Sampai sahaj di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Hana memarkir keretanya. Hana keluar dari kereta lalu masuk ke dalam balai ketibaan. Di situ nampaknya Akram sudah menunggunya sambil bermain dengan handphone. Boring sangat dah lah tu!

"Lama tunggu?" tanya Hana.

"Bolehlah..." jawab Akram acuh tak acuh.

"Ni aku nak tanya, macam mana hang ada dekat sini? Bukan hang kata hang flight ke Shanghai ka?" soal Hana pelik.

"Aku cakap ja..." balas Akram lalu tersenyum.

Mangkuk ni ada ja lesen dia nak kenakan aku! Geram betul aku!

"So, you already plan all of this to trouble me in this morning?" Hana bersuara geram. Geram dia mendengar kata-kata Akram tadi.

"Memang pun! I like to trouble you..."

"Banyak hensem! Dah, jom balik!" Hana mengorak langkah menuju ke keretanya. Tergesa-gesa Akram mengikut langkah Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience