BAB 11

Romance Completed 254393

Hana keluar dari Xiamen Gauqi International Airport bersama pramugari Emelyn dan pramugari Syiha. Mereka bertiga sepakat untuk tidur sebilik di Sheraton Xiamen Hotel. Untung jugak Hana hari ni kerana dapat pramugari yang tak kurang jugak perangai macam Kak Dibah. Banyak cakap.

Mereka bertiga naik teksi dan menuju ke hotel. Selepas membayar harga bilik, mereka segera menuju ke bilik mereka. Hana membuka kunci pintu bilik mereka. Boleh tahan mewah. mahu taknya...harga pun boleh tahan mahalnya. Nasib baiklah ada duit jugak. Kalau tak, jangan harap boleh masuk ke dalam hotel mewah ni.

Hana teringat sesuatu. Hana membuka kalendar di telefon bimbitnya. Hah...sepuluh hari lagi hari jadi dia..

Mana sempat abang aku balik nak sambut hari jadi aku dekat Malaysia. Lagipun abang aku kan kena outstation sampai tiga minggu. Mana sempat...huhuhu...ke aku perlu balik Kedah? Sambut dengan ibu dan abah. Tapi sapa nak hantaq aku balik sana? Apa yang susah Hana? Balik jelah naik bas. Kan tak susah.

Betul jugak! Hana bersetuju dalam hati. Tapi hari ni dia bersyukur sangat sebab mamat kepo a.k.a. Akram tak sama flight dengan dia. Seronoknya! Nampaknya harapannya semalam dimakbulkan.

Tiba-tiba perutnya berkeriut. "Aduh...laparlah pulak," Hana memegang perutnya. Ada ke tempat jerang air elektrik dalam bilik ni? Mata Hana melilau mencari jag air. Yes! Adapun.

Hana bangun dari tempat duduknya lalu bawa keluar maggi cup. Apabila air tersebut mula mendidih, Hana menuangkan air tersebut ke dalam maggi cup. Hana duduk di atas katil sambil makan maggi tersebut.

Sedapnya dapat makan maggi! Maklumlah dah lama tak makan maggi. Kuah yang panas itu dihirup perlahan-lahan. Kalau straight, ada jugak mulut yang melecur. Dah habis belasah semua maggi, cup maggi tersebut dibuang ke dalam tong sampah kecil yang disediakan. Akibatnya...mata start mengantuklah.

Haji Zainudin dan Hajah Aisyah awal pagi lagi dah turun ke sawah. Mencari rezeki. Semenjak Hana dan Hafiz tak dak, Hajah Aisyah jugak turun awal ke sawah. lainlah kalau ada Hana dan Hafiz, Hajah Aisyah turun lewat sikit sebab kena buat sarapan dulu.

Hajah Aisyah menghulurkan botol air kepada suaminya yang sudah peluh. Haji Zainudin mengambil botol air yang diserahkan oleh isterinya lalu meminumnya. Habis sebotol tu diminum oleh Haji Zainudin. Maklumlah dah masuk tengahari, peluh pun mula keluar banyak. Panas pula. memang akan terasa haus.

Haji Zainudin duduk di sebelah isterinya. Diserahkan kebali otol air tersebut kepada isterinya. Haji Zainudin memerhati isterinya. Macam tengah fikirkan sesuatu.

"Tengah pikiaq pa tu? Khusyuk betoi abang tengok," tanya Haji Zainudin.

"Tengah pikiaq pasai si Hana tulah. apa khabaq dia sekarang ni? Sihat ke tak? Cukup makan ke tak?" risau benar Hajah Aisyah. Yalaj, macam mana dia tak risaukan anaknya. Anak perempuan pulak tu. Macam-macam boleh jadi.

"Insya-Allah dia sihat aih dekat KL tu. Yah tak payah lah qisau. Hafiz kan ada. Zizie pun ada..." ujar haji Zainudin tenang. Cuba menghalau rasa gusar di dalam hati isteri.

"Tak leh kira jugak! Hafiz tu kan selalu outstation," Hajah Aisyah masih risau tentang Hana.

Haji Zainudin memegang bahu isterinya. "dahlah tu. Tak payah pikiaq sangat. Insya-Allah anak kita tu sihat dan cukup makan. Lagipun dekat KL tu ada banyak kedai makan. Buat apa nak qisau?"

Hajah Aisyah hanya diam. Masih terfikirkan si Hana. Tapi dipujuknya hati supaya tak fikir bukan-bukan pasal Hana.

Simpati pulak Haji Zainudin tengok keadaan isterinya. Risau sangat! Haji Zainudin mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar lalu diserahkan kepada Hajah Aisyah.

"Nah...call si Hana tu. Bagi tenang sikit hati awak tu."

Hajah Aisyah tersenyum. Dia segera mengambil telefon bimbit suaminya lalu mendail nombor Hana tapi panggilannya tak berjawab. Hajah Aisyah mencuba sekali lagi tetapi masih sama. Tak berangkat. Hajah Aisyah menyerahkan kembali telefon suaminya.

"Awat?"

"Tak angkat. Saya risaulah bang..."

"Tak yah risau sangatlah. Agaknya duduk dalam kapal terbang lah tu."

Hajah Aisyah dah mula buat muncung. Haji Zainudin mengeluh. "daripada awak buat muncung macam itik tu, baik awak balik...masak makanan tengahari untuk saya. Perut saya dah lapar ni."

Bulat mata Hajah Aisyah mendengar kata-kata suaminya. Hajah Aisyah mencubit lengan suaminya. Geram sungguh apabila suaminya kata dia muncung macam itik.

"Saya balik dulu. Tak nak balik sekali ka?" tanya Hajah Aisyah.

"Yah baliklah dulu. Abang ada kerja sikit lagi."

Hajah Aisyah segera beredar pulang. Nak masak makan tengahari untuk suaminya. Kalau tak masak, terjun bendang(sawah) pulak. Suami dia tu memang kuat merajuk. Merajuk-merajuk manja.

Selesai membuat kerja, Haji Zainudin segera pulang ke rumah. Bau aroma tumis sambal dah menusuk hidung. Buat perutnya bertambah keroncong.

"Masak pa?"

"Astaghfirullahalazim!" terkejut Hajah Aisyah apabila disapa begitu. Haish! Lain kali bagilah salam dulu!

"Isy abang ni! Lain kali bagilah salam dulu!" marah Hajah Aisyah. Bagi salam pun tak. Mai-mai terus sapa. Maunya tak terkejut.

"Assalamualaikum!" Haji Zainudin mengikut perintah isterinya.

"Waalaikumussalam," jawab Hajah Aisyah.

Siap masak sambal ikan temenung, Hajah mencedok sambal ikan temenung tersebut ke dalam mangkuk lalu menghidangkannya di atas meja makan. Haji Zainudin sudah pun mencapai pinggan. Baru nak cedok nasi, Haji Zainudin ditegah oleh hajah Aisyah.

"Eh...pi mandi dulu. Macam mana nak makan dalam keadaan kotor macam ni?" Hajah Aisyah dah tukar jadi warden asrama.

"Ye lo..." Haji Zainudin beredar dengan wajah masam. Merajuk! Hajah Aisyah hanya ketawa melihat telatah suaminya. Macam budak-budak 10 tahun.

Lega rasanya bila dia dah sampai di Malaysia. Serius boring duduk dekat Xiamen. Walaupun keluar jalan-jalan, tapi semua tu tak dapat halau rasa bosan dalam hatinya.

Letih rasanya duduk buat bodoh dalam kapal. Bosan gila! Keluar sahaja dari balai ketibaan antarabangsa, Hana segera menuju ke tempat parkir kereta. Bukan guna kereta sendiri ya tapi kereta Zizie. Memandangkan Zizie flight dia lama sikit, jadi dia bagi lampu hijau bawa kereta dia. Nasib baiklah dia ada lesen kereta. Jangan terkejut. Hana menuju ke arah kereta Suzuki Swift milik Zizie.

Baru nak buka pintu, Hana terdengar ada orang memanggil namanya. Bukan Hana tapi Riana. Suara yang memanggil dia tu macam pernah dengar. Macam suara mamat kepo. Hana menoleh. Ha Arr! Betullah tu mamat kepo! Aduh, terjumpa lagi. Memang hari 'bahagia' aku hari ni. Lah...dia datanglah pulak! Mengacau betullah dia ni! Awat tak main jauh-jauh dari aku? Menyibuk alam!

"Mana Zizie?" tanya Akram.

Kereknya ayat. Dia nampak ka Zizie terpacak dekat sini? Tak dak kan? Boleh tanya lagi. Macam bodos ja.

"Err...dia flight ke Japan tiga hari lepas. Esok baru balik," jawab Hana gugup. Tiba-tiba pulak!

"Ooo...baru balik ke ni? Flight ke mana?"

Mamat ni lebih aihh...yang nak sibuk aku flight ke mana tu apahal? Hesy!!

"Xiamen..." jawab Hana sepatah. "Emm...tak palah. Aku balik dulu. Letih..."

Alasan nak larikan diri!

"ok.."

Hana masuk ke dalam kereta. Dihidupkannya enjin kereta lalu segera memandu keluar dari tempat parkir kereta.

Mamat kepo tu kalau dia berhadapan dengan aku yang dia kenal sebagai Riana, bukan main baik lagi. Kalau dia kenal aku sebagai Hana, hmmm hampeh! Jangan harap nak baik. Bertambah buruk adalah.

Hana teringat kata-kata Zizie tempoh hari. "Akram yang aku kenal dia memang seorang baik. Tak pernah sombong walaupun dia tu anak orang kaya. Hang jangan tak tau. Dia suka kawan dengan orang yang tak sama darjat or tak setaraf dengan dia. Aku ada lah tanya dia pasaipa dan dia jawab senang kawan dengan orang miskin. Tak sombong macam orang kaya."

Baik juga mamat kepo tu. Tapi apsal bila dia berhadapan dengan aku je, dia jadi 'drakula'? Itu yang aku pelik. Ahh! Biar jalah. Kalau hang fikir bukan dapat apa pun Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience