BAB 39

Romance Completed 254393

"Akak masih sayangkan abang tak?" pertanyaan Ziqah membuatkan Hana hanya mendiamkan diri. Kenapa Ziqah tanya soalan ni?

"Kenapa Ziqah tanya?"

"Saja..."

Hana memandang ke arah laut yang terbentang luas. Dia tiada jawapan untuk soalan Ziqah sekarang ni. Sayangkan Akram? Entah...dia tak ada jawapan dan dia tak tahu nak kata apa sebab sekarang ni dia hanya ada rasa sakit hati kepada Akram.

"Ziqah rasakan orang yang tak dak agama ni perlu ke disayangi?" soal Hana kepada Ziqah.

Akram tergamam mendengar kata-kata Hana di talian. Maafkan abang, Hana.

"Akak...akak bukan perempuan tak dak agama. Kalau tak, takkan akak pakai tudung sekarang ni kan?"

"Tapi Abang Akram yang cakap dekat akak macam tu..." luah Hana.

"Alah, akak jangan ambik hati dengan apa yang abang cakap. Dia tu kalau cakap memang tak fikir pasal perasaan orang dah. Cakap ikut dan dia ja...macam peluru berpandu. Maklumlah dia mana ada lesen mulut. Lama tak makan saman..." sempat Ziqah mengutuk abangnya.

Amboi Ziqah ni! Melampau! Siap kutuk aku lagi! Gumam Akram.

"Sebab dia tak dak lesenlah dia boleh 'TERlajak' dengan Sheila kan? Sebab tak dak lesenlah dia boleh sweet dengan Sheila di mall?"

Ting! Mesti Kak Hana akan cakap pasal ni...

"Pasal gambar tu akak tak payahlah percaya. Gambar tu semua tak betul."

"Dahlah Ziqah. Akak malas nak cakap pasal ni. Semua ni buatkan akak sakit hati," tegas Hana.

"Sebab akak masih sayang dekat Abang Akram?"

"Ziqah...semua perasaan tu dah lenyap lepas Abang Akram cakap macam tu dekat akak. Entah, sekarang ni akak dah rasa macam tak dak apa-apa perasaan dekat abang Ziqah tu. Akak memang tak dak rasa apa-apa sekarang ni..." ujar Hana tanpa memandang Hana. Betul ke bohong?

"Ziqah tahu tak? Akak betul-betul benci dengan perlakuan abang Ziqah. Kalau dia cakap akak sorang tak dak ajaran agama tak apa Ziqah, tapi ini dia angkut sekali dengan ibu dan abah akak, Ziqah. Ibu dan abah akak tak dak kaitan dengan semua ni..." luah Hana kepada Ziqah. Tenang sikit hati dia sekarang ni.

Akram terkesan dengan kata-kata Hana. Hana...abang betul-betul mintak maaf. Abang tak sengaja masa tu. Masa tu abang terlalu emosi. I'm sorry Hana...

"Ziqah...Ziqah!" panggil Akram di talian.

"Kak Hana kejap ya..." Ziqah melekapkan telefonnya ke telinga. "Apa?"

"Bukak loud speaker," arah Akram di talian.

Ziqah tak banyak bunyi. Hana hanya mengikut arahan. Dia menyentuh loud speaker di skrin telefon bimbitnya. "Dah..."

"Hana...abang mintak maaf..."

Hana memandang ke arah Ziqah. Suara tu macam suara Akram? Tapi kenapa gelar diri dia tu abang?

"Itukan suara..." ayat Hana terberhenti di situ.

"Ya...itu suara abang Akram. Sekarang ni abang di talian..." Ziqah menunjukkan telefonnya.

"Hah?!"

"Ya...apa yang kita cakap tadi semua abang tahu..."

"Ziqah..."

"Jangan marahkan Ziqah. Ini semua permintaan abang," tutur Akram di talian.

"Kau memang! Tak cukup kau sakitkan hati aku?! Sekarang ni kau nak apa lagi hah?!" Hana bangun dari tempatnya lalu pulang ke rumah Syira.

"Kak Hana! Akak!!" panggilan Ziqah dia buat tak endah. Ziqah memutuskan talian. Akram menuju ke arah adiknya.

"Marah sangat dia dengan abang..." ujar Akram sedih.

"Sebenarnya Kak Hana sedih, geram, kecewa dan marah bila tengok gambar mesra Sheila dan..."

Akram segera memotong. "Abang tahu. Dahlah, jom balik. Nak dekat pukul dua belas tengah malam ni..."

Akram dan Ziqah segera pulang ke tempat penginapan mereka.

AWAL pagi lagi Hana sudah menghadap laut. Memang kebanyakannya hari-hari dia dihabiskan dengan termenung dan hadap laut. Tiba-tiba dia teringat pasal semalam. Kenapa mamat kepo tu gelar diri dia tu abang? Eii! Sapa nak jadi adik dia tu? Tak hengen!

Takkan tak puas lagi dengan Sheila? Habis Sheila, aku pulak? Semalam siap mintak maaf segala. Apa kena dengan dia? Takkan menyesal kot? Huh...lepas 'sembur' aku hari tu, senang ja dia mintak maaf. Ingat dengan dia mintak maaf tu, hati aku ni akan pulih dari asid yang dia sembur tiga bulan dulu? Segala hinaan Akram bagaikan asid bagi aku. Sakitnya memang tak terkata. Alah lelaki...lepas terlajak, minta maaf. Habis. Senang ja.

Tiba-tiba Hana rasa macam dirinya di perhati dari belakang. Dia menoleh ke belakang. Kaku dia melihat lelaki yang berada tidak jauh di belakangnya. Hana memandang kembali laut. Mengusap wajahnya. Takkan semua lelaki di Pantai Cenang ni aku nampak muka macam Akram? Hana menoleh kembali ke belakang. Memang betul itu Akram! Hana kembali memandang laut. Rasa tak percaya yang itu Akram.

Bukan dia tak datang ka? Macam mana dia ada dekat sini? Zizie cakap hanya dia, Adham, Ziqah, Daus dan abang aku saja yang datang. Tapi, yang ni? Sesat? Tak mungkin dia ada di sini! Kenapa aku harus jumpa dia lagi? Kenapa?? Aku bencilah! Kenapa saat aku hendak lupakan dia, dia mesti muncul kembali? Apa dia datang sini sebab dia nak habaq dekat aku yang aku akan ceraikan aku? Mungkin gelarana abang yang dia cakap dekat aku semalam tu, dia cuma nak test aku? Ya...mungkin!

Hana kembali menoleh ke belakang. Terkejut dia apabila Akram betul-betul ada di belakangnya. Hana jalan menjauhi Akram. Akram mengikut langkah Hana.

"Hana!" Akram memanggil Hana.

"Hana!!!" panggilannya tak diendahkan.

Hana terus berlari di gigi pantai. Akram terus mengejar Hana di gigi pantai. Akhirnya, tubuh Hana dapat ditangkap dari belakang.

"Lepaslah!" bentak Hana.

"Abanh takkan lepaskan Hana selagi Hana tak maafkan abang..." Akram enggan melepaskan Hana.

"Apa abang-abang ni? Dahlah! Lepaslah!" Hana cuba melepaskan dirinya tapi tak berjaya.

"Nope!"

Mamat ni memanglah! Geram pulak aku! Mengada-ngada betullah!

"Kau nak apa hah?!" tengking Hana. Rasa amarahnya tak dapat dikawal lagi.

"Abang nak Hana lah..." pelukannya dikemaskan.

"Dah habis Sheila, kau nak aku pulak?"

Akram melepaskan pelukannya. Dia memerhati Hana. "Jadi sayang percayalah gambar-gambar tu? Sayang, percayalah...abang tak buat perkara tu. Sebenarnya gambar tu diedit."

"Dah buat tak nak mengaku pulak?!" sinis Hana berkata. Sekelumit pun tak dak rasa percaya pada kata-kata Akram.

"Apa bukti yang abang buat 'kerja' tu?" Akram merenung tepat ke anak mata Hana.

Hana memandang ke arah lain. "Dah sah-sah dalam tu gambar kau!"

Akram tersenyum mendengar jawapan dari mulut Hana. "Sayang...kalau orang nak buat jahat, macam-macam cara dia boleh buat. Macam gambar abanglah. Kalau sayang nak tahu, gambar tu dah diedit," terang Akram bersama senyuman semanis gula.

"Bukti?" Hana masih tidak mahu mengalah.

"Buktinya ada. Nak tengok? Jom ke tempat penginapan abang..."

"Dekat sini sudahlah. Nak buat apa sampai ke tempat penginapan segala?" sebenarnya itu hanya alasan. Yang sebenarnya dia tak selesa nak berdua-duaan dengan Akram.

"Masalhnya sayang...bukti tu ada dekat bilik abang la ni," kata-kata Akram membuatkan Hana menjadi resah. Isy! Takkanlah pergi bilik tempat penginapan dia? Kang dia buat apa-apa dekat aku, tak ka naya?!

"Hah! Tu fikir kot lainlah tu. Dah, jom!" Akram menarik lengan Hana tetapi Hana tetap kaku di tempatnya berdiri.

"Oklah, abang janji abang tak buat something dekat sayang..." janji Akram.

"Promise?"

"Ya. Dah jom..." Hana mengikut langkah Akram ke tempat penginapannya.

"Silakan masuk. Jangan malu-malu," Akram mempelawa Hana masuk ke dalam bilik tempat penginapannya. Ewah! Macam sambut tuan puteri pulak!

"Tunggu kejap..." Akram menuju ke beg sandangnya. Laptop dan handphone milik Sheila dibawa keluar. Akram duduk di sebelah Hana.

"Inilah buktinya. Tunggu, abang on laptop ni."

"Nah, sayang ambik telefon ni. Password dia Sheila jijik," bulat mata Hana memandang suaminya. Ada pulak password macam tu!

"Dah..."

"Buka photo dan cari gambar mesra abang dengan dia masa dekat mall..."

Hana segera mencari gambar tersebut. "Dah..."

"Bukak details dia..."

"Dah..."

"Cuba tengok tarikh tersebut."

Hana membaca details tersebut. Hana tergamam. Dirinya kaku. Selama ni dia menuduh Akram yang buka-bukan. Details ni tarikh, bulan dah lama sangat sebelum mereka berkahwin. Oh...what the fool?

"And one more. Take a look this..."

Hana memandang gambar tersebut. Isy! Geli aku! Tapi, apa yang Akram cuba tunjuk dekat dia?

"Semua bukti ada. Cuba tengok telefon tu. Telefon tu jenama Samsung kan? Abang guna iPhone dan jam tangan tu bukan jam tangan abang. Sayang cuba tengok details ni. This photo was edited kan? Memang sahlah dia edit. Ini sebenarnya rupa lelaki tu..." Akram membuka lagi satu folder.

Hana memandang ke arah lain. Geli nak tengok gambar tersebut. Dicampur pula dengan perasaan bersalahnya kerana menuduh Akram yang bukan-bukan. Tapi ini bukan bererti dia sudah memaafkan semua kesalahan Akram yang Akram dah buat padanya.

"Sorry...I have to go," Hana bangun dari tempat duduknya tapi ditegah oleh Akram. Akram meraih tangan Hana.

"Sayang...abang nak mintak maaf pasal kejadian hari tu. Abang betul-betul menyesal dengan apa yang abang dah cakap dekat sayang," pinta Akram dengan penuh nada penyesalan. Matanya memandang ke dalam anak mata Hana.

"Aku tak tahu sama ada nak maafkan kau ke tak. Yalah, aku kan perempuan tak dak agama."

Akram meletakkan jari telunjuknya di bibir Hana. "Syy...no...don't say that word. Don't ever say that word. Kalau sayang abang ni tak dak agama, sayang takkan pakai tudung, dia takkan solat kan? Dia takkan pakai baju yang menutu aurat kan? Sebab itulah abang datang sini untuk mintak maaf dekat sayang," ujar Akram bersungguh-sungguh.

"Dahlah...aku rasa baik kau balik KL. Tempat ni tak sesuai untuk kau! Lagipun aku tak tau aku boleh maafkan kau ke tak..." Hana masih berdalih.

"Abang takkan balik ke KL tanpa sayang."

Macam mana dia nak duduk dekat KL sorang-sorang kalau setiap hari dia asyik terbayangkan wajah Hana. Sampai dalam bilik air pun nampak wajah Hana. Kritikal dah tu.

"Kau jangan degil sangat boleh tak?" bentak Hana. Tangannya ditarik dari genggaman Akram.

"Berdosa tau kalau isteri melawan cakap suami..." Akram mula guna juasa veto.

"Boleh tak kalau tak guna kuasa veto kau tu? geram pulak Hana. Dah melawan, mesti nak guna kuasa veto segala.

"That's why you have to come back to KL with me. Lagipun sebulan lagi majlis perkahwinan Zizie dengan Adham akan belangsung. Mereka mesti nak sayang ada sekali," Akram tak putus asa nak pujuk Hana.

Majlis Zizie dengan Adham sebulan lagi? Macam mana aku boleh lupa pasal ni? Bagus betullah hang ni Hana! Hari bahagia kawan hang pun boleh lupa?

"Hey! Termenung apa tu?"

"Tak ada apa-apalah. Aku balik dulu. Tapi sebelum tu, bilik Zizie tang mana?"

"Sebelah aku je..."

Tanpa berlengah lagi, Hana segera menuju ke bilik Zizie. "Zizie!"

"Kejap!" Zizie membuka pintu.

"Hana? Eh, masuklah!" Hana masuk ke dalam bilik Zizie. Dia duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Awat ni?" tanya Zizie prihatin.

"Aku rasa bersalah dekat Akram sebab tuduh dia bukan-bukan..." luah Hana.

"So, maafkan jelah dia..."

"Tapi, aku tak boleh maafkan dia apa yang dia dah cakap dekat aku dan ibu dan abah aku," pasal tu Hana memang degil.

"Hana...Hana...sudah-sudahlah hang nak berdendam dengan Akram. Berdosa tau tak? Lagipun dia suami hang. Berdosa tau hang tak ikut arahan dia," sedikit ceramah agama daripada Cik Azizie Mastura.

"Hang cakap senanglah Zizie. Bukan hang yang qasa," Hana tak mahu mengalah.

"Hana, apa salahnya kalau hang mengalah. Kita manusia ni mana pernah tak buat silap..." Zizie masih memujuk.

"Entahlah Zie, bagi aku masa. Boleh tak kita tak cakap pasal ni? Aku datang sini nak tanya hang. Kenduri hang buat dekat mana? Majlis pengantin perempuan?"

"Majlis aku buat dekat dewan sama dengan masa majlis pihak hang dulu. Dewan yang sama..."

"Ya? Awat tak buat kat kampung ja?"

"Ini semua permintaan mak aku. Dia cakap dia tak larat nak usung tu, nak usung ni. Nak angkat itu, nak angkat ini. Sebab itulah buat dekat dewan..." cerita Zizie.

"Guna duit sapa?" amboi Hana ni. Semua dia nak tahu.

"Duit akulah. Takkan duit Adham pulak?!" jawab Zizie.

"Hana, pasal Akram. Hang tak boleh nak maafkan dia lagi ka? Kesian aku tengok dia. Dalam tidur pun, boleh sebut nama hang lagi. Nampak sangat dia angau.

Hana diam. Tak jawab soalan Zizie. Sampai macam tu sekali ka? Haish!

"Dahlah...tak payah nak sorok dengan aku. I can see it in your eyes. Hang sayang dia tapi disebabkan hang maqah dekat Akram, hang buat semua perasaan tu," tutur Zizie seolah-olah dia boleh baca isi hati Hana.

"Entah...oklah Zizie. Aku balik dulu," Hana bangun menuju ke arah pintu.

"Don't deny your feeling to Akram," sekali lagi Zizie berkata.

Hana segera keluar pulang ke rumah Syira. Kata-kata Zizie betul-betul menusuk hatinya. Pandai betul Zizie ni buat hati aku terbuka balik untuk Akram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience