BAB 2

Romance Completed 254393

"Jaga diri hang tu elok-elok tau dekat Kuala Lumpur tu. Kalau ada apa-apa, hang calli aku," pesan Hana kepada Zizie sebelum Zizie masuk ke dalam keretanya.

"Hang pun sama Hana," Zizie memeluk Hana. Rasa berat hatinya nak tinggalkan kampung ni dan Hana. Sudah dua minggu dia duduk di kampung ni.

"Zizie...jangan lupa tau! Tolong carikan aku qeja dekat KL tu. Kerja apa-apa pun boleh asalkan halal..."

"Insya-Allah Hana...dahlah aku balik dulu. Mak, Zie balik dulu. Assalamualaikum!" Zizie menyalami emaknya.

"Hang bawak kereta tu elok-elok," pesan Puan Maimunah.

"Baik mak..." Zizie masuk ke dalam kereta miliknya.

Hana beredar ke tempat lepaknya. Zizie baru ja pergi. Dah rasa rindu dekat kawannya yang sorang tu.

Sekarang dia rasa sunyi balik. Huhuhu...bosannya! Kalau Zizie ada lagi, mesti boleh sembang-sembang lagi dengan dia sekarang ni.

Baru ja nak termenung, ada suara yang menegurnya. "termenung ka?"

Hana berpaling ke belakang. Hampir nak terjerit dia apabila orang dia sayang balik. Dah dua tahun abang dia tak balik. Kira outstation selalu.

"Abang!!" Hana menuju ke arah abangnya.

Nama abang dia Hafiz Ziyad. Seorang jejaka yang paling hensem bagi Hana. Jangan fikir lain erkk! Ni abang kandung tau! Berumur dua puluh tujuh tahun. Walaupun dah tua, tapi masih belum berpunya. Still single sampai la ni. Kerja sebagai arkitek. Bagi Hana, abang dia ni adalah abang yang paling baik. Sebab apa? Sebabnya kalau setiap kali abang dia tu dapat gaji, mesti post kan sikit ke dalam akaun Hana, abah dan ibu. Baik tak abang dia? Baik kan...? Tapi sapa nak masuk ke dalam ruang hidup abang dia ni mesti isi borang dulu sebab abang dia ni tak suka nak fikir perempuan buat masa la ni. Macam poyo kan?? Tapi itu memang hakikatnya. Kalau tanya awat, dia pun tak tahu.

"Amboi! Rindu sangat ka kat abang?" tanya Hafiz.

"Mestilah...abang kan abang kesayangan Hana," puji Hana. Puji ada makna.

"Yalah tu...ni yang lepak dekat sini sorang-sorang awat? Mana Zizie?" tanya Hafiz apabila kelibat Zizie tiada.

"Baru ja balik tadi. Abang pulak bila sampai?"

"Ni pun baru ja sampai...dahlah tu nak berangan depan sungai ni. Ikan pun dah jemu tengok muka adik abang ni termenung depan depa..." usik Hafiz. Lama tak kenakan adik dia yang sorang ni.

"Perli nampak?"

"Bukan perli cuma sindir..." Hana mencubit lengan abangnya. Tak habis-habis nak kenakan dia.

"Dahlah...jom balik. Abang lapar lah. Hana temankan abang makan yerr?"

"Ibu dengan abah mana?"

"Depa keluaq pi kedai...nak beli barang dapoq..."

"yalah kalau macam tu..."

Hana dan Hafiz seiring pulang ke rumah.

Hana terjaga dari tidurnya apabila haruman nasi goreng menusuk hidungnya. Aroma nasi goreng ibu ni boleh buat perut Hana berkeroncong cepat. Hana menyikat rambutnya lalu diikat satu. Hana segera keluar dari bilik.

"Pagi ibu!" Hana memeluk Hajah Aisyah dari belakang.

"Awalnya bangun?!" tanya Hajah Aisyah. Anak dara dia ni kalau pagi-pagi liat nak bangun. Tiba-tiba pulak hari ni anak bongsu dia tu bangun awal.

"Bau nasi goreng ibu tulah yang buat Hana bangun awal," Hajah Aisyah hanya menggeleng mendengar kata-kata anaknya.

Hafiz yang baru keluar dari bilik hanya tersenyum melihat gelagat adiknya. Adik dia tu memang manja dengan ibu dan abah.

"Eiii! Budak busuk tak malu peluk orang pagi-pagi. Mandi ke tak lagi ni?"

Hana menjeling geram. "ikut suka arr. Abang tak payah nak jeles sangat ok."

"Dah, dah! Kamu berdua ni satgi mula bergaduh. Hana, hang pi mandi dulu. Lepas tu, baru boleh makan."

Hana hanya akur dengan arahan ibunya. Hana menjeling tajam apabila lalu disebelah abangnya.

Siap memakai baju, Hana keluar menuju ke dapur. Nampaknya abah, ibu dan abang dah tunggu dirinya untuk makan pagi sama-sama. Inilah yang dikatakan keluarga bahagia. Cewah! Ayat!

Selepas membaca doa makan, mereka segera makan. Tiba-tiba suara Mail, si penghantar surat memekak di hadapan rumah.

"Mail tu..." kata Hajah Aisyah.

"Tak palah. Biaq Hana pi tengok..." Hana bangun menuju ke bilik untuk ambil tudung. Selepas menyarung tudung di kepalanya, Hana segera keluar menuju ke Mail.

"Ada apa Mail?" tanya Hana.

"Ni ada surat untuk Kak Hana..." Mail menyerahkan sepucuk surat kepada Hana.

"Terima kasih Mail..." Hana mengucapkan terima kasih.

"Sama-sama kak. Saya pergi dulu," Mail segera beredar.

Hana memerhati surat tersebut. Surat dari syarikat penerbangan? Hana menuju ke pangkin yang berada di bawah pokok. Hana duduk di situ. Syarikat penerbangan? Untuk apa pulak ni?

Hana membuka surat tersebut. Hana membaca isi kandungan dalam surat tersebut. Hah?! Tawaran jadi pramugari? What the...? Apahal tiba-tiba pulak aku dapat offer yang cenggini punya? Tak mahu aku jadi pramugari. Nanti nak kena buka tudung. Oh tidak!

Hana masuk ke dalam rumah. Hana duduk di atas kerusi. Ni mesti qeja Zizie ni. Yalah, aku kan ada minta tolong dia supaya cari qeja kat aku. Tapi awat dia bagi tawaran kerja kat aku sebagai pramugari? Memang nak kena Zizie ni!

"Surat apa tu Hana?" tanya Haji Zainudin apabila ternampak kelibat anaknya masuk ke dalam rumah dengan membawa masuk surat.

Hana terkedu. Macam mana aku nak habaq kat abah ni? Kalau dia tau ni, mengamuk kang kan susah! Tapi ni bukan hang yang mintak! Depa yang bagi tawaran. So, relax jelah Hana.

"Hana, abah tanya ni. Tu surat apa tu?" tanya Haji Zainudin sekali lagi apabila soalan pertamanya tidak dijawab.

"Ada apa ni? Abang, Hana?" giliran Hajah Aisyah yang turun padang. Hafiz hanya memerhati.

"Bagi kat abah surat tu..." pinta Haji Zainudin. Hana menyerahkan surat tersebut kepada abanhnya. Takut pun ada.

Haji Zainudin membaca isi yang tertulis dalam surat tersbut. Kemudian, dia memandang anaknya. "hang mintak qeja ni ka?"

"Taklah abah. Serius Hana tak minta pun nak qeja sebagai pramugari ni," ujar Hana bersungguh-sungguh.

"Pramugari?" kata Hajah Aisyah terkejut. Hafiz turut terkejut. Jadi pramugari?

"Hang nak ka qeja ni?" tanya Haji Zainudin lagi.

"Tak nak abah...takkan Hana nak qeja dengan pekerjaan yang mendedahkan aurat? Tak naklah Hana."

"Hana...abah izinkan hang qeja sebagai pramugari ni..." kenyataan yang mengejutkan bagi Hana.

"Abah!!" pelik Hana dengan sikap abahnya.

Selalunya mana ada seorang abah nak anak dia melakukan pekerjaan yang terdedah aurat. Tapi, abahnya...pelik Hana dibuatnya. Apa yang merasuk fikiran abah?

"Ibu...awat dengan abah ni ibu? Demam ka?" tanya Hana dalam nada perli.

"Abah sihat lagi Hana. Abah bagi hang qeja sebagai pramugari ni sebab abah pikiaq ni adalah rezeki hang sebagai pramugari bukan doktor..."

Huh! Alasan yang tak logik!

"Ibu pun setuju Hana...betl cakap abah hang. Mungkin ni rezeki hang."

Macam nak pitam Hana dibuatnya. Awat ibu dan abahnya boleh fikir sebegitu? Tak takut ka nak kena tanggung dosa dia nanti apabila dia mendedahkan auratnya nanti?

"Abang..." Hana ingin minta pendapat abangnya.

"Abang tak boleh nak kata apa Hana. Semua ni terletak di tangan Hana. Take it or leave it. Lagipun abah dan ibu dah izinkan. Sekarang tinggal keputusan Hana ja. Nak atau tak...itu ja..." sungguh sekarang ni otak Hafiz pun lagi dok blur alam lagi apabila mendengar kata-kata ibu dan abahnya.

Hana tunduk memandang lantai. Sesungguhnya sekarang ni dia buntu dengan dirinya dicampur pula dengan ibu dan abahnya. Semuanya membuatkan kepalanya berserabut memikirkan perkara tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience