BAB 22

Romance Completed 254384

Hana mengeliat sakan. Pusing ke kiri dan kanan. Rasa sedap pulak tidur atas comforter ni. Empuk dan selesa macam atas katil. Atas katil? Hana bangun dari pembaringannya. Terkejut Hana apabila dia memang betul-betul atas katil.

Macam mana aku boleh ada atas katil ni? Setahu aku, aku tidur atas comforter semalam. Hana memeriksa bajunya. Lengkap. Tudung pun masih lekat kemas di kepalanya. Akram ka yang letak aku atas katil ni?

Hana melihat ke bawah tempat tidurnya semalam. Akram pulak yang tidoq tempatnya. Selesa ka dia tidoq atas comforter tu? Hana bangun dari katil lalu mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja solek. Dah pukul sembilan pagi. Hari ini mereka kena balik ke rumah umi dan walid.

Hana mengejutkan suaminya. "Akram...bangunlah. Kita kan nak balik rumah umi dan walid hari ni."

Akram masih tak bangun. Mak aiii! Liatnya dia ni nak bangun! "Akram! Bangun!"

"Emmm....kenapa?"

"Dia boleh tanya kenapa? Hey! Bangunlah! Kau cakap semalam kita balik rumah umi dan walid hari ni."

Akram mencelikkan matanya. Rasa ngantuk masih menguasai dirinya. "Sekarang pukul berapa?"

"Dah pukul sembilan pagi. Kau bangun basuh muka, gosok gigi. Berus gigi ada dekat dalam tu. Aku dah letak.."

Akram bangun menuju ke bilik air. Badannya rasa letih sangat. Entah larat ke tidak dia nak drive.

Kesian pulak aku tengok Akram. Tak pa hari ni aku yang drivelah. Lagipun jauh dari Kepong nak ke Kajang. Lagipun jalan nak ke rumah walid senang ja. Akram masuk ke dalam bilik kembali selepas mencuci muka dan gosok gigi.

"Aku mandi kejap tau. Kau tengoklah tv dulu. Pagi-pagi ni ada Tom&Jerry..."

Hana menuju ke ruang tamu. Dia membuka televisyen lalu buka siaran cartoon network. Hah! Ada pun!

"Nih...tengok Tom&Jerry. Aku mandi jap."

Hana menuju ke bilik mandi. Akram duduk di sofa layan Tom&Jerry. Tiba-tiba perut Akram berkeriut. Aduh, laparlah pulak. Akram bangun menuju ke dapur. Nak masak apa ni?

Kau pandai masak ke Akram? Jangan tak tahu! Akram ni pandai masak.

Akram membuka kabinet dapur. Ada bungkusan mi. Nak buat apa hah? Alah...masak mi goreng jelah. Sementara Hana mandi, dia bolehlah masak dulu.

Bab masak mi ni dia memang terer. Bukan nak puji diri sendiri ya tapi memang kenyataan ok! Selepas meletakkan garam, digaulkan semuanya sehingga sebati. Siap! Akram mencedok mi goreng tersebut kepada dua pinggan. Kenapa dua pinggan ja? Sebabnya Zizie ada flight hari ni.

Akram menghidangkan mi goreng tersebut di atas meja makan. Mi goreng ala Chef Tunku Akram Haris sudah siap! Hahaha...perasanlah kau ni Akram! Ber chef-chef segala.

Siap memakai baju dan tudung, Hana keluar dari bilik. Sedapnya bau! Siapalah yang masak ni? Sedap gila bau! Hana menuju ke meja makan. Wah! Mi gorenglah. Nampak macam sedap ja. Tapi, sapa yang masak?

"Hah tuan puteri dah siap mandi? Mai sini makan. Chef dah siap masak!"

Hana duduk di kerusi meja makan. Mamat kepo ni yang masak? Macam tak percaya ja. Nampak gaya macam bendul...hahaha...Astaghfirullahalazim! Tak baik kutuk. Tapi betul kot dia masak sebab Zizie mana ada. Dia ada flight awal hari ni. Mana sempat. Kalau betullah mamat kepo ni yang masak, terer jugak! Bagus!

"Jangan tak tahu, aku ni pandai masak tau!" kata Akram apabila dia lihat Hana hanya merenung mi goreng tersebut. Tak makan langsung. Takut tak sedaplah tu! Huh!

"Kau masak ke ni? Cepat betul kau masak. Hebat," puji Hana. Nampaknya ada chancelah nak buli Akram suruh masak. Kahkahkah....

"Jangan pandang rendah pada Tunku Akram Haris..."

Eleh pantang kena puji sikit, nak melenting. Aku tampar kang! Tak boleh blah dengan perangai kerek dia tu.

"Perasan!"

"Mana ada perasan," Akram mencebik. Hana hanya tersenyum melihat cebikan Akram. Hana menyuapkan mi goreng tersebut ke dalam mulutnya.

Boleh tahan suami aku ni masak. Sedap. Nampaknya akan dapat awardlah dia ni. Bagi award mamak mi goreng dahlah.

"Macam mana rasanya? Sedap?" tanya Akram apabila Hana hanya diam bila makan mi goreng yang dimasaknya. Tercekik ke apa?

"Boleh tahan sedap! You're good in cooking..."

"Tulah orang cakap. Tapi tadi dia cakap orang perasan pulak."

"Aku tarik balik apa yang aku cakap tadi..."

"Kenapa?"

"Sebab kau tu suka perasan!" ujar Hana lalu menyuapkan mi goreng tersebut ke dalam mulutnya. "Eh! Makanlah cepat! Nanti lambat pulak sampai rumah umi. Hari ni biar aku yang drive."

"Tak payahlah...biar aku yang drive."

"Hay excusa!" Hana mula cakap Spanish.

"Apa pulak dah yang dia sebut..." gerutu Akram.

"No excuse..."

"ASSALAMUALAIKUM! " Hana memberi salam apabila masuk ke dalam rumah yang serba mewah itu.

"Waalaikumussalam! Dah sampai pun Akram dengan Hana. Kenapa lambat sangat?" tanya Ku Masyitah apabila anak dan menantunya tiba hampir waktu tengahari.

"Kami makan breakfast dulu. Lepas tu baru bertolak. Memandangkan abang Akram ni tak larat, so Hana lah yang drive..." beritahu Hana.

"Kalau umi nak tahu, Hana ni kalau bawak kereta kalah pelumba F1. Rasanya kalau Micheal Schumaker ada mesti botak kepala dia bila tengok Hana bawak kereta..." sengaja Akram menyakat Hana.

Hana menjeling Akram. Mengata tu lebih sangat!

"Baru tau?"

"Memang baru tau pun!"

Ku Masyitah hanya menggeleng melihat telatah anak dan menantunya. "Dah, tak payah nak gaduh. Hana dan Akram mesti letih kan? Pergilah rehat dulu.

Letih? Takkan baru drive dari Kepong ke Kajang dah letih? "Tak palah umi. Hana tak letih pun...Abang Akram ni yang letih lebih..."

"Tak apalah. Hana dengan Akram pergilah berehat dulu. Nanti malam kita makan sama-sama ya? Walid outstation ke Bali."

"Ok umi. Jom sayang..kita masuk bilik..." Akram menggenggam tangan Hana.

Erkk? Sayang? Kerek gila dia ni! Nak bersayang-sayang segala depan umi. Nak kena ni!

Akram menutup pintu bilik apabila Hana sudah masuk ke dalam bilik. Akram membaringkan badannya di atas katil. Rasa mengantuknya masih ada. Tak pernah dia rasa mengantuk macam ni.

Hana memandang ke arah Akram. Masih mengantuk lagi ka? Tiba-tiba kata-kata Akram di New York dulu terjah dalam kotak fikirannya. 'tapi dia tu ganas macam king kong!'

"Akram..."

"Emm..."

"Nak tanya sikit boleh tak?"

"Apa?"

"Apa yang kau kutuk aku masa dekat NY dulu?"

Akram bangun dari pembaringannya. "Mana ada aku kutuk kau?"

Pelik macam mana Hana tahu aku kutuk dia masa dekat New York dulu.

"Jangan tipulah! Kau cakap aku ganas macam king kong kan?" kata-kata Hana itu menarik sengih Akram.

"Macam mana kau tahu?"

"Arr...Riana habaq dekat aku," Fuh! Line selamat!

"Dia yang cakap? Tapi aku ada jugak puji kau!"

"Cute?"

"Well...yeah...tak boleh ke nak puji?" tanya Akram sambil merenung tepat ke wajah Hana.

Hana hanya tersenyum. "Aku tak kata pun tak boleh. Puji jelah. Kalau kau puji aku banyak-banyak, lagi bertambahlah sayang aku dekat kau."

"Kau sayang aku ke?" tanya Akram sambil keningnya dijongketkan.

"Bolehlah...sayang kau sebagai suami aku," mesti pipi aku tengah merah sekarang ni. Macam mana boleh terlepas cakap?

Akram memerhati wajah Hana yang sudah kemerah-merahan. Nampak comel.

Hana memerhati ke arah lain apabila Akram khusyuk memerhati wajahnya. Rasa malu pulak. "apahal kau usya aku sampai macam tu sekali?"

"Nothing. Muka kau nampak comel bila pipi kau blushing," Hana tersenyum lagi bila Akram memuji dirinya.

Hana menampar pipi Akram perlahan. "Mengada! Tak dak kerja lain ka?"

"Ada...tengah usya wajah Nur Hana Adriana binti Zainudin sekarang ni..."

Hana mencebik. Ek eleh! Kerek ja bunyi ayat dia tu. Siap sebut nama penuh aku pulak tu. Sekali dengan nama abah lagi.

"Tak payah nak usya lebih-lebih sangat, Dah, tadi kau kata penatkan? Tidur, aku nak tolong umi dekat dapur."

"Tak payahlah..."

"Nak!"

"Tak payahlah..."

"Nak jugak!"

"Nak tolong umi dekat dapur jugak?"

"Aha..."

"You can go..."

Hana berpaling hendak menuju ke arah pintu. Tiba-tiba tangannya direntap dari belakang membuatkan dia jatuh atas tubuh Akram. Akram memeluk Hana erat.

"Eiii!! Apa ni?! Lepaslah!" Hana membentak apabila Akram memeluknya.

"Nope...you must stay with me untill I sleep," tapi sebenarnya dia nak Hana selalu dengan dia dalam keadaan macam ni. Best sangat! Haish Akram...lebih tu!

"Mengada betullah! Ok, aku temankan..." dia tak kisah sebenarnya nak teman Akram tidur tapi bukan dalam keadaan macam ni. Buat dia rasa tak selesa lah...

Beberapa minit saja Akram dah tertidur. Tetapi Akram masih memeluk Hana. Perlahan-lahan Hana mengalihkan tangan Akram lalu keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience